Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 17 Ogos 2018

WATAK-WATAK SYAITAN TERHADAP MANUSIA

7:57:00 PG 0
WATAK-WATAK SYAITAN TERHADAP MANUSIA

WATAK-WATAK SYAITAN TERHADAP MANUSIA  .
1) Syaitan akn cuba merosakkan akidah dan tauhid yg benar.
Ini tujuan utama syaitan agar manusia sesat drpd kebenaran.

2) Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dgn 3 ikatan.
Ini sebab yg mnyebabkan manusia berasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat subuh,tidak dapat bangun malam untuk tahajud. Orang yg tak dapat bangun malam adalah rugi.

3) Syaitan membawa mimpi2 negeri
Ia menjadikan manusia dalam keadaan sedih, mengikut2 emosi.

4) Syaitan ketawa apabila seseorang itu menguap
Ia adalah tanda kemalasan. Syaitan mungkin masuk ke dalam badan manusia ketika menguap apabila mulut tidak ditutup.

5) Syaitan juga bertenggek di atas batang hidung setiap manusia.
Sebab itu digalakkan membersihkan hidung kerana sabda nabi s.a.w bermaksud "Apabila seseorang kamu bangun drpd tidur maka bersihkanlah hidungnya 3 kali kerana syaitan bermalam di atas hidungnya".

6) Syaitan mewawaskan manusia.
Asalnya syaitam ingin merosakkan manusia tetapi jika manusia itu seorang mukmin, maka syaitan hanya mampu menimbulkan was2 dalam hatinya, Was2 paling utama ialah ketika solat.

7) Lupa adalah punca drpd syaitan.

ILMU RASA

6:52:00 PG 0
ILMU RASA

ILMU RASA
"Rasa" adalah sebuah perkataan yang digunakan untuk pelbagai makna. "Rasa" tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kerana ianya hadir di dalam diri manusia. Ia hanya dapat "dirasai". Dipanggil juga sebagai perasaan.

Oleh kerana ia tiada dapat dilihat kerana sifatnya yang tersembunyi dalam diri maka seseorang yang ingin menzahirkannya dalam bentuk perbuatan, dipanggil sebagai "tunjuk perasaan".

Adalah menjadi fitrah manusia untuk "merasa". Sungguhpun ia tidak dapat dilihat, disentuh atau diketahui bentuk seginya namun "rasa" tersebut dirasai dengan pengalaman yang berbeza.

Ada yang secara biologi seperti rasa manis gula, masin garam, masam limau, pahit kopi, rasa lazat dan sebagainya.

Ada pula secara emosi  seperti rasa  marah, rasa geram, rasa gerun, rasa sedih, rasa gembira, girang, rasa ngeri, rasa tenang, malu, rasa stress, rasa kecewa, hampa, benci, gundah gulana, tertekan, rasa gelora jiwa dan lain-lain.

Ada secara mental seperti rasa gelisah, rasa resah, keluh kesah, rasa bingung dan hairan, rasa pilu, cemas, rasa terpesona, rasa seronok, rasa khayal, syok, bosan, nostalgia, simpati, rasa minat, rasa geli, jijik, angau, rasa perasan dan lain-lain.

Ada secara nafsu seperti rasa bangga dan kagum diri, rasa hebat, rasa dendam, dengki, iri,  cemburu, gila bayang, angau dan lain-lain.

Ada pula secara hati seperti rasa cinta, rindu, redha, pasrah, asyik, intim, rasa yakin dan lain-lain.

Ada secara umum seperti rasa berdekatan, rasa berjauhan, rasa bersama, rasa berpisah, rasa kerdil, rasa ngam, kamcing, akrab, rasa cukup, rasa fakir, rasa hina, rasa rendah diri, rasa teringat2 dan lain2.

Semua "rasa" yang dinyatakan diatas semua ini,  ada jenis rasa yang  boleh membawa 2 makna (serampang dua mata), makna pada sisi positif dan juga negatif. Contohnya benci boleh bermaksud permusuhan yang menyebabkan persengketaan dan pada sisi lain seseorang yang merasa benci kepada perbuatan maksiat yang menyebabkan dia memghindarinya.

Sesuatu "rasa" itu juga boleh digunakan untuk perkara zahir dan batin, nyata dan ghaib. Seperti rindu, rindu kepada anak2 dan juga rindu kepada akhirat.

"Rasa" didalam bahasa Arab ialah zauq, shu'ur dan istish'ar. Ilmu Tasawuf dipanggil sebagai ilmu rasa atau ilmu zauqi kerana ilmu ini mengajarkan bagaimana untuk berinteraksi dengan "rasa-rasa" diatas, bagaimana untuk mengawalnya, bagaimana menghindarinya dan  bagaimana mencapainya.

Oleh itu, walaupun ia bersifat zauqi/perasaan namun ia masih termasuk dalam konteks ilmu syariah kerana ilmu Tasawwuf disebut sebagai
 ilmu syar'iyyah qalbiiyyah. Ia adalah untuk mencapai makam Ihsan( menjadi hamba Allah seolah-olah melihat Allah, jika tidak, hendaklah merasa diri dilihatNya). Dipanggil "seolah-olah melihat" kerana ia berlalu pada medan "rasa".

Akhiran, skop "rasa" adalah sesuatu yang agama kita suruh untuk menyantuninya sebagai amal qalbi yang hendaklah wujud dalam penghayatan tauhid dan ibadah zahir. Maka pada medan makna ini, maka tiada salah jika ia difahami dengan beberapa nama iaitu ilmu rasa, tauhid zauqi, tauhid ihsani, tauhid irfani, tauhid amali dan tauhid sufi.

Ia hanyalah istilah2 yg berbeza namun maksudnya ialah sama iaitu mencapai matlamat iman, islam dan ihsan,tanpa dipisah-pisahkan.

WalLahua'lam...

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Khamis, 16 Ogos 2018

KENAPA RAMAI YANG BERZIKIR TETAPI SEMAKIN DIA BERZIKIR SEMAKIN DEKAT DIA DENGAN SYAITAN

6:24:00 PTG 0
KENAPA RAMAI YANG BERZIKIR TETAPI SEMAKIN DIA BERZIKIR SEMAKIN DEKAT DIA DENGAN SYAITAN

KENAPA RAMAI YANG BERZIKIR TETAPI SEMAKIN DIA BERZIKIR SEMAKIN DEKAT DIA DENGAN SYAITAN
Seorang Murid Bertanya Kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)

“Syeikh, “ Bukankah zikir boleh
Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala
Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya ?

“Benar,”
Jawab Imam al-Ghazali.

“Namun Kenapa Ada Orang Yang Semakin Rajin Berzikir Justeru Malah Semakin Jauh dari Allah malah bertambah Dekat Dengan Syaitan ?” Lanjut Sang Murid.

Gurunya Yang Diberi Gelar
Hujjatul Islam Ini pun Bertutur.

“Bagaimana Pendapatmu,
Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya ?”

“Tentu, Anjing Itu Akan Kembali
Datang Setelah Diusir.”
Jawab Sang Murid.

Imam al-Ghazali Menjelaskan,
Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berzikir
Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya.
Syaitan Akan Terus Datang
Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.

Penyakit - Penyakit Hati Itu Ialah :

Seperti Kesombongan,
Irihati, Dengki, Syirik,
Bersikap /berucap Kasar, Riya,
Merasa Sholeh, Merasa Suci,
Ghibah, Marah, Mengadu domba
Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.

Ketika Penyakit-Penyakit Itu Menghinggapi Diri Seorang Hamba, Maka Syaitan Terlaknat
Akan Senantiasa Datang,
Mengakrabkan Diri,
Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya.