Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 23 Mac 2019

Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran

7:56:00 PG 0
Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran
Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang jiran tetangganya tidak aman dari bahayanya." (HR Muslim No: 66) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berbuat baik dan memuliakan jiran tetangga adalah pokok kehidupan bermasyarakat yang bahagia dan harmoni.

2.  Keberadaan kita sebagai jiran sentiasa dirasai bermanfaat dan membawa keamanan dan kesejahteraan.

3.  Jadilah jiran yang mendorong orang lain menjadi baik dan bahagia di dunia dan akhirat.

4.  Elakkan menganggu jiran atau melakukan perkara yang memudaratkan jiran sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan.

5.  Tidak akan masuk syurga seseorang yang dengan sebab perbuatan atau perkataannya, menyebabkan jirannya  mendapat mudarat dan musibah.




SAF LURUS MELURUSKAN HATI

7:55:00 PG 0
SAF LURUS MELURUSKAN HATI
SAF LURUS MELURUSKAN HATI

 عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّه صلى الله عليه وسلم يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلاةِ وَيَقُولُ: اسْتَوُوا وَلا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ

Daripada Abu Mas’ud RA berkata: Adapun Rasulullah SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih.” (HR Muslim No:432)

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar kita agar sentiasa meluruskan saf apabila solat berjemaah antaranya dengan mempertemukan bahu dengan rakan disebelah kiri dan kanan.

2.  Hikmah meluruskan saf dalam solat sebagai pengajaran agar setiap Muslim sentiasa mengikat hubungan ukhuwah dan jangan sekali-kali berpecah belah.

3.  Imam al-Qurthubi berkata, “Yang dimaksudkan dengan perselisihan hati pada hadis ini adalah bahawa ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya dengan berdiri ke depan atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam hatinya yang tidak mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati dan memungkinkan menimbulkan perpecahan.” (Rujuk: Fathul Bari 2/443)

4.  Imam al-Iraqi dalam Tharh al-Tathrib, 326/2 menukilkan pandangan para ulama dalam memahami makna meluruskan saf, iaitu: 

a.  Bagi mendapatkan istiqamah dan i’tidal (lurus) pada zahir sebagaimana yang dituntut pada batin.

b.  Supaya tidak diganggu syaitan kerana ia akan merosakkan solat dengan waswas.

c.  Memberi satu gambaran atau keadaan yang baik.

d.  Supaya dapat diisi lebih ramai makmum sekiranya makmum terlalu ramai dan ia akan menjadi sempit jika tidak dirapatkan serta diluruskan saf.

e.  Agar setiap makmum itu tidak disibukkan dengan melihat di antara satu sama lain akan perkara yang boleh menganggu mereka.

5.  Kecacatan pada saf solat akan menjadi kecacatan dalam kehidupan bermasyarakat.

Daripada Suwaid bin al-Ghaflah berkata:

كَانَ بِلَالٌ يَضْرِبُ أَقْدَامَنَا فِي الصَّلَاةِ وَيُسَوِّي مَنَاكِبَنَا

“Adapun Bilal memukul kaki-kaki kami sebelum memulakan solat serta meluruskan bahu-bahu kami.”

Ayuh pastikan saf solat kita lurus




Khamis, 21 Mac 2019

LAPAN (8) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

8:38:00 PG 0
LAPAN (8) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

LAPAN (8) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN
1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub. 

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. 

4. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. 

5. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan *mula mengakui kepandaian* , kebaikan dan kehebatan orang lain. 

6. Kita *berhenti membandingkan* nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain. 

7. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak . 

8. Kita berhenti meletakkan *nilai kebahagian pada kebendaan* . Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 8 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Apabila kita sudah melepasi umur :

40an..Kita nilai hidup ini berbeza

50an...kita menilai dunia ini hanyalah tempat persinggahan yg membina jiwa lebih kpd lebih memaaf dan redha

60an..terasa lambaian kematian untuk menghadiri mahkamah Ilahi berada di hadapan pintu

Kongsikan bersama dengan semua.😘