Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 25 November 2019

Tidak Masuk Syurga Pemilik Sifat Sombong

6:44:00 PTG 0
Tidak Masuk Syurga Pemilik Sifat Sombong


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
  
Daripada Abdullah bin Mas'ud RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan." Seorang laki-laki bertanya, "Sesungguhnya laki-laki menyukai apabila baju dan kasutnya bagus - cantik (apakah ini termasuk kesombongan)?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Allah itu cantik dan  menyukai yang cantik, kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR Muslim No: 131) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sifat sombong adalah sifat iblis, iaitu merasa dirinya lebih baik dari orang lain.

2.  Imam Nawawi  berkata: Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka, serta menolak kebenaran

3.  Tidak masuk syurga sesiapa yang memiliki sifat sombong dalam dirinya walaupun sebesar biji sawi.

4.  Sifat sombong mendorong seseorang menolak kebenaran dan merendah serta memperlekeh orang lain.

5.  Dalam Kitab Riadussolihin: Menolak kebenaran adalah dengan menolak dan berpaling darinya serta tidak mahu menerimanya. Sedangkan meremehkan manusia yakni merendahkan dan meremehkan orang lain, memandang orang lain tidak ada apa-apa dan melihat dirinya lebih dibandingkan orang lain

6.  Suka kepada kecantikan pakaian tidak termasuk kepada sifat kesombongan.

Rabu, 20 November 2019

BANGUN MALAM MINTA AMPUN PADA ALLAH

10:56:00 PG 0
BANGUN MALAM MINTA AMPUN PADA ALLAH

Jangan lupa malam ini niat  bangun solat tahajjud. Minta الله ampunkan segala dosa kita dan seluruh ummat. Minta الله ampunkan dosa dosa mak ayah kita dan berikan syurga buat mak ayah kita. 

Pernah seorang remaja tanya saya ketika khuruj bersama jemaah tabligh. Bang saya tidak pandai nak doa macam mana ya. Malam ini bangun cerita kepada الله yang awak tidak pandai berdoa. "Ya الله saya tidak pandai berdoa, bagilah saya pandai". Ulang banyak kali  sehingga air mata awak keluar. 

Kita tidak pandai pun kita kena cerita,mengadu kepada Allah. 

Tuan puan, kita bangun malam bukan sebab kita pandai, bukan sebab kita hebat dalam ilmu agama. Kita bangun malam sebab kita nak 'bermanja' dengan الله, nak mengadu segala masalah kita. Nak mengadu segala kelemahan dan kejahilan kita. Nak minta الله ampunkan segala dosa kita dan ahli keluarga. 

Kita banyak buat silap tuan puan. Kita bangun malam tiada siapa tahu,hanya Allah tahu. Tiada siapa dengar,hanya Allah dengar. Mengadu,merintih,meluahkan segalanya kepada Allah. 

Adakalanya berkongsi masalah kepada manusia buatkan kita give up,boleh jadi manusia suka mengambil kesempatan diatas kelemahan dan masalah kita. Tetapi tidak Allah. Allah sentiasa bersama kita,Allah sentiasa mendengar masalah kita. Allah akan buat yang terbaik untuk kita. Percayalah Allah baik sangat-sangat. 

"Ya الله ampunkan saya, saya bertaubat"

-EncikMatt-
#2Pagi2Rakaat2TitisAirMata

Sumber FB Muhammad Hassan.

Selasa, 19 November 2019

AMALAN MEMBUAT 70 MALAIKAT PENAT MENULIS..WOW!!

9:55:00 PTG 2
AMALAN MEMBUAT 70 MALAIKAT PENAT MENULIS..WOW!!