Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 15 Ogos 2018

DAKWAH MASAKINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT

5:17:00 PTG 0
DAKWAH MASAKINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT

DAKWAH MASAKINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT
DAKWAH MASAKINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza dari apa yang dikenali sebelum ini khususnya terhadap golongan yang dilihat melanggar ajaran Islam. Dahulu, ramai golongan agama di Malaysia ini yang memakai pendekatan ‘konfrantasi’ secara terbuka dengan golongan yang dilihat tidak mesra agama. Kita uslub perundingan, perbincangan dan cuba memahami realiti semasa diketengahkan.

2. Dahulu, pendekatan konfrantasi itu disebabkan pengaruh aliran jalur keras yang menguasai arena dakwah di tanahair. Dari pendekatan memaki-hamun, memutuskan hubungan, melebel serta memberikan gelaran buruk, seterusnya sehingga kafir-mengkafir dan menuduh pihak berbeza sebagai musuh Islam tanpa alasan yang kukuh. Malangnya, pendekatan itu semua dibuat atas nama dakwah padahal sebahagiannya bercampur dengan kepentingan tertentu. Lebih malang lagi maki-hamun, mencarut dan kelucahan itu dilakukan di dalam masjid. Paling baru, tersebar seorang penceramah di Utara yang merupakan anak bekas seorang Mufti yang membuat isyarat lucah dalam masjid. Demikian akhlak yang buruk diberikan jenama agama. Sepatutnya, pendekatan sebeginilah yang patut dikritik dan dibantah.

3. Walaupun pendekatan konfrantasi itu kadang-kala diperlukan, namun bukanlah dalam semua keadaan kita disuruh untuk berkonfrantasi. Apa yang penting, dakwah menuntut hikmah seperti yang al-Quran dalam Surah al-Nahl ayat 125:
Firman Allah:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
(maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Hikmah bererti mencari pendekatan yang paling sesuai dan paling berkesan. Hal ini pun satu ijtihad yang setiap kita mungkin mempunyai andaian atau jangkaan yang berbeza berkaitan kesan setiap pendekatan dakwah yang diambil. Kata al-Sa’di (meninggal 1376H) ketika menafsirkan ayat di atas: “Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan perlaksanaannya..adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka. Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan  Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya secara akal dan nas ( Al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).

4. Kita faham, oleh kerana sekian lama kita dimomokkan dengan aliran pelampau yang membiasakan umat Islam di negara ini dengan maki hamun, mencarut, mencerca bahkan mengkafirkan, mereka sudah merasa tidak berdosa dengan perbuatan itu. Lebih jelek lagi, mereka merasakan itu sebahagian dari ajaran Islam dalam berdakwah. Bagi mereka itulah tanda ketegasan membela Islam. Lebih dahsyat lagi mereka merasakan pendekatan yang santun dan berkomunikasi dengan baik itu satu kesalahan dan tidak tegas membela Islam. Mereka terlupa bahawa Islam melarang akhlak yang buruk dalam dakwah. Bukanlah akhlak Nabi Muhammad s.a.w  memaki hamun orang lain. Kata Anas bin Malik r.a:
لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سَبَّابًا وَلاَ فَحَّاشًا وَلاَ لَعَّانً
"Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain". (Riwayat al-Bukhari).

5. Kita boleh bertegas dan berkonfrantasi jika keadaan menuntut hal itu. Namun kesemua itu dilakukan dengan kesantunan cara dan peradaban yang tinggi. Kita membantah, mengkritik dan bertegas, tetapi tidak mencarut dan melucah. Kita mematah hujah, berdebat, tajam sindiran dan sinis, tetapi tidak memaki dan mengeluarkan kata-kata yang tidak layak untuk insan muslim yang diajar agar berakhlak dalam bergaulan dan perkataan. Debat untuk menzahirkan kebenaran bukanlah dilarang, bahkan disuruh jika perlu -seperti dalam ayat al-Quran tadi-. Namun, caranya hendaklah mewakili sifat Islam yang bertamadun.

6. Engagement ataupun berunding dan berbincang merupakan salah satu pendekatan yang diajar dalam Islam. Engagement walaupun zahirnya macam lebih mudah dari berkonfrantasi, namun untuk mengurusnya tidaklah mudah. Ia akan membabit perasaan, kemahiran dan terdedah kepada manipulasi. Engagement memerlukan kebijaksanaan agar tercapai tujuan dakwah itu, bukan akhirnya dimangsakan oleh ketangkasan pihak lain. Bukan mudah, kerana engagement itu bukan sahaja perlu menjaga perasaan pihak yang kita berurusan dengannya tetapi juga para pengikut ataupun Umat Islam itu sendiri. Kebimbangan engagement akan membawa kepada kerugian dan manipulasi pihak lain pasti ada.

7. Dalam Sirah Nabi Muhammad s.a.w sendiri, pendekatan ‘engagement’ ataupun berurusan secara perundingan pernah menyebabkan lahir tidak puas hati dalam kalangan sahabat Nabi s.a.w. Dalam Perjanjian Hudaibiyyah, para sahabat Nabi s.a.w yang mempunyai pengalaman lama ditindas, diperangi, dibunuh, diseksa dan dihalau dari tanahair oleh Quraish Mekah berhadapan dengan pendekatan Nabi s.a.w yang mahu berunding. Majoriti sahabat Nabi s.a.w melihat perjanjian itu tidak selaras dengan semangat juang mereka. Mereka pula terpaksa membatalkan hasrat mereka yang datang untuk menunai umrah ke Mekah dan menerima isi perjanjian yang sepintas lalu tidak selaras dengan jiwa mereka yang bersedia untuk mati membela kebenaran.
Paling tegas membantah ialah ‘Umar bin al-Khattab sendiri. Umar berkata: Wahai Rasulullah! Tidakkah kita di atas kebenaran dan mereka atas kebatilan?! Jawab Nabi s.a.w: ‘Ya’. Kata ‘Umar: “Tidakkah orang yang mati dalam kalangan kita di syurga, sedangkan yang mati dalam kalangan mereka dalam neraka?! Jawab Nabi s.a.w: ‘Ya’. Kata ‘Umar: “Maka atas alasan apa kita mengurangkan agama kita dan pulang (ke Madinah) sedangkan Allah belum lagi menurunkan hukumanNYA antara kita (siapa yang menang ataupun kalah).
يَا ابْنَ الخَطَّابِ، إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ، وَلَنْ يُضَيِّعَنِي اللَّهُ أَبَدًا
Jawab Nabi s.a.w: “Wahai anak al-Khattab! Aku ini Rasulullah, Allah tidak akan mensia-siakan aku sama sekali”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ternyata akhirnya, engagement yang dilakukan oleh Nabi s.a.w itu membawa kepada kejayaan demi kejayaan dalam dakwah sehingga Islam tersebar lebih luas dan menguasai Kota Mekah.

8. Hari ini Islam telah diberikan gambaran yang buruk di media antarabangsa. Usaha bersepadu musuh dan kelemahan sikap mereka yang ada dalam kalangan Umat Islam itu sendiri menjadikan rancangan memburuk Islam telah berjaya di beberapa peringkat. Islamophobia tersebar di pelbagai negara. Dunia kini pula bagaikan satu kampung yang kecil. Apa sahaja yang berlaku di mana sahaja, tersebar ke seluruh dunia dengan pantasnya. Realiti kini jauh berbeza dengan masa yang lepas. Kini, Islam sering disalahertikan oleh banyak pihak. Manipulasi berita dan kesempatan atas kelemahan dunia muslim menjadikan Islam seakan-akan Islam bagai individu yang memiliki rekod jenayah yang sentiasa dipersalahkan.

9. Dalam menghadapi realiti ini, satu pendekatan yang lebih berkesan dan ijtihad baru dalam perlaksanaan sesetengah hukum-hakam dan pendekatan dakwah perlulah dilakukan. Ini selaras dengan apa yang disebutkan oleh para sarjana, seperti al-Imam Abu ‘Abbas al-Qarafi (meninggal 684H) dalam al-Furuq: “Jangan sepanjang hidupmu jumud dengan baris-baris ayat dalam kitab. Apabila datang seseorang dari negeri yang iklim (budaya) berbeza denganmu meminta fatwa, jangan engkau hukum berdasarkan keadaan negerimu. Hendaklah kamu tanya keadaan negerinya dan nilai serta fatwalah berdasarkan keadaan itu. Bukan keadaan negerimu dan apa yang tertulis dalam kitab-kitab. Inilah kebenaran yang nyata. Jumud dengan petikan-petikan (kitab) pasti satu kesesatan dalam agama, kejahilan terhadap maksud para ulama Islam dan golongan salaf yang lampau”. (Al-Qarafi, al-Furuq, 1/176. Beirut: ‘Alam al-Kitab)

10. Demikian yang disebut oleh al-Imam Ibn ‘Abidin al-Hanafi (meninggal 1252H): “Kebanyakan hukum yang diterangkan oleh mujtahid adalah berdasarkan uruf zamannya, di mana jika dia di zaman uruf yang berbeza nescaya dia akan beri pendapat berbeza dengan apa yang dia telah nyatakan dahulu. Maka dengan ini, mereka menyebut bahawa antara syarat ijtihad hendaklah mujtahid itu mengetahui adat kebiasaan manusia. Ini kerana kebanyakan hukum berbeza disebabkan perbezaan zaman, perubahan keadaan orang zaman tersebut, berlakunya keadaan darurat ataupun kerosakan (nilai) orang zaman tersebut yang mana jika hukum itu kekal seperti sebelumnya akan menyebabkan kesusahan dan mudarat kepada manusia. Juga akan menyanggahi syariah yang dibina atas meringankan, memudahkan, menghalang mudarat dan kerosakan serta mengekalkan alam ini atas sebaik-baik sistem dan seelok-elok peraturan. (Risalah Ibn ‘Abidin, dinukil dari Ahmad bin Mahmud al-Shanqiti, Al-Wasf al-Munasib li Shar’ al-Hukm)

11. Dalam menghadapi realiti baru ini, tokoh-tokoh ilmuwan dan pendakwah yang mempunyai kefahaman yang luas telah mengorak langkah mencari pendekatan yang lebih realistik dalam menghadapi cabaran baru. Antara contoh yang boleh kita lihat ialah Syeikh Hamza Yusuf. Pendekatan beliau ternyata berubah dari zaman awalnya dibandingkan masa kini. Dari zaman konfrantasi kepada engagment dengan realiti dan persekitaran baru yang ada. Demikian tokoh-tokoh ulama seperti al-Syeikh Abdullah bin Baiyah, Salman ‘Audah dan seumpamanya.

12. Saya tertarik apabila membaca kenyataan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) yang meminta supaya seorang muslim tidak perlu berbeza penampilan zahirnya jika dia berada dalam lindungan penguasaan bukan muslim. Padahal Ibn Taimiyyah itu terkenal sebagai tokoh dalam aliran salafi. Namun beliau tidak sempit seperti sesetengah aliran salafi hari ini. Kata Ibn Taimiyyah: “Sekiranya muslim berada di negara musuh, ataupun negara kufur yang bukan musuh maka dia tidak disuruh untuk berbeza dengan mereka dari segi penampilan zahir kerana itu akan memudaratkan. Bahkan digalakkan ataupun diwajibkan menyertai mereka di sudut penampilan zahir jika itu terdapat kemaslahatan agama seperti untuk dakwah mereka kepada Islam dan memerhati keadaan dalaman mereka untuk dimaklumkan kepada kaum muslimin mengenainya ataupun menghalang bahaya mereka terhadap kaum muslimin ataupun selainnya yang merupakan tujuan-tujuan yang baik”(Ibn Taimiyyah, Iqtida al-Sirat al-Mustaqim, 154. Kaherah: Dar Ibn Jauzi) 

13. Dalam dunia globalisasi hari ini, segala isu yang berlaku di tempat lain akan tempias ke tempat kita. Penguasaan pemerintah sesebuah negara juga sering dibatasi oleh tuntutan-tuntutan di peringkat global yang sukar dihalang. Campur tangan asing terhadap sesebuah negara boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Perang persepsi terhadap agama boleh merosakkan akidah dan kesatuan umat melebihi dari perang bersenjata. Dalam keadaan ini, kita semua wajib berijtihad mencari pendekatan yang terbaik dalam membela dan menampil wajah Islam yang rahmah, ramah, responsif dan progresif.

14 Era ini memerlukan pemurnian kepada ajaran Islam yang sebenar. Era ini juga menuntut pendekatan yang bersesuaian agar penguasaan akidah Islam ke atas manusia dengan rela dan redha berakar dan berkembang. Perang persepsi yang dilancarkan ke atas Islam perlu ditangkis dengan memberikan persepsi Islam yang sebenar iaitu rahmat, berkhidmat untuk kemanusiaan sejagat, progresif dan berperadaban tinggi. Kita memerlukan lebih engagement yang berkesan.

FB Dr Maza

Selasa, 14 Ogos 2018

MENJADI KELUARGA SUNNAH

6:21:00 PTG 0
MENJADI KELUARGA SUNNAH
MENJADI KELUARGA SUNNAH
Assalamualaikum..hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi    (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat....
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

.(C&P....for sharing)

2 AMALAN UNTUK KELUAR DARIPADA KESEMPITAN HIDUP.

6:19:00 PTG 0
2 AMALAN UNTUK KELUAR DARIPADA KESEMPITAN HIDUP.

2 AMALAN UNTUK KELUAR DARIPADA KESEMPITAN HIDUP.

Di kisahkan pada suatu ketika, datang seseorang kepada Rasulullah ﷺ lalu menceritakan tentang kehidupannya yang dalam kesempitan.

Kemudian Rasulullah ﷺ ajari dia 2 amalan yang sekiranya di amalkan dengan yakin dan bersungguh-sungguh, Insya Allah akan mengubah kehidupannya…

Amalan Pertama :  Beri Salam
Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”

Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.

السلام عليك ايها النبي ورحمة الله وبركاته
Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”

Amalan Kedua : Baca Surah Al-Ikhlas
Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah ﷺ bacalah surah Al-Ikhlas.

Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas
1 kali – Dirinya akan diberkati.

2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.

3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.
“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”

Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah ﷺ ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.

Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.

Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya.

Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah  ﷺ ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja. Bukan begitu.

Copy FB Bengkel Keajaiban Rezeki Ilahi