Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 19 Julai 2019

KELEBIHAN MENJADI TIDAK TERKENAL

4:54:00 PTG 0
KELEBIHAN MENJADI TIDAK TERKENAL


Salah seorang ulama besar generasi tabiut tabi’in, Abdullah bin al-Mubarak, mengatakan tidak dikenal dan tidak disanjung adalah kehidupan. Menjadi biasa di mata manusia adalah harapan. ⁣
Salah seorang murid beliau, Hasan bin Rabi’, bercerita, “Suatu hari, aku bersama Ibnul Mubarak menuju tempat minum umum. Orang-orang (mengantri) minum dari tempat tersebut. Lalu Ibnul Mubarak mendekat ke tempat peminuman umum itu, tidak ada orang yang mengenalinya. Mereka memepet-mepet bahkan mendorong-dorongnya.⁣
Ketika keluar dari desak-desakan tersebut, Ibnul Mubarak berkata, ‘Yang seperti inilah baru namanya hidup. Ketika orang tidak mengenalmu dan tidak mengagung-agungkanmu’.” (Shifatu Shafwah, 4/135).⁣

PENGGUNAAN Face Apps HARAM?

4:51:00 PTG 0
PENGGUNAAN Face Apps HARAM?



Ubah ciptaan Allah zaman moden
[Filter Faceapp, snapchat, instagram dan lain-lain]

Sedia maklum semakin berkembang teknologi zaman kini dengan pelbagai aplikasi menyunting gambar dan video di alam maya, namun sejauhmana kita sedar batas-batasnya dalam kegunaan harian kita?

Sebagai contoh, mengubah bentuk muka manusia dengan anjing atau apa jua haiwan, mengubah bentuk muka seorang lelaki kepada perempuan dan lain-lain bentuk yang tersedia dalam aplikasi yang disebutkan.

Menurut beberapa pandangan ulama' berkaitan penggunaan aplikasi moden ini, hukumnya adalah HARAM berdasarkan beberapa dalil.

Antara dalil dalam Al-Quran adalah berkenaan agenda syaitan dalam mengubah ciptaan Allah

(وَلَأُضِلَّنَّهُمۡ وَلَأُمَنِّیَنَّهُمۡ وَلَـَٔامُرَنَّهُمۡ فَلَیُبَتِّكُنَّ ءَاذَانَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَلَـَٔامُرَنَّهُمۡ فَلَیُغَیِّرُنَّ خَلۡقَ ٱللَّهِۚ وَمَن یَتَّخِذِ ٱلشَّیۡطَـٰنَ وَلِیࣰّا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدۡ خَسِرَ خُسۡرَانࣰا مُّبِینࣰا)

[Surah An-Nisa' 119]

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”. 

Dalam ayat di atas, syaitan telah menyatakan mengenai agendanya untuk meyesatkan anak-anak Adam. Di antara tugas yang akan dilakukannya ialah menyuruh manusia supaya mengubah ciptaan Allah Azzawajalla. Dari ayat ini dapat difahami bahawa orang yang mengubah ciptaan Allah merupakan orang yang telah terpengaruh dengan bisikan syaitan dan orang ini telah melakukan perbuatan yang haram. 

Begitu juga aplikasi yang terkini bukan sekadar mengubah bentuk muka malah meramal pula nasib dan keadaan akan datang iaitu dengan memberi gambaran wajah kita pada hari tua walaupun kita tidak mempercayainya 100%, sepertimana kita maklum bahawa urusan masa hadapan yang ghaib adalah urusan milik Allah Azzawajalla.

Firman-Nya:

(قُل لَّا یَعۡلَمُ مَن فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ ٱلۡغَیۡبَ إِلَّا ٱللَّهُۚ وَمَا یَشۡعُرُونَ أَیَّانَ یُبۡعَثُونَ)
[Surah An-Naml 65]

Maksudnya: "katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)."

Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Maksudnya: "Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam."
[Riwayat Muslim]

Allah Azzawajalla telah menciptakan hamba-Nya dengan sebaik-baiknya bentuk rupa, maka tidak perlu kita terjebak dengan syubhat aplikasi yang merubah bentuk muka kita walaupun secara suka-suka kerana seakan-akan mempermainkan ciptaan Allah.

Firman Allah: 

(ٱللَّهُ ٱلَّذِی جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ قَرَارࣰا وَٱلسَّمَاۤءَ بِنَاۤءࣰ وَصَوَّرَكُمۡ فَأَحۡسَنَ صُوَرَكُمۡ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمۡۖ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ)
[Surah Ghafir 64]

Maksudnya: "Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu, dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya; dan Ia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam."

(لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِیۤ أَحۡسَنِ تَقۡوِیمࣲ)
[Surah At-Tin 4]

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya."

Kesimpulannya, jauhilah dari terjebak dengan aplikasi yang boleh membuka pintu kerosakan pada iman dan akhlak, walaupun nampak hanya sekadar di alam maya. Moga-moga Allah beri hidayah dan keampunan kepada kita.

Sumber fb : Dakwah ilmiah uia

#faceapp
#snapchat
#animalfilter

Khamis, 18 Julai 2019

MASALAH HATI

9:14:00 PG 0
MASALAH HATI
MASALAH HATI

Ada orang, hatinya bermasalah.

Lihat orang lebih sedikit, lihat orang berjaya sikit, lihat orang kaya sikit, lihat orang beli kereta besar, beli rumah dan melancong sana sini mula berkata,

"Dari dia buang duit beli kereta mewah, baik sedekah pada anak yatim. Duit banyak-banyak tu entah bayar zakat entah tidak. Kat negara kita pun banyak tempat pelancongan, nak juga pergi luar negara. Nak menunjuk la tu."

Ada orang hatinya sangat cantik. Bila lihat kawan-kawan begitu, dia akan berkata,

"Dia ini kaya raya. Pasti banyak sedekah dan zakatnya. Ramai orang terbela. Perniagaan makin maju, makin banyak peluang pekerjaan dapat dia cipta pada golongan yang sederhana dan miskin.

Alangkah bagusnya dia berkongsi gambar ke sana ke mari. Aku nak pergi sendiri belum ada rezeki. Duit belum mencukupi.

Sekurang-kurangnya dapat juga kenal dan menikmati keindahan negara orang melalui perkongsian dia."

Begitulah kawan-kawan. Cuba didik hati kita supaya tidak bersangka buruk. Supaya tidak dengki dengan kejayaan orang. Supaya sentiasa bersangka baik dan gembira dengan kemajuan kawan-kawan.

Hidup jika sentiasa bersangka buruk ini tidak tenang. Hati sentiasa sakit. Perasaan cemburu meluap-luap hingga mengganggu emosi dan hidup.

Maka pilih saja untuk bersangka baik. Pilih saja untuk sentiasa tenang tanpa ada setitis dengki.

Orang yang iri dan dengki ini hanya menyakiti diri sendiri. Sungguh!