Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 8 Julai 2018

Rahsia Bismillah 21 kali

10:15:00 PG 2
Rahsia Bismillah 21 kali

Amat mudah untuk diamalkan. Hanya memakan masa selama satu atau dua minit sehaja, namun anda akan mengalami kesan yang menakjubkan. Amalan in dilakukan semasa mahu tidor pada waktu malam. Cara amalannya seperti berikut:


Semasa mahu tidur pada waktu malam, apabila kita sudah pun di katil, setelah baringkan diri, bacalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali. Kemudian niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini ” Ya Allah, aku mahu bangun 20 minit sebelum azan subuh”. Atau pun begini ” Ya Allah aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk solat tahajjud”.

InsyaAllah anda akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan.


Amalan ini amat mudah dilakukan dan amat mustajab dan berkesan. Kalau anda masih belum yakin atas apa yang ana paparkan disini, anda boleh mencuba sendiri mulai malam ini, kemudian lihatlah buktinya. Sugguh mudah sekali.


Disamping anda boleh jaga tepat pada waktu yang diniatkan, pengamal bacaan BISMILLAH 21 kali ini juga mendapat faedah-faedah lain juga, antaranya:


Anda akan terjaga tidur sekiranya ada penceroboh atau mencuri yang berniat buruk.

Terselamat dari sebarang gangguan makhluk, samada dari ganguan manusia atau binatang atau gangguan jin.


Terselamat dari sihir atau ilmu hitam yang di tujukan kepada kita yang selalunya dilakukan semasa sesaorang itu tidur.


BEGITULAH KEBESARAN ALLAH!

Saranan Dato' Ismail Kamus :

Baca Fatehah 21 kali sebelum tidur.

Baca Fatehah 201 kali waktu malam sebelum subuh.

Baca Fatehah 301 selepas subuh dan sebelum malam.

Dipetik dari blog sahabat.



Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM

10:04:00 PG 0
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...


Dengan Rahmat dan Kasih SayangMu...

✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini.

✔ Bukakanlah pintu hatinya dan permudahkanlah kakinya untuk melangkah ke Masjid @ RumahMu Ya Allah.

✔ Lapangkanlah hatinya untuk sentiasa mengingatiMu.

✔ Bahagiakanlah keluarganya dalam mendapat RedhoMu.

✔ Luaskanlah dan Berkatilah rezekinya seluas lautan sebagaimana pernah Engkau anugerahi kepada Para Rasul, Para Anbiya' as dan juga Orang-orang yang Soleh.

✔ Permudahkan segala urusannya

✔ Kabulkan hajat dan cita-citanya

✔ Jauhkan dari segala Musibah dan sebaliknya Engkau gantikanlah Musibah dengan Kebaikan.

✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.

✔ Sebatikanlah dirinya dengan Sifat Mahmudah dan Istiqomah kanlah dirinya samada ROHANI mahupun JASMANI dalam melakukan AMAL SOLEH TerhadapMu

✔ Dan dekatkanlah dirinya untuk TAQARRUB KepadaMu



Aamiin Ya Robbal'Alamin.

Sabtu, 7 Julai 2018

Jika Barang Hilang Atau Tersalah Letak, BACALAH Ayat

11:42:00 PTG 0
Jika Barang Hilang Atau Tersalah Letak, BACALAH Ayat
Jika Barang Hilang Atau Tersalah Letak, BACALAH Ayat
Kehilangan barang berharga tentu membuat gusar. Entah hilang kerana lupa atau mungkin hilang kerana dicuri. Mungkin barang itu adalah sesuatu yang sangat berharga seperti perhiasan emas berlian, mobil, motor, atau wang. Segala cara dan usaha pasti akan ditempuh untuk menemukan atau mengembalikan barang yang hilang yang mungkin dicuri itu.

Sayangnya banyak yang pergi ke dukun untuk mengembalikan barang yang hilang tersebut. Padahal ada Allah SWT tempat kita mengadukan permasalahan kita. Allah maha kuasa untuk mengembalikan sesuatu yang hilang.

Jadi untuk mendapatkan kembali barang yang telah dicuri oleh pencuri, anda boleh mengamalkan amalan doa di bawah ini:

1. Anda harus mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.

2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.



3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, maka lanjutkan dengan membaca surat al-Ikhlas (Qulhu Allahu Ahad) sebanyak 7 kali.

4. Baca shalawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.

5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.

6. Bacakan asmaul khusna YA HAFIIDHU sebanyak 119 kali.

7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa:

“Ya Tuhanku, aku mohon supaya dikembalikan barang (Nama barang yang hilang) yang telah dicuri secepat mungkin”.

Setelah anda lakukan mengikuti cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.

Ada tambahan doa lagi yang bisa anda baca:

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

ALLAHUMMA AJIRNI FII MUSIIBATII WAKHLUFNI KHOIRAN MINHA

Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..”

Itulah doa yang boleh anda amalkan untuk mengembalikan barang yang dicuri atau hilang entah kerana sebab apa.

 Jangan pergi ke dukun, kerana disamping dosa, hal itu hanya akan membuat anda semakin rugi. Semoga bermanfaat.

Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

Sumber: doa-id.blogspot.my