Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 6 Mac 2018

Kemampuan Akal Terhad

11:47:00 PG 0
Kemampuan Akal Terhad
Kemampuan Akal Terhad

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى يَأْتِي الْمَطَرُ أَحَدٌ إِلَّا اللَّهُ وَلَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا اللَّهُ

Dari Ibnu 'Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Kunci perkara ghaib itu ada lima, tidak ada seorang pun yang mengetahuinya kecuali Allah, iaitu: Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok kecuali Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang dikandung oleh Rahim wanita kecuali Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila turunnya hujan kecuali Allah. Tidak ada seorangpun yang mengetahui dimana dia akan meninggal dunia kecuali Allah. Dan tidak ada seorang pun yang mengetahui bila terjadi hari kiamat kecuali Allah." (HR Bukhari No: 4328) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Allah mengurniakan kepada manusia akal sebagai suatu kelebihan dengan makhluk lain, namun kemampuan akal terhad khususnya dalam perkara ghaib. Terdapat lima perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia secara pasti:

a.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok kecuali Allah. Kita disuruh berusaha dan merancang masa depan yang lebih baik, namun kita sendiri tidak boleh pastikan secara mutlak tentang masa depan kita.

b.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang dikandung oleh Rahim wanita kecuali Allah. Kita tidak dapat mengetahui secara tepat bila persenyawaan benih berlaku serta memastikan jantina terhadap janin dalam kandungan. Namun berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkannya tidak dilarang.

c.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila turunnya hujan kecuali Allah. Ketentuan turunnya hujan adalah dibawah ketentuan Allah namun tidak salah untuk berusaha dengan peralatan moden membuat pembenihan awan bagi menghasilkan hujan.

d.  Tidak ada seorangpun yang mengetahui dimana dia akan meninggal dunia kecuali Allah. Kematian itu adalah ketentuan Allah. Apa yang penting persediaan kita untuk menghadapinya.

e.  Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila terjadi hari kiamat kecuali Allah.

2.  Kita dituntut untuk berusaha dan berikhtiar serta bertawakal kepada Allah dan menyedari keterbatasan yang ada pada makhluk. Namun kewajipan kita meyakini dan beriman terhadap perkara ghaib tersebut yang berada dibawah pengawasan Allah.

Sabtu, 3 Mac 2018

TABIK DATUK ANAK CUCU CICIT NAK TUMPANG LALU

4:17:00 PTG 0
TABIK DATUK ANAK CUCU CICIT NAK TUMPANG LALU
TABIK DATUK ANAK CUCU CICIT NAK TUMPANG LALU
Orang - orang melayu apabila masuk ke dalam hutan atau tempat - tempat yang kononnya ada penunggu, mereka akan berkata "tabik datuk anak cucu cict nak tumbang lalu" dan sebagainya adalah untuk meminta izin atau perlindungan daripada bangsa jin, takut mereka mengapa-apakan kita ketika berada di dalam hutan atau tempat berkenaan.
.
Cara ini samalah terjadi pada zaman jahiliah dahulu iaitu apabila orang Arab pergi ke lembah atau tempat terpencil di padang pasir. Mereka meminta perlindungan kepada bangsa jin supaya tidak diapa-apakan.
.
Tapi tahu kah kamu bahawa betapa bangganya bangsa jin apabila anda berkata-kata sedemikian dengan mereka kerana anda telah begitu yakin dengan kekuasaan mereka berbanding dengan Allah S.W.T..

p/s ; Renung-renungkan dan selamat beramal. share k.
Copy Facebook bidara ikhtiar HQ

Tiga Suasana Keluarga

4:15:00 PTG 0
Tiga Suasana Keluarga
Tiga Suasana Keluarga
Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah2 di seluruh dunia:

1) Suasana Pawagam
TV dan Audio yang besar2.. karaoke2.. video2 games. Anak2 dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV...menangis bila tengok drama2... ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak2 terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas2.

2) Suasana Hotel
Rumah yang dihias mewah2 seperti Hotel, berhawa dingin...setiap tahun tukar sofa baharu.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.

3) Suasana Restoran
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran...mewah...setiap saat dalam kekenyangan....fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dengan makanan....aiskrim...dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak).

Kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah berubah.

Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW dan Sahabat2 di Madinah tidak wujud lagi.. iaitu Suasana Rumah seperti Madrasah.

Hidupkan suasana bacaan al-Quran dan Hadis di rumah. 

Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah.

Hidupkan suasana zikir dan solat2 sunat di rumah..

Rumah penuh dengan Nur al-Quran-Hadis.. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah ... keluarga hidup bahagia.

 Lahirkan anak2  alim-alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie- Daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam.

Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah2 kita. Hari ini anak2 kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan macam2 lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang. Belajar tak pandai2.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak2 gelap sebab tak dengar Hadis.

Wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah2 kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis2 Nabi SAW dan baca kisah2 para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi SAW, insan2 yang telah berjaya.

Barulah ahli keluarga  hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah2 sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami.

Semoga kita semua  berazam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah di rumah kita In shaa Allah..

Credit dan Suntingan  tulisan Ustaz Khann Da'ie Khann Rasmi
Hayyu Asyir Nasr City.
Bumi Kaherah.

Wallahu a'lam.