Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 25 Mac 2019

BALASAN ORANG SOMBONG DI AKHIRAT

8:51:00 PG 0
BALASAN ORANG SOMBONG DI AKHIRAT
BALASAN ORANG SOMBONG DI AKHIRAT

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datoknya dari nabi SAW bersabda: "Orang yang sombong, akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum dari muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1.  Sombong adalah sifat iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan Nabi Adam.

2.  Jika kita memiliki sifat merasa lebih mulia dan lebih baik dari orang lain, dibimbangi menjadi pewaris sifat sombong iblis.

3.  Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.

4.  Orang sombong akan  diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas

5.  Orang yang sombong akan  diberi minum dari muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjauhi sifat sombong. Elakkan daripada merasa diri kita lebih baik dari orang lain atau memperlekeh serta merendahkan mereka.



Sabtu, 23 Mac 2019

TANDA KEBAHAGIAAN DAN KECELAKAAN

7:58:00 PG 0
TANDA KEBAHAGIAAN DAN KECELAKAAN
TANDA KEBAHAGIAAN DAN KECELAKAAN

عَنْ إِسْمَاعِيلَ  بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ  عَنْ أَبِيهِ  عَنْ جَدِّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ  وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ  وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ  وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ  وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ  وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ  وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ

Daripada Ismail Muhammad Bin Sa’ad Bin Abi Waqqas daripada ayahnya daripada datuknya. Datuknya (Sa’ad Bin Abi Waqqas) berkata : Rasulullah SAW bersabda : 4 tanda kebahagiaan. Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala 4 tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.” (HR Ibnu Hibban No: 4032) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Empat tanda kebahagiaan di dunia

a.  Isteri yang solehah – isteri yang baik. Dipandang suami ia menggembirakan, sentiasa menjaga maruah diri dan suami. 

b.  Tempat tinggal yang luas – yang banyak manfaat bagi penghuninya (tidak semestinya rumah besar). Rumah yang didalamnya hati akan menjadi lapang dan tidak sempit (Takhrij al-Musnad no 15372).

c.  Jiran yang soleh – jiran yang baik bermanfaat dan tidak menyakiti orang lain. 

d.  Kenderaan yang elok – selesa, tidak membebankan sama ada dengan hutang mahupun kerosakan.

2.  Empat tanda kesengsaraan di dunia

a.  Jiran yang buruk – akhlak dan kehidupannya akan mempengaruhi kita dan anak-anak.

b.  Isteri yang jahat – akhlak dan perangai yang buruk

c.  Tempat tinggal yang sempit – rumah yang tidak menjadikannya bahagia dan lapang

d.  Kenderaan yang buruk – yang menyusahkan dan membebankan.

Setiap Muslim disyariatkan berdoa antaranya doa memohon kelapangan dan keberkatan. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sering berdoa:

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﺟَﺎﺭِ ﺍﻟﺴُّﻮﺀ ﻭَﻣِﻦْ ﺯَﻭْﺝٍ ﺗُﺸَﻴِّﺒُﻨِﻲ ﻗَﺒْﻞَ ﺍﻟْﻤَﺸِﻴﺐِ ﻭَﻣِﻦْ ﻭَﻟَﺪٍ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﻋَﻠَﻲَّ ﺭِﺑًﺎ  ﻭَﻣِﻦْ ﻣَﺎﻝٍ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﻋَﻠَﻲَّ ﻋَﺬَﺍﺑًﺎ  ﻭَﻣِﻦْ ﺧَﻠِﻴﻞٍ ﻣَﺎﻛِﺮٍ  ﻋَﻴْﻨَﻪُ ﺗَﺮَﺍﻧِﻲ ﻭَﻗَﻠْﺒُﻪُ ﺗَﺮْﻋَﺎﻧِﻲ ﺇِﻥْ ﺭَﺃَﻯ ﺣَﺴَﻨَﺔً ﺩَﻓَﻨَﻬَﺎ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺭَﺃَﻯ ﺳَﻴِّﺌَﺔً ﺃَﺫَﺍﻋَﻬَﺎ 
  
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari tetangga yang buruk,  dari isteri yang membuatku beruban sebelum masa beruban, dari anak yang menjadi tuan bagiku, dari harta yang menjadi siksaan atasku, dan dari kawan yang berbuat makar, matanya memandangiku sedang hatinya mengawasiku. Jika ia melihat kebaikan, maka ia tanam 
(sembunyikan), dan jika melihat keburukan, maka ia menyebarkannya.  (HR. Hannad dalam Az-Zuhd (no. 1038) Status: Hadis sahih dalam Ash-Shohihah no. 3138).



Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran

7:56:00 PG 0
Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran
Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang jiran tetangganya tidak aman dari bahayanya." (HR Muslim No: 66) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berbuat baik dan memuliakan jiran tetangga adalah pokok kehidupan bermasyarakat yang bahagia dan harmoni.

2.  Keberadaan kita sebagai jiran sentiasa dirasai bermanfaat dan membawa keamanan dan kesejahteraan.

3.  Jadilah jiran yang mendorong orang lain menjadi baik dan bahagia di dunia dan akhirat.

4.  Elakkan menganggu jiran atau melakukan perkara yang memudaratkan jiran sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan.

5.  Tidak akan masuk syurga seseorang yang dengan sebab perbuatan atau perkataannya, menyebabkan jirannya  mendapat mudarat dan musibah.