Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 4 Jun 2019

Mengapa Takbir Raya Sebut Perang Ahzab?

6:38:00 PTG 0
Mengapa Takbir Raya Sebut Perang Ahzab?

1. Sedar atau tidak, dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Perang Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:


صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ


“Allah telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pakatan al-Ahzab dengan sendirinya.” (HR Muslim)


2. Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk kepada Perang Khandaq atau dikenali juga dengan Perang Ahzab. Kata al-Nawawi:


والمراد بالأحزاب الذين اجتمعوا يوم الخندق وتحزبوا على رسول الله


“Dan yang dimaksudkan dengan al-Ahzab (di dalam lafaz ini) adalah mereka yang berpakat di dalam Perang Khandaq untuk memerangi Rasulullah.” (al-Nawawi, Sharh Muslim).


3. Jadi, mengapa Takbir Raya ini mengingatkan kita tentang Perang Ahzab ini? 

Perang Ahzab berlaku ketika serangan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk menghapuskan perjuangan Islam. Firman Allah:


إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ


“Dan ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.” (al-Ahzab: 10)


4. Bererti Perang Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah serta para pejuang Islam. Peringatan ini kekal sehingga hari ini.


Hari ini umat Islam ditekan dan di asak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam bentuk fizikal (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan mental dari aspek serangan ideologi seperti Liberalisme, pluralisme dan sekularisme.


5. Ketika asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Perang Ahzab, kumpulan Munafiq pula datang menimbulkan keraguan dari dalam. Perkara ini direkodkan oleh Allah dalam firmannya:


وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا


Dan juga masa itulah golongan Munafiq antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". (al-Ahzab: 13)


6. Ayat ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munafiq ini datang untuk meragukan kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah menakutkan Muslim tentang ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.


Begitulah juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman Liberalisme dan pluralisme ke dalam pemikiran Muslim.


7. Bukan sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memerangi kekufuran sekalipun dibenci oleh orang kafir. Ia termaktub dalam lafaz:


وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اياه مُخْلِصِينَ له الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ


“dan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenci oleh orang kafir.”


8. Anehnya hari ini, terdapat dikalangan kita yang lebih menjaga hati si kafir berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kafir namun bersikap keras tehadap saudara Muslim.


Sedarlah kita bahawa inilah takbir yang kita ikrarkan setiap hari perayaan. Orang beriman tidak bimbang dibenci kafir ketika berjuang meletakkan Islam yang tertinggi.


Semoga Allah membimbing kita semua.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Isnin, 3 Jun 2019

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR

12:21:00 PG 0
RAHSIA SURAH ALKAUTSAR

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR



BISMILLAHI RAHMA NI RAHIM INNA A'TTOINA KALKAUTSAR FADSALLILI ROBBIKA WANHAR INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR 



SURAH INI PALING PENDEK, HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN BERMAKSUD

SUNGAI DI SYURGA, KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.

RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU, WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.
SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN DUA ORANG YANG DIKASIHI IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :
BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA, MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.

JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR, BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER, INSYA ALLAH HILANG DAHAGA JIKA SERING SAKIT MATA, SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK, SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.

JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR, BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.
JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH. JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X, ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.
2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA. RASULULLAH BERSABDA, BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN ADA ORANG YANG MENGAMALKAN, MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA (MENINGGAL DUNIA) DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.
SELAMAT BERAMAL... JGN LUPA KONGSI. اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Hantar ke semua group contact. Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W


DOA DAN AMALAN UNTUK MENGELAKKAN RUMAH KEDIAMAN / PEJABAT / KEDAI DARI DIMASUKI PENCURI

12:09:00 PG 0
DOA DAN AMALAN UNTUK MENGELAKKAN RUMAH KEDIAMAN / PEJABAT / KEDAI DARI DIMASUKI PENCURI

DOA DAN AMALAN UNTUK MENGELAKKAN RUMAH KEDIAMAN / PEJABAT / KEDAI DARI DIMASUKI PENCURI

Beringatlah, saat kita balik kampung, perompak tak balik kampung. Dia akan beraya dalam rumah yg dirompaknya.. Jom pakat2 pagarkan rumah kita dgn doa & amalan nie..

DOA DAN AMALAN UNTUK MENGELAKKAN RUMAH KEDIAMAN / PEJABAT / KEDAI DARI DIMASUKI PENCURI

1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut:

i) Mengucap dua kalimah syahadah - 1X

ii) Selawat keatas nabi - 2 X
اللهم صل على محمد وآل محمد

iii) Ayat Kursi - 1 X

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ


iv) Surah Yasin ( ayat ke-9 ) - 1 X

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

Bermaksud :

"Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".