Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 18 Februari 2019

SIAPA MANDIKAN JENAZAH NABI SAW?

5:16:00 PTG 0
SIAPA MANDIKAN JENAZAH NABI SAW?
SIAPA MANDIKAN JENAZAH NABI SAW?

Pasti kita pernah tertanya-tanya siapa dari kalangan sahabat yang mandikan jen azah baginda Rasulullah SAW. Ini penjelasan Mufti Wilayah
SOALAN SIAPAKAH MANDIKAN JENAZAH NABI SAW?
Assalamualaikum WBT. Semoga ustaz sihat-sihat belaka. Saya dah lama ingin bertanya.Siapakah di antara para sahabat yang memandikan jen azah Nabi SAW. Saya ingin tahu sangat ustaz. Mohon pencerahan dari ustaz.

Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Antara kewajipan seorang muslim adalah mengetahui hal perihal berkaitan Nabi SAW. Daripada setiap pergerakan, percakapan, akhlak ketika Baginda hidup sehinggalah kew afatan Baginda SAW.
Sebelum membincangkan dan menjawab persoalan yang dikemukakan, suka kami bentangkan berkenaan kisah akhir detik kehidupan Nabi SAW seperti yang diceritakan oleh Anas Bin Malik. Kata beliau :
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ كَانَ يُصَلِّي لَهُمْ فِي وَجَعِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، الَّذِي تُوُفِّيَ فِيهِ حَتَّى إِذَا كَانَ يَوْمُ الاِثْنَيْنِ وَهُمْ صُفُوفٌ فِي الصَّلاَةِ كَشَفَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، سِتْرَ الْحُجْرَةِ ، فَنَظَرَ إِلَيْنَا ، وَهُوَ قَائِمٌ كَأَنَّ وَجْهَهُ وَرَقَةُ مُصْحَفٍ ، ثُمَّ تَبَسَّمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَاحِكًا قَالَ : فَبُهِتْنَا وَنَحْنُ فِي الصَّلاَةِ مِنْ فَرَحٍ بِخُرُوجِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَكَصَ أَبُو بَكْرٍ عَلَى عَقِبَيْهِ لِيَصِلَ الصَّفَّ ، وَظَنَّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَارِجٌ لِلصَّلاَةِ ، فَأَشَارَ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ أَنْ أَتِمُّوا صَلاَتَكُمْ ، قَالَ : ثُمَّ دَخَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَرْخَى السِّتْرَ قَالَ : فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ يَوْمِهِ ذَلِكَ
Maksudnya :” Sesungguhnya Abu Bakar mengetuai solat orang ramai ketika Nabi SAW sa kit yang mana ia adalah kesa kitan yang menyebabkan Rasulullah SAW wafat. Sehingga tiba hari isnin, orang ramai pada ketika itu berada di dalam saf. Kemudian Rasulullah SAW menyingkap tirai biliknya dan melihat kepada kami. Ketika itu, Baginda SAW sedang berdiri dan wajah Baginda seakan-akan seperti kertas mushaf.[1]
[1] Iaitu ibarat yang menggambarkan bahawa wajah Rasulullah SAW yang lawa, suci putih dan bercahaya.
Kemudian Baginda tersenyum. Anas berkata : Maka kami pun terkejut dan berasa gembira apabila Rasulullah SAW keluar. Pada ketika itu kami sedang dalam solat. Lalu Abu Bakar pun ke belakang sedikit untuk menyambungkan saf yang ada. Abu Bakar berbuat demikian kerana beliau menyangka Rasulullah SAW keluar untuk solat bersama.
Lantas Rasulullah SAW memberi isyarat kepada orang ramai untuk menyempurnakan solat. Anas berkata lagi : Kemudian Rasulullah SAW masuk semula ke rumahnya dan menurunkan tirainya. Rasulullah SAW wa fat pada hari tersebut.”
Riwayat Muslim (874)
Menurut riwayat ini, Rasulullah SAW wa fat pada hari isnin. Kemudian berlakulah satu perbincangan di kalangan para sahabat berkenaan siapa yang bakal menggantikan Rasulullah SAW sebagai ketua yang akan menguruskan urusan umat islam. Akhir perbincangan itu membawa satu resolusi iaitu memilih Abu Bakar sebagai khalifah bagi umat islam.
Jen azah Rasulullah mula untuk diuruskan pada hari selasa. Ada beberapa orang para sahabat yang bertanggungjawab untuk memandikan jen azah Rasulullah SAW.
Aus Bin Khauli salah seorang daripada Bani Auf Bin Khazraj berkata kepada Ali : Demi Allah wahai Ali, kami juga ada bahagian untuk menguruskan Rasulullah SAW. Aus merupakan sahabat Rasulullah dan juga di antara ahli Badar. Kata Ali : masuklah.
Maka Aus pun masuk, duduk dan turut memandikan Rasulullah SAW. Kemudian Ali menyandarkan jen azah Baginda ke dada beliau. Abbas, al-Fadhl dan Qutham memusingkan tubuh Baginda manakala Usamah Bin Zaid dan Syuqran kedua-duanya mencurahkan air. Pada masa yang sama Ali memandikan jen azah Rasulullah SAW.
Beliau menyandarkan tubuh Baginda ke dadanya dan pada tubuh Baginda ada qamis yang beliau gunakan untuk menggosok bahagian belakang Baginda. Tangan beliau langsung tidak menyentuh tubuh Baginda. Lalu Ali berkata : Demi ayah dan ibuku, engkau ketika hidup mulia dan ketika wa fat pun mulia. Dan tidak dilihat pada jenazah Rasulullah sesuatu (yang buruk) yang ada pada jen azah orang lain.”
Rujuk Sirah Ibnu Hisyam (4/451)
Kesimpulannya ,berdasarkan riwayat ini, ada 7 orang yang terlibat dalam memandikan jen azah Nabi SAW. Mereka itu ialah :
Ali Bin Abi Talib
Abbas Bin Abdul Muttalib
Al-Fadhl Bin Abbas
Qutham Bin Abbas
Usamah Bin Zaid
Syuqran Maula kepada Rasulullah
Aus Bin Khauli
Semoga pencerahan yang diberikan menjawab persoalan yang dikemukakan. Semoga kita lebih mencintai Nabi SAW dengan membaca sirahnya dan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk mengikut sunnahnya. Wallahu’alam.
Sumber: http://bolapadu.com/siapa-mandikan-jen-azah-nabi-saw-ramai-tak-tahu-ini-jawapan-mufti-wilayah/





INGAT, SETAN MENYESATKAN MANUSIA SAMPAI SAKARATUL MAUT

2:41:00 PTG 0
INGAT, SETAN MENYESATKAN MANUSIA SAMPAI SAKARATUL MAUT
INGAT, SETAN MENYESATKAN MANUSIA SAMPAI SAKARATUL MAUT


Ketika diusir oleh Allah, dan dicap sebagai pembangkang, dia bersumpah di hadapan Allah dengan semangat hasad kepada Adam dan keturunannya,

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ ، ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ ، وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ ، وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

Iblis menjawab: 
_*"Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,* kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)."_ 
_(QS. Al-A’raf: 16 – 17)_

Dalam hadits dari Abu Said al-Khuri رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ Nabi ﷺ bersabda,

إِنَّ الشَّيْطَانَ قَالَ: وَعِزَّتِكَ يَا رَبِّ، لَا أَبْرَحُ أُغْوِي عِبَادَكَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ، قَالَ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي

_"Iblis bersumpah, demi keagungan-Mu ya Rab, aku tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan hamba-hamba-Mu, *selama ruh mereka masih dikandung jasad.* Allah berfirman, “Demi keagungan dan kumuliaan-Ku, Aku akan senantiasa memberikan ampunan untuk mereka, selama mereka memohon ampun kepada-Ku.”_
_(HR. Ahmad 11237 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth)._

Atas sumpah ini, iblis dan bala tentaranya sangat antusias untuk menyesatkan manusia. Terutama di suasana-suasana genting, ketika manusia di posisi sangat labil.

Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنهم Nabi ﷺ bersabda,

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَىْءٍ مِنْ شَأْنِهِ

_*"Sesungguhnya setan mendatangi kalian dalam segala urusan kalian."*_ 
_(HR. Muslim 5423)._

Setan Mendatangi Manusia Ketika Sakaratul Maut

Nabi ﷺ beliau memohon perlindungan kepada Allah, agar tidak disesatkan setan ketika kematian.
Dalam salah satu doanya, Nabi ﷺ mengucapkan,

وَأَعُوذُ بِكَ أَن يَتَخَبَّطَنِي الشَّيطَانُ عِندَ المَوتِ

_*"Aku berlindung kepada-Mu agar tidak disesatkan setan ketika kematian."*_ 
_(HR. Ahmad 8667, Abu Daud 1554)_

Al-Khithabi menjelaskan hadis di atas, dengan menyebutkan beberapa bentuk gangguan setan ketika mendekati kematian,
_"Nabi ﷺ berlindung dari disesatkan setan ketika kematian, bentuknya adalah setan mengganggunya ketika dia hendak meninggal dunia. Lalu setan menyesatkannya, sehingga menghalangi dia untuk bertaubat, atau menutupi dirinya sehingga tidak mau memperbaiki urusannya atau memohon maaf dari kedzaliman yang pernah dia lakukan. Atau membuat dia merasa putus asa dari rahmat Allah. atau membuat dia benci dengan kematian dan merasa sedih meninggalkan hartanya, sehingga dia tidak ridha dengan keputusan Allah berupa kematian, dan menuju akhirat. Sehingga dia akhiri hidupnya dengan keburukan, lalu dia bertemu Allah dalam kondisi Dia murka kepada-Nya.."_

Kemudian, al-Khithabi menegaskan,
_"Diriwayatkan bahwa tidak ada kesempatan yang lebih diperhatikan setan untuk menyesatkan manusia, selain ketika kematiannya. Dia akan mengundang rekan-rekannya, “Kumpul di sini, jika kalian tidak bisa menyesatkannya pada hari ini, kalian tidak lagi bisa menggodanya selamanya.”_ 
_(Aunul Ma’bud, 4/287)._

Di sana ada beberapa kejadian yang dialami para ulama, ketika proses kematiannya, setan berusaha untuk menggodanya diantaranya Imam Ahmad bin Hambal رَحِمَهُ الله

Diceritakan oleh Abdullah putra Imam Ahmad,
_"Aku menghadiri proses meninggalnya bapakku, Ahmad. Aku membawa selembar kain untuk mengikat jenggot beliau. Beliau kadang pingsan dan sadar lagi. Lalu beliau berisyarat dengan tangannya, sambil berkata, “Tidak, menjauh…. Tidak, menjauh…” beliau lakukan hal itu berulang kali. Maka aku tanyakan ke beliau, “Wahai ayahanda, apa yang Anda lihat? Beliau menjawab,_

إن الشيطان قائم بحذائي عاض على أنامله يقول: يا أحمد فُتَّنِي، وَأَنـاَ أَقُولُ: لَا بُعْدٌ لَا بُعْدٌ

_“Sesungguhnya setan berdiri di sampingku sambil menggingit jarinya, dia mengatakan, ‘Wahai Ahmad, aku kehilangan dirimu (tidak sanggup menyesatkanmu).  Aku katakan: “Tidak, masih jauh…. Tidak, masih jauh….”_ 
_(Tadzkirah Al-Qurthubi, Hal. 186)_

Maksud cerita ini, setan hendak menyesatkan Imam Ahmad dengan cara memuji Imam Ahmad. Setan mengaku menyerah di hadapan Imam Ahmad, _*agar beliau menjadi ujub terhadap diri sendiri dan bangga terhadap kehebatannya.*_ Tapi beliau sadar, ini adalah tipuan. Beliau tolak dengan tegas: “Tidak, saya masih jauh, tidak seperti yang kamu sampaikan….” 

Tidak bisa kita bayangkan, andaikan ujian semacam ini menimpa tokoh agama atau orang awam di sekitar kita…

Termasuk juga, kejadian yang pernah dialami salah satu ulama Kordoba. Seperti yang diceritakan Imam al-Qurthubi, 
_“Saya mendengar guru kami, Abu Abbas Ahmad bin Umar di daerah perbatasan Iskandariyah bercerita:  ‘Saya menjenguk saudara guruku, Abu Ja’far Ahmad bin Muhammad di daerah Kordoba. Ketika itu beliau sedang sekarat. Ada yang mentalqin beliau: ucapkan: Laa ilaaha illallaah…_

_Tapi orang ini malah menjawab: Tidak… Tidak… Setelah beliau sadar, beliau bercerita: ‘Ada dua setan mendatangiku, satu di sebelah kanan dan satunya di sebelah kiri. Yang satu menyarankan: Matilah dengan memeluk Yahudi, karena itu adalah agama terbaik. Satunya berkata: Matilah memeluk Nasrani, karena itu adalah agama terbaik’. Lalu aku jawab: Tidak… Tidak…”_ 
_(Tadzkirah al-Qurthubi, Hal. 187)_

Memang tidak semua orang mengalaminya. Ada yang mengalami kejadian demikian dan ada yang tidak mengalami. Namun setidaknya ini menjadi peringatan bagi kita akan betapa mencekamnya sakaratul maut. Karena yang menentukan status manusia adalah ujung hidupnya. 

Nabi ﷺ bersabda,

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

_*“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.”*_ 
_(HR. Bukhari, no. 6607)_

Semoga Allah menyelamatkan kita dari semua tipu daya setan.

اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

Ya Allah, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu.

Allahu a’lam. Semoga bermanfaat.
  




Ahad, 17 Februari 2019

SUSAHNYA MENGUBAH PERANGAI MANUSIA

5:42:00 PTG 0
SUSAHNYA MENGUBAH PERANGAI MANUSIA
SUSAHNYA MENGUBAH PERANGAI MANUSIA

Merubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia.

Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar lebih mudah daripada merubah tabiat seseorang.

Laut diubah menjadi daratan lebih mudah daripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik.

Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat sudah bertukar suasana.

Suasana yang lama sudah tidak ada, suasana yang baru pula menjelma.

Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun, apabila balik suasana lama sudah tidak ada.

Berubah segala-galanya, dengan wajah dan suasana yang baru.

Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah daripada penghuninya di kalangan manusia.

Setengah orang daripada kecil kita berkawan, kemudian dipisah oleh desakan hidup selama tiga puluh tahun.

Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama.

Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya yang negatif masih wujud.

Sedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubah.

Dunia sudah menjadi cantik dan indah.

Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik.

Kerana itulah di zaman ada rasul, untuk mendidik manusia Tuhan datangkan rasul.

Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama yang berwatak rasul.

Ertinya untuk membangunkan dunia siapa sahaja boleh lakukan.

Tapi untuk membangunkan insan bukan calang-calang orang untuk memimpin.

Bahkan ada kalanya pemimpin itulah yang merosakkan manusia yang memang sudah rosak.

Manusia pun bertambah rosak dan jahat.

Kerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahat.

Yang mana pemimpin itu pun tidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnya.

Sedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubah.

Sungguh susah hendak mengubah perangai manusia.

Tidak seperti alam semula jadi mudah sahaja berubah.

Selepas Ekspedisi 
16 - 08 - 2001