Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 28 Oktober 2019

JANGAN SUSAH HATI, ALLAH ADA!!

9:04:00 PG 0
JANGAN SUSAH HATI, ALLAH ADA!!

JANGAN SUSAH HATI, ALLAH ADA!!
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki..
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?.

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik
tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki 
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di 'tangan' Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata Allah ada.
Jangan takut...

Allah sentiasa bersama kita... 

Aamiin...

FB Majlis Ilmu

Ahad, 27 Oktober 2019

Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI

8:28:00 PG 0
Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI

Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI

Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri...? 

Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.

CARA MENGAMALKANNYA :

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur...

1. "Beri salam" pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali

3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan : 

" ALHAMDULILLAH "

4. Kemudian katakanlah :
 Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
 Aamiin Ya Allah. 

Lalu  baca surah" Al-Fatihah 1x.

Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…

Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." 
(HR. Al-Bukhari)
Aamiin ya Rabbal'alamin

Semoga bermanfaat dunia akhirat... Aamiin

Sabtu, 26 Oktober 2019

JANGAN BERSANDAR PADA KENANGAN KERANA USIA MENGUBAH KITA ~

3:32:00 PTG 0
JANGAN BERSANDAR PADA KENANGAN KERANA USIA MENGUBAH KITA ~

Sebuah kisah lawak untuk admin kongsi bersama dimana kenangan muda berubah seiring usia kita samada dari segi penampilan dan sikap.

Kalau yang tak ubah-ubah tu yang parah tu. Apa istilahnya...biar kita tua tapi hati muda...

Kisah Réunion...

~ JANGAN BERSANDAR PADA KENANGAN KERANA USIA MENGUBAH KITA ~

*WASPADA DIKALA REUNION*
Dipetik dari sebuah laman Whatsapp kerana sungguh indah dan penuh peringatan akan hakikat perubahan dalam kehidupan. Nasihat dan amarannya amat relevan.

Buat yg akan mengadakan acara
reunion biasanya ada yang janji untuk datang sekali pergi ke majlis itu.
Diharap jangan sampai terjadi seperti pengalaman yang dialami teman di salah satu sekolah dibawah ini yaa...!
 
Ceritanya Reunion sekolah Sekolah tahun 71 - 75 setelah 44p tahun terpisah cuma dapat berbicara dalam talipon saja. Yahya mau berangkat ke reunion bersama2 teman Sekolah seangkatannya dan janji nak bersama empat teman2 perempuan semasa sekolah dulu via telepon dan wassap.

_Yahya: *"..Nanti pergi sama ya, korang semua berempat tunggu aku jemput didepan kedai Roti maniam yang masih ada sampai sekarang..."*_

Masa hari majlis Yahya menjemput keempat teman2 perempuan semasa sekolahnya itu._

_Sekali dia pusing kedai roti tak ada. Dua kali pusing pun tak ada, dimana mereka. Kali ketiga pusing tetap juga tidak ketemu... Yahya mulai kesal. lalu call ke salah satu teman perempuan tu.._  

_*Yahya: *"...Hai, korang dimana? Aku dah pusing sampai 3 kali, tapi tak jumpa  korang bertiga.."*_

_Jawab teman perempuan: *"...Aku sudah di depan kedai Roti Maniam dari tadi. Kamu dimana...?"*_

_Yahya: *"Laa.....aku  kesitu tadi. Disitu yg ada cuma 3 orang nenek2 bertudung satu orang yg rambut putihnya agak lebat...!"*_

_*"Ya itu kami le oi...!!"* jawab si perempuan. *...kamu ingat kita masih Sekolah dulu ke.. tadi kami juga lihat ada orang tua botak kehulu kehilir; jadi..itu kamu ya Yahya...?"