Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 28 Februari 2018

KITA BUKAN SIAPA-SIAPA UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA

4:32:00 PTG 0
KITA BUKAN SIAPA-SIAPA UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA
KITA BUKAN SIAPA-SIAPA UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA

*Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati*
*Jahat atau Baik kita.*
*Solat jangan ditinggalkan.*
*Solat Bukan sebab kita baik.*
*Solat sebab perintah Allah.*
*Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...*

*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...*

*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.*
*Jika tidak, sudah pasti Gunung yg hendak di tukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...*

*Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....*

*Kalau dah mati...*
*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..*
*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...*
*Sedekah masa hidup itu bonus...*
*Ilmu yg di kongsi itu bonus...*

*Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati....*
*Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...*
*Takut mcm mana pun dengan mati...tetap Akan mati...*
*Berani mcm mana pun ...tetap Akan mati*
*Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...*
*Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....*
*Mati itu pasti...*
*Sakaratul maut itu pasti...*
*Alam barzakh itu pasti...*
*Ingat mati ...*
*Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....*
*Kita tak bawa segunung harta setelah mati.*
*Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....*

*Teruslah melangkah,*
   *selama engkau*
*di jalan yang baikk*

*Meski terkadang kebaikan*
   *tidak sentiasa dihargai*

*Jangan menjelaskan tentang*
  *dirimu kepada siapa pun*
*kerna yang menyukaimu tidak*
  *perlu tahu tentang semua*
*kebaikan yang kamu lakukan*

*Dan yang membencimu tidak*
  *percaya tentang kebaikan*
     *yang masih ada pada dirimu*

*Hidup bukan tentang siapa yang terbaikk*
  *tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri*

*Hari ini dan semalam*
    *adalah hari yang berbeza*

*Pintu taubat sentiasa terbuka*
   *untuk hamba-hambaNya*

*KITA BUKAN SIAPA-SIAPA*
  *UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA*

JomToJannah

4:30:00 PTG 0
JomToJannah
JomToJannah

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Kerna hidup ini hanya seketika.
Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.
Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.
Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik
Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.
Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.
Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.

Moga bertemu di syurga.
Uhibbukum fillah.
JomToJannah
Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Link Kuliah Penuh (Open Via Fb)
👇👇👇
https://goo.gl/xHZof7

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:
1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...
2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...
3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...
4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...
5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...
6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...
7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...
Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.
Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....
Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.
(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)
Muhasabah seorg insan daif....bagus perkongsian ni...kalau dah baca...ambil sebagai iktibar...

Selasa, 27 Februari 2018

AMALAN SYIRIK JANGAN DIMULAKAN

7:47:00 PG 0
AMALAN SYIRIK JANGAN DIMULAKAN
AMALAN SYIRIK JANGAN DIMULAKAN

Jangan memulakan sesuatu amalan syirik seperti memakai Tangkal, percaya kepada batu cincin boleh memberi manfaat dan sebagainya.
Kalau kebetulan amalan syirik itu benar-benar terjadi, maka seseorang akan mempercayai sampai bila-bila.

Jika ingin Berubat, berubat lah dengan ayat-ayat Al-Quran, Dari pengamal perubatan Islam yang betul, mungkin agak lambat kesannya, tetapi sembuh kita, sembuh dengan tidak syirik.
Syaitan memang halus tipu dayanya. Mudah mudahan kita terhindar dari tipu daya itu, amin..

Isnin, 26 Februari 2018

33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran

11:27:00 PTG 0
33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran
33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran

Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW .
“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”
فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها
Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

📚Niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :
➰1 – Tujuan Belajar Dan Beramal
(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.
➰2 – Tujuan Memohon Hidayah
(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.
➰3 – Tujuan Bermunajat
(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.
➰4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit
(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.
➰5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya
(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).
➰6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras
(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).
➰7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan
(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.
➰8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai
(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.
➰9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan
(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.
➰10 – Niat Mentaati Perintah Allah
(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.
➰11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan
(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.
➰12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat
(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.
➰13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi
(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.
➰14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam
(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.
➰15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga
(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.
➰16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah
(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.
➰17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah
(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.
➰18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran
(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.
➰19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka
(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.
➰20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah
(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.
➰21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur
(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.
➰22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan
(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.
➰23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan
(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.
➰24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah
(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.
➰25 – Tujan Mendapat Kebaikan
(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.
➰26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum
(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).
➰27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia
(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.
➰28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran
(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.
➰29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur*
(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.
➰30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya
(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW
➰31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq
(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.
➰32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu
(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.
➰33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin
(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.
(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.
KONGSIKAN ARTIKEL INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat.

IKTIBAR DARI KISAH PERIGI SAYYIDINA UTHMAN BIN AFFAN

7:35:00 PTG 0
IKTIBAR DARI KISAH PERIGI SAYYIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Salah seorang sahabat nabi, Khalifah Sayyidina Uthman bin Affan (عثمان بن عفان) adalah seorang ahli perniagaan yang kaya raya, baik hati, pemurah dan seorang yang dermawan. Beliau juga berjasa dalam membukukan Al-Quran. Ternyata sehingga sekarang beliau masih memiliki akaun di salah sebuah bank di Arab Saudi. Malah akaun dan bil elektriknya juga masih atas nama beliau…
Bagaimanakah cerita Khalifah ketiga yang memerintah daripada tahun 644 (umur 69-70 tahun) hingga 656 (selama 11-12 tahun) yang sehingga kini beliau mampu memiliki hotel berhampiran Masjid Nabawi?

Diriwayatkan semasa zaman Nabi Muhammad ﷺ, kota Madinah pernah mengalami zaman kemarau sehingga sukar bagi mendapatkan air bersih. Satu-satunya sumber air yang tinggal ketika itu adalah sebuah telaga bernama ‘Bi’ru Rummah’ (telaga pemanah) yang sangat besar dan dalam serta airnya tidak pernah kering. Rasanya sama seperti air dari telaga zam-zam.

Oleh kerana orang Islam (kaum Muhajirin) sudah terbiasa minum air zam-zam di Makkah. Mereka sangat berhajat kepada air itu dan sering ke telaga yang dimiliki oleh seorang Yahudi. Maka Yahudi tersebut telah bertindak menjual air dengan harga yang sangat mahal. Kaum Muslimin dan penduduk Madinah dengan tiada pilihan lain, terpaksa membeli air bersih dari orang Yahudi itu.

Prihatin atas keadaan umatnya, Rasulullah ﷺ kemudian bersabda : “Wahai Sahabatku! Sesiapa sahaja di antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah سبحانه وتعالى.” (HR. Muslim).
Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Sayyidina Uthman Bin Affan RA yang kemudian mula bertindak ingin membebaskan telaga ‘Rummah’ itu. Sayyidina Uthman RA segera bertemu dengan orang Yahudi pemilik telaga dan menawar untuk membeli ‘Bi’ru Rummah’ dengan harga yang tinggi.
Namun begitu, walau sudah ditawarkan dengan harga yang tertinggi sekalipun, orang Yahudi pemilik telaga tetap menolak dan tidak mahu menjualnya kerana dia telah meraih keuntungan besar,

“Seandainya telaga ini saya jual kepadamu wahai Uthman, maka aku tidak mempunyai pendapatan yang boleh aku perolehi setiap hari.” Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya.
Sayyidina Uthman bin Affan RA yang amat teringin mendapatkan balasan pahala berupa Syurga Allah سبحانه وتعالى, tidak kehilangan cara mengatasi penolakan Yahudi ini. Beliau lantas minta untuk membeli separuh sahaja daripada telaga itu.

“Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari telagamu.” Sayyidina Uthman RA, melancarkan kemahiran rundingannya.
“Maksud kamu?” tanya orang Yahudi kehairanan.
Sayyidina Uthman bin Affan RA menawarkan 12,000 dirham supaya orang Yahudi tersebut bersetuju menjual setengah saja daripada telaga ‘Rummah’.
“Begini, jika engkau setuju, maka kita akan memiliki telaga ini bergilir-gilir. Satu hari telaga ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikianlah seterusnya berganti berselang hari. Bagaimana?”jelas Sayyidina Uthman RA.

Orang Yahudi itupun segera berfikir.… Yahudi sangka dia cerdik kerana Sayyidina Uthman RA memang peniaga yang termasyhur dan dikenali oleh orang Arab, tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan. “Aku mendapatkan wang besar daripada Uthman tanpa kehilangan telaga milikku.”

Akhirnya orang Yahudi tersebut pun bersetuju menerima tawaran Sayyidina Uthman RA tadi dan disepakati juga bahawa pada hari tersebut telaga ‘Rummah’ adalah milik Sayyidina Uthman bin Affan RA.

Sayyidina Uthman RA pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di telaga ‘Rummah’, dipersilakan mengambil air untuk keperluan mereka secara percuma kerana hari ini ‘Bi’ru Rummah’ adalah miliknya. Beliau juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari, kerana hari esoknya telaga itu bukan lagi milik Sayyidina Uthman RA.

Keesokan hari Yahudi mendapati telaga miliknya lengang, sebab penduduk Madinah masih mempunyai simpanan air di rumah. Rupa-rupanya Allah سبحانه وتعالى takdirkan sebaliknya apabila orang tidak lagi membeli air daripada Yahudi itu kerana pada hari milik Sayyidina Uthman RA, beliau memberi air percuma kepada orang ramai termasuk kepada kaum bukan Islam… maka tiba pada hari giliran Yahudi, tiada sesiapa pun yang mahu membelinya.

Orang Yahudi itu pun berasa kerugian besar lalu dia pergi bertemu dengan Sayyidina Uthman RA dan berkata, “Wahai Uthman! Belilah setengah lagi telagaku ini dengan harga 8,000 dirham.”
Sayyidina Uthman RA pun bersetuju, lalu dibelinya dengan harga tersebut, maka dengan nilai 20,000 dirham (12,000 dirham + 8,000 dirham), ‘Bi’ru Rummah’ pun secara mutlak menjadi milik Sayyidina Uthman RA.

Kemudian datang seorang sahabat lain yang juga hartawan minta untuk membeli telaga ‘Rummah’ itu daripada Sayyidina Uthman bin Affan RA. Beliau pun bertanya hartawan tersebut, “Berapakah harga yang kamu sanggup bayar?”

Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 (tiga) kali ganda daripada harga yang dibeli oleh Sayyidina Uthman bin Affan RA. Tetapi Sayyidina Uthman RA tidak setuju dan bertanya lagi, “Berapa harga yang kamu sanggup?”

Hartawan menjawab, “Sembilan (9) kali ganda harga yang Tuan beli.”
Sayyidina Uthman RA masih tidak setuju. Hartawan bertanya kehairanan.. “Siapa lagikah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripada aku?”
Maka Sayyidina Uthman bin Affan RA menjawab, “ALLAH!”

Akhirnya kaum Muslimin dapat minum air telaga itu secara percuma kerana kemudian Sayyidina Uthman bin Affan RA telah mewakafkan ‘Bi’ru Rummah’. Sejak dari hari itu telaga ‘Bi’ru Rummah’ dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya.

Dengan takdir Allah sesudah telaga itu diwakafkan untuk kaum Muslimin dan selepas beberapa tahun kemudian, tumbuhlah di sekitar telaga tersebut beberapa pokok kurma dan terus membiak. Kemudian Daulah Khalifah Uthmaniyah (empayer kerajaan Uthmaniyah Turki) memeliharanya hingga semakin berkembang biak dan seterusnya juga turut dipelihara oleh kerajaan Arab Saudi sehingga mencapai jumlah 1550 batang pokok dan berbuah dengan sangat lebat. Mereka telah menjaga ladang kurma dan hasil jualan kurma2 itu serta menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi.
Ladang kurma tersebut kemudiannya dipajak kepada Kementerian Pertanian cawangan Madinah sejak 1372 dengan kontrak tahunan diperbaharui pada awal setiap tahun.

Seterusnya kerajaan Arab Saudi, melalui Kementerian Pertanian Saudi menjual hasil ladang kurma ini ke pasaran sehingga banyak wang yang terkumpul. Setengah daripada keuntungan itu diinfaqkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Manakala separuh lagi dibuat tabungan dan disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah sebuah bank atas nama Uthman bin Affan, di bawah pengawasan Kementerian Wakaf Arab Saudi.

Begitulah seterusnya, sedekah Sayyidina Uthman bin Affan RA terus bercambah dan membiak membuak-buak tanpa hentinya sehingga dana terkumpul yang di bank itu mampu untuk membeli sebidang tanah dan membangunkan hotel yang cukup besar di salah satu tempat strategik berhampiran Masjid Nabawi.
Bangunan hotel itu sudah pada tahap penyelesaian dan akan disewakan sebagai hotel 5 bintang. Dianggarkan keuntungannya sekitar RM50 juta setahun. Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin dan setengah lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Sayyidina Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu.
Oleh yang demikian itu, maka Nabi ﷺ pernah bersabda,
لِکُلِّ نَبِيٍّ رَفِيْقٌ وَرَفِيْقِيْ يَعْنِيْ فِي الْجَنَّةِ عُثْمَانُ.

 “Tiap-tiap Nabi mempunyai teman dan sahabatku di Jannah (syurga) adalah Uthman.”(Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Subhanallah,… Selepas 14 kurun sedekah Sayyidina Uthman bin Affan RA melalui wakaf telaga ‘Bi’ru Rummah’ masih berterusan. Jelaslah tidak akan rugi berniaga dengan Allah سبحانه وتعالى, malah akan sentiasa mendatangkan keuntungan berterusan…
Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariah, yang pahalanya terus mengalir, walaupun orangnya sudah lama meninggal..
Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah RA bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat  Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i)
Inilah kelebihan sedekah dan menginfakkan harta… Oleh kerana itu, marilah sama sama kita ringankan lidah dan tangan mencerita serta menyebarkan kisah ini sebagai suatu motivasi diri dan pihak lain untuk menginfaq dan bersedekah sedikit daripada harta, pendapatan dan keupayaan yang ada dengan ikhlas kerana Allah سبحانه وتعالى… InsyaAllah antum akan dapat pahala sedekah yang berganda.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لاِبْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

“Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya selepas kematiannya adalah: ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk kegunaan awam, atau sedekah yang dikeluarkannya daripada hartanya di waktu sihat dan semasa hidupnya. Semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
Semoga Bermanfaat Di Dunia dan Akhirat…
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Dimana asal para nabi?

7:29:00 PTG 0
Dimana asal para nabi?
Dimana asal para nabi?

✔Adam(AS) - Sri Lanka
✔Nooh(AS) - Jordan
✔Shoaib(AS) - Syria
✔Saleh(AS) - Lebanon
✔Ibrahim(AS) - Palestine Dan wafat di  iraq
✔Ismail(AS) - Saudi Arabia
✔Yakoob(AS) - Palestine
✔Yahya(AS) Palestine
✔Zakariya (AS) Palestine
✔Ishaq(AS) - Palestine
✔Yusuf(AS) - Palestine
✔Looth(AS) - Iraq
✔Ayub(AS) - Jordan
✔Hood(AS) - Yamen
✔Nabi-Muhammad (SAW) - Saudi Arabia

📝Umur para nabi📝

✅Adam(AS) - 1000 Thn
✅Nooh(A S) - 950 Thn
✅Shoaib(AS) - 882 Thn
✅Saleh(AS) - 586 Thn
✅Zakariyya(AS) - 207 Thn
✅Ibrahim(AS) - 195 Thn
✅Sulayman(AS) - 150 Thn
✅Ismail(AS) - 137 Thn
✅Yakoob(AS) - 129 Thn
✅Musa(AS) - 125 Thn
✅Ishaq(AS) - 120 Thn
✅Harun(AS) - 119 Thn
✅Yusuf(AS) - 110 Thn
✅Isa(AS) - 40 Thn
✅NABI MUHAMMAD (SAW) - 63 Thn

✔Jangan simpan je mesej ni.. Forward kpd Muslim yang lain..
🎾🎾🎾 Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn pnyebaran mesej ini..
DIA selalu memberikan kita segala y kita mahukan.. Maka marilah kita sama2 mnyebarkn mesej ini.

Kenapa kita rasa mengantuk bila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.
Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain.
Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.
Kenapa Masjid makin kecil? Tapi pusat hiburan semakin bnyk.
Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Cuba fikir, nak forward mesej ni? Atau nak biar je sebab takut org gelakkan anda?
Forward mesej ini kepada kawan/contacts.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku didepan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...
Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung denganNya...

Tolong forward mesej ini kepada semua contact anda!
* Dikatakan bahawa bila Malaikat Maut cabut nyawa dari jasad org y mati.. Dia adalah satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut dari jasad masih ada lagi.
Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, MasyaAllah!  Moga Allah menyelamatkan kita dari sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita dari Azab. Aameen..
💟Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
💟Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).
💟Tiada ajaran secantik Islam.
💟Tiada lagu sesedap Adhaan.
💟Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
💟Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
💟Tiada sembahyang sesempurna SHOLAT(Namaz).
💟Tiada diet sesempurna PUASA.
💟Tiada pengembaraan sesempurna HAJI.
💟💟Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna. Tolong forward mesej ini utk berkongsi ilmu.
Ini benda biasa kita buat, sebahagian dari kita bercakap masa tgh Azan..BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Azan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati... Tolong pass mesej INI kpd Muslim yang lain...
BACA DOA INI UTK HIDUP Y LEBIH BAIK..
 Allahumma- inni-ala- dhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.
Duaa y hebat telah dihantar kepada anda. Apa y anda fikir nak buat dgn Duaa ini. Bayangkan kalai 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
SubhaanaLLaah!!!
📌Bangun bila dengar AZAN, seperti anda bangun bila PHONE BERBUNYI❗

📌Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota❗

♣ Takut ALLAH, seperti anda takut MATI❗

♠ Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda❗

♦Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT❗

🍇"FAJR" 4/6 Minit❗

🍇"ZUHUR" 6/8 Minit❗

🍇"ASAR" 6/8 Minit❗

🍇"MAGHRIB" 5/7 Minit❗

🍇"ISHAA" 7/10 Minit❗

🍒Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam❓ 🍒

♥ Jom kita fikir betul
 ke kita luangkan masa kerana ALLAH ❓

⚠ 80% orang takkan forward mesej ni

Khamis, 22 Februari 2018

3 WIRID PARA WALI

8:49:00 PTG 0
3 WIRID PARA WALI
3 WIRID PARA WALI

.
*_Habib Umar Bin Hafidz_* meriwayatkan bahwa *_Habib Ali Ibn Hassan Al Attas_* berkata :

3⃣Ada tiga macam wirid yang tidak pernah berpisah dengan *_para auliya'/sholihin,_* dikarenakan manfaat dari wirid ini yang sangat besar dalam hidup, baik di dunia maupun akhirat yaitu,: -

*_1. Membaca 100x sebelum sholat subuh:_*

‎*_سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم ،استغفرالله_*

*"Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim”,Astaghfirullah*...

*Ini dikenal dengan sebutan istighfar para malaikat.*
-

*_2. Membaca 100x sesudah sholat dzuhur:_*

‎*_لاإله إلا الله الملك الحق المبين_*

*“La ilaha illallah. Almalikul haqqul mubin”*

Rasulullah Shallallahu alaihi wa alaa aalihi wasallam bersabda *'Siapa saja yang membaca kalimat ini, akan selamat (dijauhkan) dari kemiskinan dan akan menenangkan serta menyenangkan di alam kubur dari rasa kesepian",*

*_3. Dan membaca sebelum tidur :_*

_*33x سبحان الله*_
Subhanallah

_*33x الحمدلله*_
Alhamdulillah

_*34x الله اكبر*_
Allahuakbar

Dan menutup dgn

‎*_لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ_*

*Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir’*

Inilah kalimat yang diajarkan *_Rasulullah ﷺ_* kepada anaknya tercinta, *_Sayyidah Fatimah RA_* dan juga kepada *_Sayyidina Ali KW_*,

Para ulama mengatakan ada rahasia yang sangat besar dalam tasbih ini"..

Semoga bisa bermanfaat n  mengamalknnya, aamiin.

(Dipetik daripada facebook PONDOK HABIB)

Rabu, 21 Februari 2018

Why Choose Fatwa over civil laws? UN committee asks Malaysia 

5:30:00 PTG 0
Why Choose Fatwa over civil laws? UN committee asks Malaysia 
Why Choose Fatwa over civil laws? UN committee asks Malaysia 
Sad new when Malaysia being ask this silly question. But they have right to ask this question because they not a muslim.
This issue refer National Registration Department’s (NRD) refusal to allow Muslim children born within six months of their parents’ marriage, to take their father’s names and instead using the “bin Abdullah” suffix often associated with illegitimate children.
I hope they can explain with proper way to UN.committee and they law is only for Muslim. All muslim well understand this issue.
Why we have status illegitimate children need to ask the parent that follow western style. Have child before married is a big sin. I cannot explain this issue detailed in here.
I hope our minister can explain it. Allah Hu Akbar..
The Malaysian government should state the legality of Islamic edicts or fatwas and why they take precedence over civil laws despite not being legally binding, a United Nations (UN) committee has said.
The question was posed by Ruth Halperin-Kaddari, the vice-chair of the United Nations Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) committee in Geneva, Switzerland yesterday during a review of Malaysia’s progress on women’s rights which was broadcast live.
The committee had referred to the National Registration Department’s (NRD) refusal to allow Muslim children born within six months of their parents’ marriage, to take their father’s names and instead using the “bin Abdullah” suffix often associated with illegitimate children.
It pointed out that if the child cannot take the father’s name, it would also mean that she may not be conferred with Malaysian nationality — thus contravening Article 9 of CEDAW that regulates equal rights on nationality.
“Why does the government not abide by the state laws that obligates the registration of every child upon birth, and conferring nationality, when it is a Malaysian man [who is the father]?
“And why does the government with administrative powers over the national registration department, prefer the religious fatwa rather than the civil law?” Halperin-Kaddari asked.

She also questioned the Malaysian delegation if the situation would change following the landmark Federal Court’s verdict in the M. Indira Gandhi case, which ruled that the civil courts still hold the final say, even in matters concerning Islamic laws.
Halperin-Kaddari then pointed out that issues pertaining to children’s nationality and birth registration is therefore “obviously a constitutional issue”.
Arik Sanusi Yeop Johari from the Attorney-General’s Chambers however said that the team was unable to deliberate or explain the matter, claiming subjudice as the “bin Abdullah” case is currently pending in the Federal Court.
Halperin-Kaddari then again pressed the delegation to answer as a mere matter of “principle”, the possibility of challenging a religious edict by way of a judicial review.
However, Arik maintained his initial reply, which frustrated another committee member who then questioned the Malaysian delegation on the actual position of Malaysia — whether it is a secular or theocratic nation.
“Malaysia is supposed to be a republican state. Not a theocratic state, and it must be made very clear that laws of the state prevail over religious laws,” Philippine representative and rapporteur, Rosario G. Manalo said, lamenting that Arik’s reply was not acceptable.
“If it’s a theocratic state, that’s the end of a democratic state, but it claims to be a republic. Therefore the state law prevails. So give me a clear answer, otherwise I put you in doubt,” she added.
Malaysia is a constitutional monarchy state.
The committee had earlier also questioned a fatwa against women’s rights group Sisters in Islam, asking whether it is in line with Putrajaya’s obligation to provide for peaceful and pluralist public spheres.
The group had filed in 2014 for judicial review of a gazetted fatwa in Selangor that declared the group as “deviants” in Islam due to their alleged religious liberalism and pluralism.
In Muslim jurisprudence, a fatwa only stands as an opinion of a learned scholar. However in Malaysia a fatwa issued by a state mufti will be made law if gazetted.
On the federal level, the muftis also join a conference of the National Islamic Council’s fatwa committee that would formulate binding fatwa.
Countries party to CEDAW are obliged to send regular status reports on the implementation of the treaty, to be reviewed by a committee of experts which will engage in dialogue with government representatives.
Malaysia’s progress in women’s rights was reviewed only for the second time today, despite acceding to CEDAW in 1995. The last review was 12 years ago for its 2004 report.

Ibu Yang Bodoh

9:10:00 PG 0
Ibu Yang Bodoh
Ibu Yang Bodoh

Si IBU yang BODOH... Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian. Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi." Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan.

Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya. "Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!" Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..." Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!" Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi. "Takde apa cikgu. Maaf cikgu." Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal.

Dia mengetap giginya menahan sabar. "Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?" Cikgu Yong mengangguk. "Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?" Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh." Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan
ketidakpercayaan.

Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu. "Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah. Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia! Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas. Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata. ***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!!!

moral of de story snantiasalh doakn utk kedua org tua kita xkira sejahat mne pn dia,seburuk mne pn dia tnpa mereka spelh kita,

Alfatihah buat mereka yg dh tiada,moga roh ny trgolong dlm golongan yg dberkati,aamiin..

Tujuh Sunnah Nabi Yang Perlu Di Ikuti

9:05:00 PG 0
Tujuh Sunnah Nabi Yang Perlu Di Ikuti
Tujuh Sunnah Nabi Yang Perlu Di Ikuti


Assalamu'alaikum Wr. Wb.. Cerdasnya orang yg beriman adalah, *dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat & yg sekejap untuk hidup yg panjang.. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.*

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, *tapi rindukan mati.* Karena, *mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.* Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, *tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,* maka *sambutlah kematian dengan penuh Ketakwaan.*

Hendaknya kita *selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap Hari.* Ketujuh Sunnah Nabi SAW itu adalah :

●Pertama,
*Tahajjud*  karena kemuliaan seorang Mukmin terletak pada Tahajjudnya.

●Kedua,
*Membaca Al-Qur’an sebelum terbit Matahari.* Alangkah baiknya sebelum mata melihat Dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh Pemahaman.

●Ketiga,
*Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu Subuh.* Sebelum melangkah kemana pun *langkahkan kaki ke Masjid, karena Masjid merupakan pusat Keberkahan,* bukan karena panggilan Muadzin *tetapi panggilan Allah SWT,*yg memanggil orang Beriman *untuk memakmurkan Masjid Allah.*

●Keempat,
*Jaga Shalat Dhuha* karena kunci Rezeki terletak pada Shalat Dhuha

●Kelima,
*Jaga sedekah setiap hari.* Allah menyukai orang yg suka bersedekah, dan *malaikat Allah selalu mendoakan kepada Orang yg bersedekah setiap hari.*

●Keenam
*Jaga wudhu terus menerus*, karena Allah menyayangi Hamba2-nya yg berwudhu.
Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, *“Orang yg selalu berwudhu senantiasa Ia akan merasa selalu Shalat walau ia sedang tidak Shalat,* dan dijaga oleh Malaikat dengan dua Do'a, *"ampuni dosa dan sayangi Dia Ya Allah”.*

●Ketujuh,
*Amalkan Istighfar setiap saat.*
Dengan Istighfar *masalah yg terjadi karena Dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.*         *Tiga Do'a yang janganlah Kita lupakan dalam Sujud*, yaitu :

*1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan Husnul Khatimah :*
Allahumma inni as'aluka husnal khotimah
Artinya : *" Ya Allah aku meminta kepada-MU Husnul Khatimah ".*

*2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum Wafat :*
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Artinya:  *Ya Allah berilah aku rezeki Taubat Nasuha (atau sebenar-benarnya Taubat) sebelum Wafat ".*

*3. Mintalah agar Hati kita ditetapkan di atas Agamanya :*
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Artinya: *" Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah Hatiku pada Agama-MU ".*

Kemudian saya sampaikan,
jika kau sebarkan perkataan ini, & kau berniat baik *maka Kami Do'akan menjadikan Kemudahan urusan - urusanmu di Dunia & Akhirat.*

*Lakukanlah Kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah Kau ketahui, Amal Kebaikan yang mana yang dapat menghantarkanmu ke Syurga.*

Kirim  ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 Org..

*SEKECIL* apapun Amal Ibadah, Allah SWT menghargainya PULUHAN kali lipat...
Semoga Kita semua termasuk dlm Golongan Org2 yang Bertaqwa,, Aamiin... *tolong Baca sebentar aja Kita Dzikir sebentar ingat اَللّهُ ...*

*"Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim”*

Sebarkanlah... Insha Allah kita akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT

 آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ