Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 7 Julai 2020

APLIKASI LINK REAL SUASANA DI MEKAH DAN MADINAH

4:31:00 PTG 0
APLIKASI LINK REAL SUASANA DI MEKAH DAN MADINAH
Aplikasi terkini... link yg membawa kita langsung ke beberapa lokasi di Makkah & Madinah.
Sesiapa pun yg mghasilkn link ini, jazakumullah... Silakan buka satu persatu linknya.
Boleh digerakkan ke atas, bawah, kanan, kiri & zoom juga. Akan merasakan seolah-olah kita sedang berada di sana..

1.) Yang ingin melihat Hijir Ismail tekan 👇
http://shutterksa.com/panorama/Makkah/AreaofProphetIsmail/

2.) Yang ingin melihat sudut rukun yamani tekan 👇
http://www.shutterksa.com/panorama/YemeniCorner/

3,) Yang ingin spt benar2 berada di depan Kaa'bah silakan tekan 👇
http://www.shutterksa.com/panorama/Makkah/WallofAlahtim/

4.) Yang ingin melawat Makam Rasul SAW tekan 👇
http://shutterksa.com/panorama/Almadinah/FronttheProphetMuhammad/

5.) Yang ingin berada di atas Kaa'bah, tekan 👇
http://www.shutterksa.com/panorama/RoofOfKaaba/

@aas__Silakan share, semoga mengubati kerinduan bagi yang pernah ke sana dan bagi yg belum, berdoa agar ada kesempatan ke sana. Aamiin.

Sabtu, 4 Julai 2020

SURAH 3 QUL DAN PENGERTIANNYA

1:12:00 PG
SURAH 3 QUL DAN PENGERTIANNYA
Dalam perawatan Islam salah satu surah mustajab ialah 3 Qul atau 3 kul rumi selain Ayat Kursi dan Ayat Seribu Dinar yang sering diamalkan dalam menjauhkan diri dari gangguan syaitan, membersihkan hati dan permudahkan segala urusan.

Setiap diantara kita mengambil perlindungan insuran nyawa untuk melindungi ahli keluarga kita sekira terjadi apa-apa musibah yang mengakibat kematian atau hilang upaya kekal yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan. Semua aset-aset kita diinsurankan seperti rumah, kereta termasuk premis perniagaan kita. Ada sesetengah pemain bolasepak profesional dunia menginsurankan kaki dan tangan sepanjang musim perlawanan.

Bagaimana pula kita nak insuran diri kita dari perkara yang kita sendiri tidak nampak seperti gangguan jin, saka, santau, pukau dan sihir? Sebelum kita ditimpa musibah diakibatkan oleh makhluk halus dan khianat manusia yang durjana, marilah kita menjaga diri kita dan melindungi diri dari perkara tersebut. Tidak perlu bayaran premium dan hanya amalan yang mudah dibuat oleh sesiapapun. Sebelum ini banyak doa-doa yang kita pelajari tetapi yang asas sekali kita lakukan yang ini dahulu.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Pengertiannya

BISMILLAAHIR RAHMAANIIR RAHIIM,

QUL A-'UUZU BIRABBIL FALAQ.
MIN SYAR-RIMAA KHALAQ.
WAMINN SYAR-RI GHAA-SIQIN IZAA WAQAB.
WAMINN SYAR-RINN NAFFAA-TSAATI FIL 'UQAD.
WAMINN SYAR-RIHAA SIDIN IZAA HASAD.


Surah 3 Qul Terjemahan Dan Pengertiannya

BISSMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM.

QUL A-'UUZU BIRABBINN-NAAS.
MALIKINN-NAAS.
ILAA-HINN-NAAS.
MIN SYAR-RIL WASWAASIL KHANNAS.
ALLA-ZII YUWAS-WISU FII SUDUURIN NAAS.
MINAL JINN-NATI WANN-NAAS.


Surah 3 Qul Terjemahan Dan Pengertiannya
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM.

QUL HUWALLAAHU AHAD,
ALLAAHUS SAMAD,
LAM-YALID WALAM YUULAD,

WALAM YAQUL-LAHUU KU-FUWAN AHAD


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 

Menjadi kewajipan kepada kita sebagai seorang muslim untuk memahami ayat Al-Quran disamping berusaha memperbetulkan bacaan tajwid. Tadabbur merupakan usaha untuk mencari makna disebalik zahir suatu perkara.

Sebagaimana Firman Allah S.W.T : 

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

MaksudnyaDan sesungguhnya Kami permudahkan al-Qur’an itu untuk diambil peringatan daripadanya; maka adakah yang mahu mengambil peringatan



JOM FAHAMI MAKNA NAMA-NAMA 114 SURAH AL QURAN

Kenapa anda patut beli buku 114 Surah Al Quran ini? Apakah hadiah yang terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak anda? Adakah didikan agama untuk anak-anak sudah mencukupi? Kita mungkin biasa khatam membaca 30 juzuk al-Quran, tapi adakah kita faham apa yang dimaksudkan pada setiap surah yang dibaca? Buku ini membawa pembaca untuk setidak-tidaknya faham apa makna bagi setiap nama surah. Contohnya surah al-Kahfi bercerita berkenaan gua. Jadi kandungannya berkisar tentang gua sahaja.

Jumaat, 3 Julai 2020

CARA AJAR SYAHADAH SEBELUM MATI

6:38:00 PTG 0
CARA AJAR SYAHADAH SEBELUM MATI


SOALAN :

Apabila seseorang itu hampir hampir mati kita disuruh ajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

Bagaimanakah caranya dan adakah kena ajar dua kalimah sekaligus atau kalimah lailahaillah sahaja?

JAWAPAN :

Apabila seorang itu dekat dengan kematian maka sunat atas yang hadir menyuruhnya melafazkan kalimah لا إله إلا الله dengan cara menyebut dengan perlahan dekat dengan telinganya bukan dengan kuat dan jangan disebut berturut-turut tetapi sekali kemudian diam sekejap dan kemudian sekali lagi.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. :

لقنوا موتاكم لا إله إلا الله، فإنه ليس من مسلم يقولها عند الموت إلا نجته

Artinya : “Ajarilah orang yang dekat dengan kematian dari kalangan kamu akan syahadah maka sungguhnya tiada dari orang Islam yang mengucapkannya ketika kematian melainkan syurga.”  (Riwayat Imam At-Tabarani)

Maksud kalimah syahadah itu hanyalah kalimah لا إله إلا الله sahaja kerana berdalil dengan hadith di atas dan hadith yang lain.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
الشَّهَادَةَ) أَيْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ فَقَطْ

Artinya “ Syahadah itu maksudnya ialah kalimah لا إله إلا الله sahaja.” (Kitab tuhfah Al-Muhtaj)

Dan jangan berkata kepadanya ‘mengucap’ atau ‘hendaklah kamu ucapkan’ tetapi sebut dekat telinganya akan لا إله إلا الله .

Berkata Syeikh Abu Al-Husain Al-Imrani :

والمستحب: أن لا يقول له: قل: لا إله إلا الله، ولكن يقول عنده؛ لأنه ربما ضاق صدره إذا قال له: قل: لا إله إلا الله

Artinya : “Dan yang elok itu ialah jangan dikatakan kepadanya : Mengucap atau katalah olehmu akan لا إله إلا الله tetapi terus ucapkan padanya لا إله إلا الله kerana sungguhnya terkadang berat hatinya apabila berkata baginya : Katalah oleh mu لا إله إلا الله.” (Kitab Al-Bayan Fi Mazhab Al-Imam As-Syafie)

Hendaklah diajar ia menyebut syahadah itu dengan lemah lembut dan jangan sekali-kali dengan kekerasan atau dipaksa-paksa atasnya.

Berkata Imam Nawawi :

ويستحب أن يلقن كلمة الشهادة (5)، ولا يلح الملقن ولا يواجهه بقول: قل: (لا إله إلا الله) بل يذكرها بين يديه ليذكر

Artinya : “Dan disunatkan bahawa diajar akan kalimah syahadah dan jangan orang yang mengajarnya itu memaksanya dan dan mengerasinya dengan berkata  ‘ucaplah' atau 'katalah’ tetapi sebut kalimah itu dekatnya supaya dia mengingatinya dan menyebutnya.” (Kitab Ar-Raudhah)

Dan jika dia telah berkata لا إله إلا الله maka hendaklah berhenti mengajarnya dan diam segala orang yang hadir di sisinya.

Akan tetapi jika dia menyebut pula akan perkataan yang lain selepas berkata لا إله إلا الله maka hendaklah diulang ajarnya kembali.

Berkata Syeikh Al-Mahamili :

فإذا قالها ... لم يلقن إلا أن يتكلم بكلام غيرها

Artinya : “Maka apabila dia telah berkata maka jangan lagi di ajarinya melainkan apabila dia telah berkata perkataan yang lain.” (Kitab Al-Muqni’)

Kesimpulan

Sunat mengajar orang yang dekat dengan kematian akan kalimah لا إله إلا الله .

Hendaklah diajar dengan lemah lembut dan perlahan dekat dengan telinganya.

Jangan berkata kepadanya ‘mengucap’ atau ‘katalah oleh mu’ tetapi hendaklah terus diucapkan kalimah  لا إله إلا الله kepadanya.

Jika dia telah ucapkan لا إله إلا الله maka hendaklah berhenti mengajarnya dan diam sehinggalah kematiannya.

Jika dia menyebut pula perkataan yang lain maka sunat diajarnya semula menyebut kalimah syahadah itu.

wallahua’lam