Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 3 November 2018

KENYATAAN BALAS SULTAN BRUNEI TERHADAP MEDIA BARAT YANG MENGANCAMNYA

2:26:00 PTG 0
KENYATAAN BALAS SULTAN BRUNEI TERHADAP MEDIA BARAT YANG MENGANCAMNYA
KENYATAAN BALAS SULTAN BRUNEI TERHADAP MEDIA BARAT YANG MENGANCAMNYA

CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang-undang Syariah.

Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka:

"DALAM negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain-lain. Ianya di dalam Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.

"Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki dan kami akan mula mengamalkan Undang-undang Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalam Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.

"Kami mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan pada kami pula, akan tetapi ini adalah Negara kami.

"Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu untuk Gay dan lain-lain. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yang mengamalkan Undang-undang Islam. 

"Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yang menentang Homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baru. 

"Saat kamu mendengar bahawa Islam dan Muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini. 

"Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?

"Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di sini, di dalam negara Islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman.

"Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah untuk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira."

OLEH | *Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM*

ISLAM DAN BUMIPUTRA DALAM BAJET 2019 SERTA PERKARA UTAMA LAIN

2:25:00 PTG 1
ISLAM DAN BUMIPUTRA DALAM BAJET 2019 SERTA PERKARA UTAMA LAIN
ISLAM DAN BUMIPUTRA DALAM BAJET 2019 SERTA PERKARA UTAMA LAIN

Alhamdulillah, saya berhasrat highlight beberapa perkara yang menarik perhatian, khususnya ia melibatkan Islam, Bumiputra, pengurangan cukai, berian subsidi dan bonus, antaranya adalah:-

BERKAITAN ISLAM & BUMIPUTRA

1. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.
2. RM 150 juta lagi disediakan untuk laksana program pembinaan masjid dan surau serta modul pembelajaran agama gunakan braille.
2. RM 125 juta lagi diperuntukan kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan sekolah pondok berdaftar. Ini jauh lebih besar dari peruntukan agama lain.
3. Penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam diketuai Kementerian Kewangan.
4. Diberikan 7 hari cuti tanpa rekod bagi laksana ibadah umrah.
5. Bank Pembangunan (iaitu Islamic Bank) dapat dana RM 500 juta untuk bantu teksi dan syarikat bas buat pembiyaaan hanya pada 2 % kadar keuntungan.
6. Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan kos tambahan sewaktu terbitan Sukuk di bawah prinsip Wakalah dan Ijarah. 
7. Biasiswa & Pinjaman pelajaran sehingga 3.8 bilion melalui agensi kerajaan. RM 2 bil daripadanya adalah khas untuk BUMIPUTRA tajaan MARA.
8. Peruntukan RM 210 juta sebagai agenda pemerkasaan pendidikan BUMIPUTRA. 
9. EXIM Bank (sebuah perbankan Islam - untuk semua pembiayaan barunya) perolehi dana RM 2 bilion untuk bantu PKS.
10. 100 juta diberikan kepada syarikat PKS bagi kembangkan industri halal.
11. Dana khas bagi skim pembiayaan patuh Shariah untuk eksport produk halal sebanyak RM 1 bilion, kadar keuntungan kecil iaitu 2 %.
12. PUNB iaitu sebuah agensi 100 % patuh Shariah perolehi dana RM 200 juta dan TEKUN perolehi RM 100 juta.

Alhamdulillah ini suatu pernyataan Islam dan bumiputra tidak terusik malah masih elok terjaga kedudukan mereka dalam urusan pembahagian bajet kerajaan baru PH.

POTONGAN & KECUALI CUKAI

1. Potongan cukai perbelanjaan yang ditanggung syarikat semasa terbitkan sukuk runcit untuk 3 tahun taksiran mulai 2019.
2. Potongan cukai buat majikan yang bantu membayarkan hutang PTPTN pekerja sepenuh masanya, dengan syarat syarikat tidak menuntut kembali dari pekerjanya.
3. Pengecualian duti setem ke atas produk perlindungan tenang untuk dua tahun.
4. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM 4,000 ke atas caruman KWSP dan RM 3,000 ke atas takaful kesihatan.
5. Diskaun sehingga 15 % bagi bayaran awal PTPTN.
6. Hapus kira baki hutang peminjam berusia 60 tahun yang berpendapatan kurang RM 4000.
7. Potongan cukai korporat dari 18 % kepada 17 % bagi syarikat Perusahaan Kecil Sederhana pendapatan bawah RM 500,000 dan juga yang modal berbayar RM 2.5 juta ke bawah. Ini sangat bantu syarikat PKS.
8. Sistem kredit untuk potongan cukai jualan bagi pengilang KECIL mulai 1 Jan 2019.
9. Pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama untuk harga rumah RM 300,000 yang pertama.

SUBSIDI KEPADA YANG PERLU

1. Subsidi bil elektrik bulanan RM 40 ke bawah, ini membantu golongan miskin tegar.
2. Subsidi minyak bersasar kepada pemilik kenderanan 1500 cc [ dapat 30 sen seliter dengan maksimum 100 liter] ke bawah dan motosikal kapasiti enjin 125 cc[ maksimum 40 liter]. Kadar maksimum diperluakn bagi mengelakkan di salahguna.
3. Potongan majikan caruman majikan dikurangkan kepada 4 % kepada pekerja berusia 61-65 tahun, dan tidak perlu pekerja usia tersebut mencarum kwsp bagi meningkat wang bolehguna bulanan mereka sambil menggalakkan syarikat memberi peluang warga emas produktif untuk bekerja.
4. bagi kumpulan B 40, ada nikmati perlindungan percuma ke atas 4 jenis penyakit kritikal sehingga RM 8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital.
5. Bantuan RM 1000 bagi keluarga berpendapatan RM 2000 ke bawah.
6. RM 120 bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah sehingga anak keempat akan dapat bantuan ini. Manakala anak OKU terus dapat tanpa had umur. Ini bagi keluarga isi rumah kurang dari RM 2000. Bantuan ini akan jadi lebh banyak daripada BRIM.
7. Pinjaman rumah pada kadar 3.5 % untuk golongan pendapatan RM 2300 ke bawah, rumah berharga RM 150,000 ke bawah sahaja.
8. Pas bulanan RM 100 tanpa had perjalanan liputi rel dan bas, juga pas RM 50 bagi rapidKL bas sahaja. Ini menambah pendapatan boleh guna isi rumah.
9. Bonus RM 500 bagi penjawat awam gred 54 ke bawah.

PELBAGAI 

1. Pegawai lantikan kontrak perkhidmatan awam sekitar 30,000 akan nikmati kemudahan tetap seperti penjawat tetap.
2. Kenaikan gaji minimum kepada RM 1,100 seluruh Malaysia.
3. Aplikasi Price Catcher sebagai platform pemantauan harga barangan melalui perkongsian data. Ini membantu meningkatkan info tepat buat pengguna dan kerajaan.
4. Syarikat besar dan tersenarai dikenakan peraturan baru agar merapatkan jurang gaji dengan memaparkan laporan nisbah gaji tertinggi dan terendah.Tindakan lanjut akan diambil kemudiannya.
5. Saringan kesihatan kanser payudara, vaksinasi HPV dan pap smear secara percuma di hospital & klinik kerajaan.
6. Semua restoran & kedai makanan, kawasan 'bebas rokok'.
7. Kaedah 'Zero Based Budgetting' diperkenalkan bagi menambah efisyen, cekap dan jimat.
8. Tambahan pegawai SPRM sehingga 100 orang lagi bagi memningkat keberkesanan menangkap perasuah.
9. Cukai judi telah dinaikkan. Sebarang tindakan yang kurang mesra industri perjudian adalah suatu inisiatif baik.
10. Wujud sekurang-kurangnya dua akta baru bagi mengawal kerajaan dalam menambah hutang dan perbelanjaan besar kerajaan. Manakala satu lagi akta Perolehan bagi mengawal proses perbekalan bagi mengelak rasuah, menggalak persaingan sihat dan tambahbaik urusan tender elak ketirisan dengan lebih tegas. 

Begitulah ringkasan yang menarik perhatian saya. Kalian boleh menambah mana-mana yang perlu.

#AdjProfDrZaharuddinAbdRahman

Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka

6:13:00 PG 0
Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ


Dari Ibnu Abbas ia berkata; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka iaitu; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari berjaga kerana membela agama Allah".  (Sunan Tirmidzi No:1563) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap Muslim mengharapkan ganjaran dan balasan syurga di hari akhirat kelak.


2.  Antara orang yang dijauhi api neraka dan ditempatkan kedalam syurga ialah pemilik mata yang menangis kerana takut dan gerun seksaan api neraka yang menjadikan dirinya sentiasa takut jika tidak dapat melaksanakan ketaatan dan menjauhi larangan dengan bersungguh-sungguh. 


3.  Orang yang juga dijauhi api neraka di hari akhirat nanti ialah pemilik mata yang sentiasa bekerja, berdakwah dan berjihad disetiap ruang dan penjuru demi memastikan Islam berkembang dan tersebar di setiap pelusuk dunia.


4.  Mata yang berjaga tanpa mengenal penat lelah bekerja dan menyumbang untuk dakwah seperti melalui penulisan, membuat kajian dan penemuan demi memuliakan Islam.


5.  Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyebutkan satu daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan pada hari yang tiada naungan melainkan perlindungan dari Allah:


سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ…. وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ


Tujuh (orang) yang akan diberi naungan oleh Allah pada naungan-Nya di hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya…… seorang laki-laki yang mengingati Allah di tempat yang sunyi sehingga kedua matanya menitiskan air mata”.[HR. Bukhâri No:. 660) .