Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 27 Julai 2020

BENARKAH MALAM JUMAAT RUH BISA KEMBALI KE RUMAHNYA DI DUNIA ?

2:12:00 PTG 0
BENARKAH MALAM JUMAAT RUH BISA KEMBALI KE RUMAHNYA DI DUNIA ?

BENARKAH MALAM JUMAAT RUH BISA KEMBALI KE RUMAHNYA DI DUNIA ?

Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, maka ia akan berada di alam yang dinamakan Barzakh. 
Ruh tersebut tidak akan mampu kembali lagi ke dunia. 
Jadi tidak benar kalau ada yang mengatakan bahwa ruh akan kembali ke rumahnya pada hari-hari tertentu. 

Mungkin ada yang berkata “Tapi suara mereka betul-betul mirip dengan orang yang meninggal tsb”. 
'Ulama berkata bahwa itu adalah perbuatan Jin dan Syaitan yang menyerupai orang yang meninggal tsb. 
Jin yang selalu mengikuti seseorang ini dinamakan Qarin. Tugasnya adalah untuk menggoda orang tersebut. Qarin ini tahu persis setiap kelakuan dari orang yang dilengketinya tersebut.

Apa buktinya kalau ruh tidak bisa kembali? 

AllaH ﷻ berfirman:
_"Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka (orang kafir) dia berkata:_
_”Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawaban Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan”_
(QS. Al-Mu’minuun : 99-100)

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini:
_“Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”_

وبالله التوفيق
وصلى الله على نبينا محمد، وآله  وصحبه وسلم

Perkhidmtan Van Jenazah dan Ambulan Percuma Ustaz Ebit Lew

2:09:00 PTG 0
Perkhidmtan Van Jenazah dan Ambulan Percuma Ustaz Ebit Lew

Perkhidmtan Van Jenazah dan Ambulan Percuma Ustaz Ebit Lew
Doakan ya. Syukur ambulans dah siap untuk berkhidmat percuma. Tiada bayaran. Ada petugas sukarelawan dan kru akan bertugas. Cita-cita saya ingin supaya dapat beri sesuatu untuk orang lain. Nasib hidup kita tak sama. Tugas kita membantu orang yang susah dan memerlukan sedaya upaya kita. Van jenazah baru ini hampir setiap hari ada orang meninggal dunia yang memerlukan dari kl dihantar ke seluruh Malaysia. Minyak dan urusan perjalanan kami uruskan semuanya. Tiada caj kepada keluarga.

Syukur saya beli van di Toyota dan ubai suai di Imarah Auto. Terima kasih Abang Mizey sticker yang cantik. Terima kasih juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini.

Jika memerlukan khidmat ambulan percuma dan van jenazah percuma untuk mereka tidak mampu dan memerlukan boleh hubungi 01170787900

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
Saudaraku disebalik ujian ada rahmat

Ustaz Ebit Lew

Perkhidmtan Van Jenazah dan Ambulan Percuma Ustaz Ebit Lew

Jumaat, 10 Julai 2020

NURFLIX PLATFORM MEDIA PATUH SYARIAH

9:53:00 PG 0
NURFLIX PLATFORM MEDIA PATUH SYARIAH

nurflix


Nurflix ialah satu platform yang lain selain dari media yang ada sekarang. Ia diasaskan oleh Brader Shah (kumpulan The Brothers) yang mana beliau dari dulu lagi inginkan satu option platform media yang patuh aqidah & syariah.

Patuh aqidah & syariah di sini bukan hanya bentuk drama yang dihidangkan, tetapi merangkumi sekali dari pembikinan sehinggalah penerbitan drama itu sendiri yang dijaga oleh satu majlis yang memantau dari sudut aqidah & syariah iaitu NURPATH dibawah Penasihat Utama iaitu Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, diketuai oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis dan dilaksanakan oleh para asatizah.

Bahagian penerbitan dan produdsi dihubungkan melalui Brader Shah (The Brothers) dan Abang Farihin (ex manager Raihan), yang menjadi jambatan kepada Nurpath. Drama yang dihasilkan akan dijaga kualiti cinematography sebagaimana penonton melihat kualiti iklan-iklan seperti iklan raya dan sebagainya iaitu kualiti drama yang berkualiti cinematography filem.

Dan mesej utama ialah adab dan akhlak. Kenapa Nurflix ini berbeza, kerana menurut penasihat Nurflix iaitu Habib Ali Zaenal Abidin “kita menginginkan hidayah kepada manusia melalui wacana ini, tapi jangan diperbuat dari perkakas yang Allah murka.”

Untuk penonton, ada pengkelasan penonton itu sendiri nanti iaitu umum, wanita, asatizah dan kanak-kanak. Jika ada yang menipu dengan menggunakan akaun wanita sedangkan diri dia adalah jantina yang berlawanan, itu tinggal urusan dia dengan Allah sedangkan Nurflix sudah usahakan option yang sebaik mungkin kepada para penonton.

Dan konsep Nurflix adalah VOD (Video On Demand) sebagaimana Netflix dan lain-lain media. Idea ini timbul selepas timbulnya rasa risau Brader Shah dengan nasib golongan generasi yang akan datang kerana ledakan media yang berlaku sekarang hingga anak-anak kita boleh buat apa-apa sahaja tanpa sempadan. Doakan usaha ini berjaya dan insyaAllah akan mula bersiaran pada awal tahun hadapan. Keep in touch
#nurflix

Kredit: Ustaz Uthman Daud

FB JOM Sebarkan