Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 1 Januari 2018

Salam Tahun Baru 2018

6:36:00 PG 0
Salam Tahun Baru 2018
Salam Tahun Baru 2018
, السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Isnin Tahun Baru                                   
1 Januari 2018.                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah  ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu  Ya Allah.
Ya Allah kami bersyukur Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan di tahun 2018 ini Ya Allah.
Ya Allah kami berdoa moga ditahun baru ini kehidupan kami sentiasa mendapat redha Mu Ya Allah.
Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.
Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani.
Ya Allah, jadikanlah tahun 2018 ini lebih baik bagi kami dibanding tahun2 yang telah kami lalui.
Ya Allah, berilah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketentraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.
Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.
Ya Allah sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami,  dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.
Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Jumaat, 29 Disember 2017

PANTUN SIFAT 20

7:29:00 PTG 0
PANTUN SIFAT 20
PANTUN SIFAT 20


 .
*PANTUN SIFAT 20*

*1. WUJUD*
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.

*2. QIDAM*
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

*3. BAQA*
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

*4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS*
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

*5. QIAMUHU BI NAFSIHI*
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

*6. WAHDANIYYAH*
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

*7. QUDRAT*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*8. IRADAT*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*9. ILMU*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*10. HAYAT*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*11. SAMA'*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*12. BASYOR*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*13. KALAM*
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

*14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.
*15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya juaj
Baik buruk pasti dihitungNya.

*20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN*
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.
*Kita hamba lemahlah jua*
*Tiada berdaya, tiada berupaya*
*KepadaNya berpasrahlah kita*
*Baru kita hidup bahagia...*

Rabu, 27 Disember 2017

LARANGAN NABAWI MEMUKUL ATAU PENAMPAR MUKA MANUSIA

10:09:00 PTG 0
LARANGAN NABAWI MEMUKUL ATAU PENAMPAR MUKA MANUSIA
LARANGAN NABAWI MEMUKUL ATAU PENAMPAR MUKA MANUSIA
LARANGAN NABAWI MEMUKUL ATAU PENAMPAR MUKA MANUSIA
Muqaddimah
Islam menghormati kedudukannya insan yang mana Allah telah tegaskan kemuliaannya dalam al-Quran pada Surah al-Isra ayat 70:
۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا ٧٠
(maksunya) “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.
Atas penghormatan kepada keturunan Adam, maka Nabi s.a.w melarang kita memukul, menampar ataupun mencederakan wajah ataupun muka sesama insan sekalipun di medan peperangan. Ini kerana muka merupakan tempat kemuliaan seseorang.
Nas Hadis
Dalam hadis yang sahih Nabi s.a.w bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْتَنِبِ الوَجْهَ»
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang kamu berperang, jauhilah dari (mencederakan) muka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis Abu Hurairah di atas diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya Al-Adab al-Mufrad dengan lafaz
إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ خَادِمَهُ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ
“Apabila seseorang kamu memukul khadamnya, maka jauhilah dari (memukul) muka”
Sementara dalam riwayat lain daripada al-Imam Ahmad diriwayatkan dengan lafaz:
إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ
“Apabila seseorang kamu memukul maka jauhilah muka”.
Syarah Hadis
1. Islam mengajar kita disiplin dalam segala tindakan sekalipun ketika marah. Justeru itu dalam Islam, sekalipun ketika berada di medan perang bertempur dengan musuh yang memerangi kita, namun kita tetap diperintahkan berdisiplin dalam tindakan. Ini bertujuan menghormati nilai keinsanan yang ada dalam diri kita dan diri pihak yang kita bertembung dengannya. Pertempuran sesama manusia sudah pasti tidak sama dibandingkan pertempuran sesama binatang yang tiada nilai insani dan peradaban insaniah. Nabi s.a.w menunjukkan untuk umat Islam pelbagai peraturan sekalipun dengan musuh bagi tujuan memelihara nilai kita sebagai manusia hamba Allah yang dijadikan khalifah atas muka bumi ini. Antaranya, sabda Nabi s.a.w:
لَا تَغْدِرُوا وَلَا تَغُلُّوا وَلَا تُمَثِّلُوا وَلَا تَقْتُلُوا الْوِلْدَانَ وَلَا أَصْحَابَ الصَّوَامِعِ
“Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir ketika mentahqiqkan musnad Ahmad, hadith ke-2728: “Sanad hadith ini hasan”).
2. Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 Hijrah) ketika mensyarahkan Sahih Muslim meletakkan hadis perintah ‘jauhilah muka’ tersebut di bawah bab  (بَاب النَّهْيِ عَنْ ضَرْبِ الْوَجْهِ) iaitu BAB TEGAHAN MEMUKUL MUKA. Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam Sharah Sahih Muslim menyebut:
وَفِي رِوَايَةٍ إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ وَفِي رِوَايَةٍ لَا يَلْطِمَنَّ الْوَجْهَ...قَالَ الْعُلَمَاءُ هَذَا تَصْرِيحٌ بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْبِ الْوَجْهِ لِأَنَّهُ لَطِيفٌ يَجْمَعُ الْمَحَاسِنَ وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَةٌ لَطِيفَةٌ وَأَكْثَرُ الْإِدْرَاكِ بِهَا فَقَدْ يُبْطِلُهَا ضَرْبُ الْوَجْهِ وَقَدْ يَنْقُصُهَا وقد يشوه الوجه والشين فيه فاحش لانه بَارِزٌ ظَاهِرٌ لَا يُمْكِنُ سَتْرُهُ وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَمُ مِنْ شَيْنٍ غَالِبًا وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ إِذَا ضَرَبَ زَوْجَتَهُ أَوْ وَلَدَهُ أَوْ عبده ضرب تأديب فليجتنب الوجه 
(Dalam riwayat yang lain: “Apabila kamu memukul..” dan dalam riwayat yang lain “Jangan kamu menampar muka”…berkata para ulama: Hadis ini menyebut secara jelas mengenai larangan memukul muka. Ini kerana ia sesuatu yang lembut (gentle) yang menghimpunkan segala keelokan. Anggota-anggota pada muka itu sangat berharga dan lembut juga sering terdedah. Memukul muka boleh merosakkannya atau boleh mengurangkannya atau boleh mencacatkannya atau boleh menghodohkannya. Kecacatan pada wajah itu buruk kerana ia jelas lagi zahir yang tidak mungkin untuk ditutupi. Apabila ia dipukul maka biasanya tidak selamat dari berlakunya kecacatan. Termasuklah dalam larangan ini memukul isteri atau anak atau hamba (sekalipun) untuk tujuan mendidik).
3. Kata al-Imam al-Son’ani (meninggal 1182H) dalam Subul al-Salam:
وَهُوَ دَلِيلٌ عَلَى تَحْرِيمِ ضَرْبِ الْوَجْهِ وَأَنَّهُ يُتَّقَى فَلَا يُضْرَبُ وَلَا يُلْطَمُ وَلَوْ فِي حَدٍّ مِنْ الْحُدُودِ الشَّرْعِيَّةِ وَلَوْ فِي الْجِهَادِ
(Hadis ini merupakan dalil haram memukul muka dan ia (muka) dielakkan, tidak dipukul, tidak ditampar sekalipun dalam hudud yang disyariatkan dan sekalipun dalam jihad).
4. Muka atau wajah merupakan anggota yang memberikan identiti seseorang insan dikenali. Kerinduan, kasih, suka, benci antara sesama insan juga sering berkaitan dengan wajah. Pada wajah seseorang juga dapat diselami perasaannya. Wajah juga merupakan perlambangan kasih-sayang, maruah, penghormatan dan pelbagai perkara yang membabitan keinsanan seseorang Maka, Islam mengajar agar wajah insan itu dihormati.
5. Wajah merupakan anggota mulia yang dengannya insan menghadap ke arah tempat ibadah. Ia lambang kesungguhan insan menyerahkan diri kepada Allah. Ini seperti disebut dalam banyak tempat dalam al-Quran:
وَمِنۡ حَيۡثُ خَرَجۡتَ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۖ وَإِنَّهُۥ لَلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ ١٤٩ وَمِنۡ حَيۡثُ خَرَجۡتَ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَحَيۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُۥ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيۡكُمۡ حُجَّةٌ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِي وَلِأُتِمَّ نِعۡمَتِي عَلَيۡكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ١٥٠
(maksudnya) “Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya  perintah itu benar-benar sesuatu dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lalai mengenai apa yang kamu kerjakan. Dan dari mana saja kamu (keluar), maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu (sekalian) berada, maka hadapkanlah wajah-wajah kamu ke arahnya, agar tiada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKU (sahaja). Dan agar AKU sempurnakan nikmatKU atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk” (Surah al-Baqarah ayat 149-150)
Nabi Ibrahim menyebut:
إِنِّي وَجَّهۡتُ وَجۡهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ حَنِيفٗاۖ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٧٩
“Sesungguhnya aku hadapkan wajahku kepada DIA yang menciptakan langit dan bumi dalam keadaan bertauhid dan aku bukan dari kalangan mereka yang musyrik” (Surah al-An’am ayat 79).
6. Islam memerintahkan umatnya berdisiplin dalam tindakan sekalipun ketika marah. Jika musuh di medan peperangan disuruh untuk kita elakkan mencacatkan wajah ataupun muka mereka ketika bertempur, padahal keadaan di medan peperangan itu biasanya sukar untuk dikawal pergerakan. Maka apatahlagi mereka yang bukan musuh yang tidak bertarung dengan kita. Anak, isteri dan juga murid bukanlah musuh kita, maka lebih wajar untuk tidak memukul ataupun menampar muka mereka. Perintah larangan memukul atau menampar muka mereka tentu tentu lebih utama. Kata al-Hafiz Zain al-Din al-‘Iraqi (meninggal 806H) dalam Tarh al-Tathrib (طرح التثريب):
أَنَّهُ إذَا حَصَلَتْ مُقَاتَلَةٌ مِنْ الْجَانِبَيْنِ وَلَوْ فِي دَفْعِ صَائِلٍ وَنَحْوِهِ يَتَّقِي وَجْهَهُ فَمَا ظَنُّك بِمَا إذَا لَمْ يَقَعْ مِنْ الْجَانِبِ الْآخَرِ ضَرْبٌ فَهُوَ أَوْلَى بِأَنْ يَتَّقِيَ الْوَجْهَ؛ لِأَنَّ صَاحِبَ الْمُدَافَعَةِ قَدْ تَضْطَرُّهُ الْحَالُ إلَى الضَّرْبِ فِي وَجْهِهِ، وَمَعَ ذَلِكَ فَنَهَى عَنْهُ فَاَلَّذِي لَا يُدَافِعُهُ الْمَضْرُوبُ أَوْلَى بِأَنْ يُؤْمَرَ بِاجْتِنَابِ الْوَجْهِ
(Apabila berlaku peperangan antara dua pihak, sekalipun untuk mempertahankan diri dari serangan penyerang atau seumpamanya maka dia (hendaklah) mengelakkan (menyerang) muka. Justeru, apatahlagi untuk kau fahami jika tidak berlaku pukulan (serangan) dari pihak yang lain, maka sudah pastilah lebih wajar untuk menjauhi muka. Ini kerana, pihak yang mempertahankan diri kadang-kala keadaan memaksanya untuk memukul muka, pun begitu perkara itu dilarang. Maka, orang tidak mempertahankan diri dari serangan lebih wajar untuk diperintahkan mengelakkan (memukul) muka”).
7. Dalam Faidh al-Bari, al-Imam Anwar Shah al-Kashmiri (meninggal 1353H) dalam Faidh al-Bari (فيض الباري) mengulas hadis ini dengan menyebut:
والأَمْرُ بالاتقاء عن الوَجْه ليس مخصوصًا بالإِنسان، بل ينبغي أن لا يُضْرب وَجْهُ الفَرَس أيضًا
(Larangan mengelakkan memukul muka bukan hanya khusus tehadap insan, bahkan sepatutnya tidak dipukul muka kuda juga).
Pendapat al-Kashmiri ini selaras dengan bab yang telah diletakkan oleh al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim iaitu بَابُ النَّهْيِ عَنْ ضَرْبِ الْحَيَوَانِ فِي وَجْهِهِ وَوَسْمِهِ فِيهِ ( Bab Larangan Memukul Binatang dan Membuat Tanda Pada Mukanya). Demikian bagaimana wajah binatang pun disuruh untuk kita elakkan dari mencederakannya. Betapa luasnya rahmat dan ihsan Islam ini untuk semua pihak.
8. Pendidikan dibina atas kasih sayang. Bagaimana mungkin untuk ibubapa ataupun guru menampar muka orang yang dia kasihi?! Mungkin kadang-kala atas perasaan marah, namun kemarahan dalam kehidupan ini hendaklah dikawal agar tidak melanggar batasannya. Seperti mana cinta, sedih, cemburu dan perasaan yang lain ada kawalannya, demikianlah kemarahan dalam diri seseorang. Memukul ataupun merotan anak dibolehkan dengan syarat-syaratnya tetapi bukan pada muka dan mana-mana anggota yang boleh mendatangkan kecacatan kekal ataupun serius.

SEDARLAH KITA INI MURID

8:55:00 PTG 0
SEDARLAH KITA INI MURID
SEDARLAH KITA INI MURID
SEDARLAH KITA INI MURID*
Setinggi manapun kita belajar,
Setebal manapun kitab yang kita khatam, Gelaran apapun yang kita terima, Besar manapun pangkat kita;
Kita tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan mana-mana GURU kita.
Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk kita berjalan ke akhirat.
Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU.
Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi. Bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI. Dulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama. Kini dirinya pula minta DIHORMATI.
Semua GURU mengharap MURIDNYA lebih darinya.
Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.
Duhai MURID, jangan mudah engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini.
Jangan hilang ADAB dengan GURU !Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.
Kalau murid itu umpama bulu mata,
Maka guru Umpama kening
Walau tinggi mana bulu mata naik
Tak akan sampai setara dengan guru.
Semoga Allah ﷻ mengurniakan kita adab bersama GURU kita sepertimana yg diingini Guru kita bahkan lebih dari itu InshaAllah .
SILA SHARE DAN SEBARKAN
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sabtu, 23 Disember 2017

Jadilah Pemberi Bukan Peminta

2:52:00 PTG 0
Jadilah Pemberi Bukan Peminta
Jadilah Pemberi Bukan Peminta
Jadilah Pemberi Bukan Peminta
عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ
Dari Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta.
2.  Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.
3.  Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.
4.  Berusahalah mencari rezeki sebaik mungkin dan elakkan diri dari meminta-minta atau mengharap belas kasihan orang lain.
5.  Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki tanpa meminta-minta.
6.  Nabi mencela orang yang suka meminta-minta (mengemis) kerana perbuatan tersebut merendahkan martabat kehormatan manusia. Padahal Allah sendiri sudah memuliakan manusia, seperti terungkap melalui firman-Nya :
وَلَقَدْ كَرَمْنَا بَنِى اَدَم َوَحَمْلنَاهُمْ فىِ اْلبَرِّ وَاْلبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلاً
“Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas  kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Q.S Al-Isra’ : 70).
7.  Lakukanlah apa juga pekerjaan yang halal dan baik seperti bertani, berniaga, mengutip tin kosong dan menjualnya, bertukang, menjadi pelayan dan sebagainya untuk keperluan hidup, jangan sekali-kali mengharapkan pemberian orang lain.
Jadilah Kita Pemberi Bukan Orang Yang Mengharap Pemberian Orang Lain.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Khamis, 21 Disember 2017

Makna Tersirat Mencium Hajar Aswad

5:06:00 PTG 0
Makna Tersirat Mencium Hajar Aswad
Makna Tersirat Mencium Hajar Aswad

Norsham Shamsuddin:
*Mencium Hajar Aswad*
Suatu hari, di Masjidil Haram, sehabis menyelesaikan tawaf, saya segera menepi mencari tempat strategis yang berhadapan langsung dengan Multazam untuk berdoa.
Saya menemukan tempat yang kebetulan lowong di hadapan ka'bah.
Lalu saya bersimpuh dan memanjatkan do'a sambil menunggu waktu subuh menjelang.
Saat itulah saya melihat seorang lelaki hitam legam dari benua Afrika datang dan langsung mengambil tempat di samping kanan.
Terlintas dalam hati, _"dengan potongan perawakan dan tampang seperti ini, lelaki kulit hitam ini biasanya orangnya kasar yang tidak berpendidikan"._
Lalu sebagaimana kebiasaan di masjid ketika duduk bersebelahan dalam satu jamaah, saya menyalaminya.
Tiba-tiba ia bertanya dengan bahasa inggris yang bagus sekali tentang asal saya.
_"Saya dari Nigeria, kamu dari mana?"._
Saya bilang, saya berasal dari Indonesia.
_"Kenapa orang Indonesia suka sekali berusaha mencium batu hajar aswad..?"_, tanyanya memulai percakapan.
_"Mungkin karena cinta._
_Ka'bah adalah rumah Allah, dan hajar aswad adalah batu yang pernah dicium Rasulullah. Maka mencium hajar aswad adalah refleksi cinta orang Indonesia terhadap Allah dan Rasul-Nya",_ jawab saya sekenanya.
_"Apakah orang Indonesia juga bertingkah laku seperti itu terhadap cinta Allah SWT yang dianugerahkan kepada mereka?",_ tanyanya.
_"Maksud anda?, cinta Allah SWT seperti apa yang dianugerahkan kepada kami?"_, jawab saya dengan bingung.
Lalu lelaki hitam itu menjawab,  _"jika Allah Ta'ala menganugerahkan kalian istri, anak-anak, dan orang tua yang masih hidup, itulah wujud cinta Allah kepada kalian."_
_"Pertanyaan saya",_ katanya,
_"Apakah orang-orang Indonesia, berusaha dengan keras dan gigih mencurahkan kasih sayang terhadap anak, istri dan orang tua mereka yang masih hidup yang diamanahkan Allah Ta'ala sebagaimana mereka berusaha mencium hajar aswad?"_
_"Jika terhadap batu saja refleksi cinta kalian begitu dahsyat, lebih lagi terhadap makhluk Allah yang telah diamanahkan kepada kalian?"_ tegasnya lagi.
Saya tercekat, hilang akal, dan tak mampu berkata-kata lagi...
Apalagi saat ia bercerita bahwa ia menyelesaikan *PhD*-nya di *Harvard University , USA*, kemudian ditawari pekerjaan dan posisi bergengsi di USA, namun memilih pulang membesarkan anak-anaknya yg 6 orang, agar mampu menjadi muslim yang baik.
Maka hancurlah semua persangkaan saya terhadap orang ini. ALLAH membayarnya langsung tunai saat itu juga.
Setelah shalat subuh, sebelum berpisah, ia memberi nasehat yang sampai saat ini masih teringat di kepala saya.
_"Keberhasilan haji atau umrah kita, mabrur atau tidaknya, dinilai bukan pada saat kita menyelesaikan ritus-ritus haji atau umrah, seperti tawaf atau bahkan mencium hajar aswad, namun *dinilai pada saat kita kembali*"._
_"Apakah kita mampu menunaikan amanah-amanah, anugerah-anugerah, cinta dan kasih sayang Allah Ta'ala kepada kita dengan bersungguh-sungguh, bersusah payah, mencurahkan kasih sayang kepada orang-orang yang kita cintai, pekerjaan dan masyarakat."_
Saya genggam tangannya, saya memeluknya dengan erat dan menyampaikan rasa terima kasih yang mendalam.
Saat dia pergi, di antara kerumunan orang, saya faham, inilah cara Allah Ta'ala menegur saya dan menyampaikan makna mencium hajar aswad...
***
Saudara-riku tercinta...
Semoga Allah selalu menjaga hati dan fikiran kita agar selalu lembut dan jernih, hingga bisa menangkap pesan-pesan Ilahiyah yang sangat halus...

LIFE START AT 40??! BACALAH NASIHAT INI...

5:02:00 PTG 0
LIFE START AT 40??! BACALAH NASIHAT INI...
LIFE START AT 40??! BACALAH NASIHAT INI...
Nasihat Fudhail kepada seorang yang umurnya mencecah 40 tahun: "Bererti  kamu sekarang  berjalan menuju Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!"

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 40,50,60 tahun :
JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat
JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS,  BERSOLEK, dan BERPAKAIAN
JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yg kurang diperlukan utk mendukung amal shalih

JANGAN  BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kpd kita
JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yg dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat.

JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dgn rasa sabar dan bersyukur

PERBANYAK doa mengharap keridha-an Allah agar khusnul Khatimah (mati dlm kesudahan yg baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yg tak baik)

TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya
Siapkan/tuliskan  WASIAT yg berguna utk kaum kerabatmu

Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang renggang
MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi
TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati

MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu
Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain

Berhentilah dari semua MAKSIAT!!
MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu
TANGAN, berhentilah dari meraih yg bukan hak mu
MULUT, berhentilah makan yg tidak baik dan yg tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain

TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat
Berbaik sangkalah kepada Allah atas segala sesuatu yg terjadi dan menimpa
Penuhi terus hati dan lisan kita dgn istighfar & taubat utk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu
SILA SHARE DAN SEBARKAN
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Rabu, 20 Disember 2017

Makanan Paling Baik Hasil Usaha Sendiri

11:12:00 PTG 0
Makanan Paling Baik Hasil Usaha Sendiri
Makanan Paling Baik Hasil Usaha Sendiri

Makanan Paling Baik Hasil Usaha Sendiri
عَنْ الْمِقْدَامِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ
Dari Al Miqdam RA dari Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada seseorang yang memakan satu makanan pun yang lebih baik dari makanan hasil usaha tangannya (bekerja) sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud AS. memakan makanan dari hasil usahanya sendiri." . (HR Bukhari No: 1930) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Makanan paling baik yang kita makan adalah datang dari hasil usaha kita sendiri.
2.  Pekerjaan dari hasil usaha dan penat jerih seseorang yang halal dan bersih adalah lebih baik dan barakah walaupun sedikit.
3.  Apa sahaja hasil usaha seseorang mencari nafkah untuk diri dan ahli keluarga di bawah tanggungannya adalah menjadi sedekah buatnya. Hadis Nabi SAW:
عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِيكَرِبَ الزُّبَيْدِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا كَسَبَ الرَّجُلُ كَسْبًا أَطْيَبَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَمَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى نَفْسِهِ وَأَهْلِهِ وَوَلَدِهِ وَخَادِمِهِ فَهُوَ صَدَقَةٌ
Dari Al Miqdam bin Ma'dikarib Az Zubaidi dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Tidak ada yang lebih baik dari usaha seorang laki-laki kecuali dari hasil tangannya (bekerja) sendiri. Dan apa sahaja yang dinafkah oleh seorang laki-laki kepada diri, isteri, anak dan pembantunya adalah sedekah."  (Sunan Ibnu Majah No: 2129) Status: Hadis Sahih
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
20hb Disember  2017
01hb Rabiul Akhir 1439H

Dunia ini indahnya SEBELUM di tangan

9:32:00 PG 0
Dunia ini indahnya SEBELUM di tangan
Dunia ini indahnya SEBELUM di tangan


SEBELUM memperolehi isteri cantik, manusia menyangkakan bahawa isteri cantik itulah BAHAGIA. SELEPAS memperolehi isteri cantik, hati mereka berbisik “Oh, BIASA je”.

SEBELUM bergelar jutawan, manusia menyangkakan bahawa memperolehi sejuta ringgit itulah BAHAGIA. SELEPAS bergelar jutawan, hati mereka berbisik “Oh, BIASA je”.

SEBELUM memandu kereta mewah, manusia menyangkakan berkereta mewah itulah BAHAGIA. SELEPAS memandu kereta mewah hati mereka berbisik “Oh, BIASA je”.

Dunia ini hanyalah fatamorgana. tak pernah selesai jika dikejar. Benarlah kata pujangga Dr Hamka “Dunia ini indahnya SEBELUM di tangan"...

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

Ahad, 17 Disember 2017

SEDEKAH MERUBAH TAKDIR

12:10:00 PTG 0
SEDEKAH MERUBAH TAKDIR
SEDEKAH MERUBAH TAKDIR


SUATU hari, Malaikat Maut mendatangi Nabi Ibrahim AS, lalu bertanya :

*Malaikat :* 
“Siapa anak muda yg tadi mendatangimu wahai Ibrahim ?

*Nabi Ibrahim :* 
Itu tadi sahabatku & sekaligus muridku.

*Malaikat :* 
Ada apa dia datang menemuimu..?

*Nabi Ibrahim :* 
Dia ingin menyampaikan akan menikah besok pagi.

*Malaikat:*
Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi. 

Habis berkata seperti itu, Malaikat Maut pun pergi meninggalkan Nabi Ibrahim AS. Hampir saja Nabi Ibrahim AS tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam itu juga, dan memberitahu tentang kematiannya tetapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim AS memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah SWT.....

Esok paginya, Nabi Ibrahim AS ternyata melihat & menyaksikan anak muda tersebut melangsungkan pernikahannya.

Haripun berganti, minggu berganti, bulan berganti, & tahun pun berganti tahun, Nabi Ibrahim AS malah melihat anak muda ini panjang umurnya sehingga usianya 70 tahun..

Nabi Ibrahim AS pun bertanya kepada Malaikat Maut, kenapa malaikat berbohong tempoh hari, menyampaikan jika anak muda itu akan mati besok pagi, ternyata tidak mati, bahkan umurnya panjang..

*Malaikat Maut :* 
Dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, kerana Allah menahannya, dan kenapa Allah SWT menahan tanganku untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu (dahulu)...?

Ketahuilah wahai Ibrahim, bahawa di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan inilah yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup..

Kematian memang di tangan Allah SWT, justru itu, memajukan dan memundurkan kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu lewat kalam RasulNya, Muhammad SAW bahwa sedekah itu bisa memanjangkan umur

*Saudaraku, marilah kita perbanyak bersedekah*

Mari kita awali sedekah kita ini, dengan mengirimkan kisah yg bermanfaat ini, baik kepada keluarga, saudara & handai taulan kita... selamat bersedekah dengan tulisan ini, semoga dicatat sebagai ibadah... Aamiin.