Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 1 November 2019

DOSA HUTANG TIDAK AKAN DIAMPUN

10:34:00 PG 0
DOSA HUTANG TIDAK AKAN DIAMPUN
DOSA HUTANG TIDAK AKAN DIAMPUN


حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ يَحْيَى بْنِ صَالِحٍ الْمِصْرِيُّ حَدَّثَنَا الْمُفَضَّلُ يَعْنِي ابْنَ فَضَالَةَ عَنْ عَيَّاشٍ وَهُوَ ابْنُ عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيُّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلَّا الدَّيْنَ.

Telah menceritakan kepada kami Zakaria bin Yahya bin Shalih Al Mishri telah menceritakan kepada kami Al Mufadlal iaitu Ibnu Fadlalah dari 'Ayyasy  iaitu Ibnu 'Ayyasy Al Qitbani  dari Abdullah bin Yazid Abu Abdurrahman Al Hubuli dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang." (HR Muslim No: 1886) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Orang yang mati syahid diberikan keistimewaan dengan diampuni segala dosa-dosanya kecuali dosa berhutang.

2.  Menjadi kewajipan setiap orang yang berhutang untuk menjelaskan hutangnya mengikut perjanjian dan waktu yang dipersetujui.

3.  Jangan sampai hutang di dunia terpaksa dibayar dengan pahala ibadat kepada orang yang kita berhutang.

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pahala di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah No: 2414) Status: Hadis Sahih

Sungguh berat hutang antara manusia dengan manusia hinggakan jika si penghutang mati syahid pada jalan Allah sekalipun, segala dosanya terhapus KECUALI hutang sesama manusia.

JOM jangan berhutang. Jika berhutang SEGERAKAN pembayarannya.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Isnin, 28 Oktober 2019

Syirik Dengan Sifat Tuhan

1:29:00 PTG 0
Syirik Dengan Sifat Tuhan

Syirik Dengan Sifat Tuhan
Sajak untuk dibacakan pada hari *Isnin*  tanggal *28 Oktober 2019*

*Syirik Dengan Sifat Tuhan*

Di kalangan umat Islam, berlaku syirik terhadap zat Allah mungkin kurang
Jarang berlaku mereka berkeyakinan bahawa Tuhan itu berbilangan
Atau tidak berlaku rasanya ada yang mengatakan zat Tuhan itu ada penyerupaan
Syirik yang seperti itu terlalu jarang berlaku di kalangan umat Islam
Yang sering berlaku sama ada secara sedar atau tidak ialah syirik dengan sifat Tuhan
Umpama dia terasa ada kuasa menentukan nasib orang ketika dia ada kuasa
Seseorang itu pandai dia merasa kepandaiannya dialah yang empunya
Dia merasakan kemampuannyalah yang menjadikan dia berkuasa, kaya, pandai, kuat dan sebagainya
Contoh yang lain kalau aku tidak ada pelajaran, aku tidak boleh cari makan!
Kalau aku tidak ada pelajaran, bagaimana masa depan saya?
Bukan Tuhan yang mentakdirkan masa depannya tapi pelajaran, syirik khafilah dia
Mencari pelajaran adalah wajib, itu adalah permintaan Tuhan
Tapi pelajaran bukanlah yang dapat menentukan nasib manusia
Jadi di sini barulah kita faham ramai manusia syirik dengan sifat dan perbuatan Tuhan
Jarang berlaku syirik dengan zat Tuhan
Syirik khafi termasuk dosa besar yang payah disedari
Cuma belumlah seseorang itu jadi kafir atau murtad
Kenalah belajar aqidah yang tepat
Agar dapat dielakkan di dalam kehidupan dan sikap

Bulan April 2003

JANGAN SUSAH HATI, ALLAH ADA!!

9:04:00 PG 0
JANGAN SUSAH HATI, ALLAH ADA!!

JANGAN SUSAH HATI, ALLAH ADA!!
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki..
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?.

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik
tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki 
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di 'tangan' Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata Allah ada.
Jangan takut...

Allah sentiasa bersama kita... 

Aamiin...

FB Majlis Ilmu