Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 16 Disember 2017

IMAMS (INTEGRATED MANASIK MONITORING SYSTEM SDN, BHD.)

7:16:00 PTG 0
IMAMS (INTEGRATED MANASIK MONITORING SYSTEM SDN, BHD.)
IMAMS (INTEGRATED MANASIK MONITORING SYSTEM SDN, BHD.)


Isu IMAMS yang menjerat muslim untuk umrah. Nak ibadat pun kena GST...


BONGKAR PENYELEWENGAN KPK & (IMAMS) ISU VISA DAN GST UMRAH

Oleh: Ustaz Abu Syafiq 0192713781

1- Saya menyokong hasrat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) melalui Lesen Khas Umrah (LKU) yang mendakwa cuba membantu para Jemaah Umrah daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Namun sedih apabila satu pengumuman terbaru oleh Kementerian tersebut tanpa merujuk kepada undang-undang  sedia ada telah mengenakan pelbagai bayaran tambahan keatas setiap Jemaah Umrah termasuk GST.

2- Mari kita hayati dengan mudah dan berbukti dengan fakta tentang penyelewengan Kementerian ini bersama sebuah syarikat swasta bergelar IMAMS (INTEGRATED MANASIK MONITORING SYSTEM SDN, BHD.)

3- Pada 11.Julai 2014 Timbalan Pengarah Unit GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Tan Sim Kiat berkata kepada akhabar bahawa Tiada GST dikenakan keatas Pakej Umrah dan Haji ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan oleh ejen pelancongan tempatan (LTA) untuk diuruskan bagi pelancongan ke luar negeri hanya akan dikenakan yuran biasa (gambar  bukti 1). 

Apabila kita semak status terbaru dari Kastam Diraja Malaysia jelas menyebut pada GST yang dikenakan keatas Syarikat Pelancongan pada pakej Umrah dan Haji adalah SIFAR iaitu tidak dikenakan apa-apa cukai GST pada pakej pelancongan untuk haji dan umrah (gambar bukti 2). 

Perkara ini juga kerap dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji sendiri berkali-kali dan perkara ini kekal sehingga ke hari ini. Malangnya KPK melalui timbalannya yang agak kurang cermat telah mengumumkan RM 5.10 cukai GST ini dikenakan keatas pakej Umrah tanpa merujuk kepada pihak Kastam seolah-olah timbalan menteri boleh suka-suka umum sana kena GST sini tak kena. 

Kepimpinan apakah ini? Adakah patut ahli UMNO sendiri perlu memikirkan kembali untuk PRU akan datang? Perkara ini sangat memalukan Kerajaan Dato Seri Najib sendiri.

4- IMAMS.. sedap namanya. Keuntungan bakal dikaut dianggarkan melebihi puluhan juta setiap tahun. Takpalah jika ia rezeki halal namun jika tidak maka penipuan yang cuba dibenteras dulu kini datang pula lintah darat yang lebih mengaut keuntungan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat berbanding si penipu sebelumnya. 

Dalam berita rasmi laman kerajaan Perbadanan Putrajaya menyatakan dengan jelas bahawa Syarikat yang menggendalikan projek ini iaitu Integrated Manasik Monitoring System sdn, bhd (IMAMS) adalah kesemunya termasuk ketua dan pekerjanya terdiri daripada warga Malaysia beragama Islam (gambar 3). 

Namun apabila kita mengkaji sekali lagi pembohongan dilakukan oleh KPK dan IMAMS. Semalam 15.12.2017 tersebar satu surat rasmi daripada IMAMS berkaitan isu ini dan seolah mendabik dada ia arahan keatas semua Jemaah Umrah wajib membayar RM 90.10 padahal IMAMS hanya sebuah syarikat swasta yang baru sahaja berdaftar dan belum berstatus aktif lagi dalam SSM.

(gambar 4) Dalam surat tersebut jelas menunjukkan ia ditanda tangani oleh seorang Kristian kafir bernama Ryan Loh. Ya agama Kristian memang kafir sebab jelas dalam Al-Quran sebut Kristian/Nasara ini kafir. Ryan Loh yang sering ke Gereja dalam program Baptis Kristian merupakan antara orang utama dalam projek IMAMS ini bahkan merupakan penggerak utama dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi IMAMS (gambar 5&6). 

5- Banyak lagi penipuan KPK dan IMAMS ini bakal saya bongkarkan. Tapi cukuplah sampai point ke 5 untuk kali ini sebagai pembuka selera pembaca yang suka mengkaji dengan fakta keatas auta. 

TAKAFUL UMRAH DAN BAYARAN. 
KPK bersama IMAMS pada bayaran RM 90.10 yang dikenakan keatas setiap Jemaah Umrah. RM 45 daripadanya didakwa sebagai bayaran bagi pengurusan maklumat pakej umrah (gambar bukti 7). 

Wau!..baca sekali lagi dan dengar kenyataan KPK sendiri dalam akhbar rasmi lidah kerajaan. RM 45 setiap seorang Jemaah umrah kena bayar kepada IMAMS dan KPK hanya kerana untuk mendapat maklumat pakej umrah. Fuyyo.. kita ni zaman batu ke Datuk Wira? Hanya untuk mendapatkan maklumat Pakej Umrah yang didakwa telus itu kena bayar setiap seorang RM 45?! Wifi Free pun Kerajaan dah bagi lah. Alahai. Ini bayaran yang langsung tidak masuk akal. 

Bahkan auta yang jelas apabila KPK bandingkan dengan bayaran yang dikenakan oleh negara Jordan, Mesir dan Sudan. Alahai KPK kpk…Saya duduk negara arab ni lama dah. Saya pergi umrah dari sana kebanyakannya. Tidak adapun bayaran sebegitu yang dikenakan oleh mereka keatas kami mahupun rakyat mereka. Ini mungkin 3 negara yang dinamakan oleh KPK itu boleh saman atas tuduhan kononnya Kerajaan mereka mengenakan bayaran keatas setiap Jemaah umrah hanya kerana mahu mendapat maklumat pasal pakej umrah. Penipuan KPK keatas 3 negara Islam itu isu besar yang lain pula timbul.

RM 40 selebihnya pula dikenakan keatas setiap Jemaah umrah lagi. Bayaran yang ini pula katanya atas alasan Takaful pulak. Penipu betul!. Cuba lah semak balik kenyataan KPK pada Majlis Penyerahan Lesen Khas Umrah jelas menyebut bahawa Jemaah yang pilih pakej umrah dengan syarikat dibawah LKU dan berdaftar dengan IMAMS para Jemaah mendapat Takaful PERCUMA. U sendiri kata ia percuma (gambar bukti 8). Mana datang pula RM 40 setiap orang kena bayar untuk dapat manfaat Takaful tersebut? Percuma jek Jemaah kena bagi kat kamu yek?!

So sebelum ramai lagi yang akan marah kepada Kerajaan Malaysia adalah lebih baik perkara ini dibatalkan sahaja dan terus fokus kepada kerjasama antara syarikat-syarikat pengendali umrah dan KPK LKU dalam membasmi penipuan pakej ibadah umrah. Terlalu banyak cara lain disana yang boleh diperbincangkan. Bukan dengan stay lintah darat ala2 wahhabi syiah begini!

- Ustaz Abu Syafiq ( www.facebook.com/AbuSyafiq1 )





PENGORBANAN SITI KHADIJAH

11:15:00 PG 0
PENGORBANAN SITI KHADIJAH
PENGORBANAN SITI KHADIJAH
Sdrku... Mari sejenak bertafakur untuk mengenang wafatnya ibunda kita /umat muslim *Khadijah* istri kesayangan Rosulullah Muhammad saw. Semoga menjadi ibroh kita dan menambah keimanan. 😭😭😭

*DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHADIJAH, ISTRI TERCINTA RASULULLAH*

Siti Khadijah adalah istri pertama Rasulullah. Orang yang pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam.

Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.

PERMINTAAN TERAKHIR

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,

Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai istrimu belum berbakti kepadamu.

Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dawah Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.

Mendengar itu Rasulullah berkata,

Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga.

Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya istri Beliau itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua orang yang ada disitu.

KAIN KAFAN DARI ALLAH

Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,

Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?

Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?

Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dibantai dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,

Wahai Khadijah istriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan istri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.

"Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.

"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban?

Tersedu Rasulullah mengenang istrinya semasa hidup.

Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Mekkah adalah milik Khadijah. Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang bisa digunakan untuk menutupi jasad Khadijah.

Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang sudah sangat kumuh dengan 83 tambalan diantaranya dengan kulit kayu.

Rasulullah kemudian berdoa kepada ALLAH.

Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menentramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?

Tiba-tiba Ali berkata, Aku, Ya Rasulullah!

PENGORBANAN SITI KHADIJAH SEMASA HIDUP

Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda,

Wahai Khadijah tetaplah kamu ditempatmu.

Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi.

Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali makananpun tak punya. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan istrinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah seusai pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu lalu berbaring di pangkuan Khadijah.

Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah. Beliau pun terjaga.

Wahai Khadijah Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad? tanya Rasulullah dengan lembut.

Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal wahai Khadijah bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat istrinya menangis.

Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang kutangiskan." jawab Khadijah.

"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.

"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyebrangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jembatan.

"Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku. Jadikanlah sebagai jembatan untuk engkau menyebrangi sungai itu supaya engkau bisa berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.

"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah.

Karena itu, peristiwa wafatnya Siti Khadijah sangat menusuk jiwa Rasulullah. Alangkah sedih dan pedihnya perasaan Rasulullah ketika itu karena dua orang yang dicintainya yaitu istrinya Siti Khadijah dan pamannya Abu Thalib telah wafat.

Tahun itu disebut sebagai Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah.

Ilaa hadlratin Nabiyyil musthafa, wa ilaa Khadijah al Kubra, al Fatihah. 

Tulisan Ustadz Zainul Hakim pada WA group Masjid Al Istiqomah.

Kitab Al Busyro, yang ditulis Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliky al Hasani.

Jika antum mau share niatkanlah dengan baik mudah-mudahan bisa jadi obat bagi masalah antum dan kita semua.

Share by.
https://tinyurl.com/Gabung-AQ

JANGAN TERHENTI.. ambil peluang kebaikan dg share meski hanya ke 1 grup atau 3 nomor saja
Syukran.. Jazakumullah

Ahad, 10 Disember 2017

Maafkan kami Baitulmaqdis Dari Malaysia

6:21:00 PTG 0
Maafkan kami Baitulmaqdis Dari Malaysia
Maafkan kami Baitulmaqdis Dari Malaysia


Maafkan kami Baitulmaqdis..
Rakyat Malaysia terlalu sibuk dengan pelbagai isu sehingga terlupa Kota suci umat islam kini secara rasmi dah jadi Ibu kota Israel laknatullah.

Maafkan kami Baitulmaqdis..
Jangan bicara tentang boikot. Boikot Kami hanya boikot bermusim. McD Baru iklankan ayam spicy  "kruk kruk", dah macam orang kemaruk tak pernah dapat makan ayam 10 tahun punyalah kami serbu. Hebat bukan cara kami boikot.

Maafkan kami Baitulmaqdis..
Jangan seru kami untuk bersatu. Sejujurnya kami tak mampu. Cerita hal rumahtangga artis pun boleh bertekak. Belum cerita bolasepak dengan politik, itu lagi confirm gaduh besar. Tak payah la cerita pasal syahid, kami bukan kisah. Kalau cerita artis baru kahwin masuk bilik air pun rindu, mahulah kami layan...mahulah kami Viralkan.

Maafkan kami Baitulmaqdis..
Jangan tanya apa kerajaan kami buat. Pemimpin kami hebat. Sungguh Berani membantah. Begitu Lantang bantahanya sehingga bergoyang tiang PWTC. Bangga nya kami tidak terkira.. Tapi sayang..nak usir kedutaan US pun tak mampu apatah lagi nak turut memalu genderang perang  membantu mu. Hebat bukan kerajaan kami.

Maafkan kami Baitulmaqdis..
Jangan bicara tentang perjuangan.
Kerana Kami insan yang lemah dan Penakut.. Nak laungkan seruan protes di media pun kami tak mampu apatah lagi nak angkat senjata. Angkat tong gas pun minta bangla hantarkan lagi nak sembang hal perjuangan. Hanya 1 Kami mampu..scroll Fb, selfi, update status dan tunggu like. Ini lah perjuangan murni kami.

Maafkan kami Baitulmaqdis..

Jumaat, 8 Disember 2017

KASIH SAYANG RASULULLAH KEPADA ANAK KECIL

5:02:00 PTG 0
KASIH SAYANG RASULULLAH KEPADA ANAK KECIL
KASIH SAYANG RASULULLAH KEPADA ANAK KECIL
KASIH SAYANG RASULULLAH ﷺ KEPADA ANAK KECIL

Pada suatu hari ada seorang anak kecil dibawa ke hadapan Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam agar didoakan, dimohonkan keberkahan, dan diberikan nama untuknya. Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam kemudian mengambil anak itu dan memangkunya di pangkuannya. Tak lama kemudian anak itu buang air kecil/ kencing sehingga mengenai baju yang dikenakan oleh Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam.

Serentak orang yang melihat kejadian itu berteriak. Tapi Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam berkata, “Janganlah kalian menghentikan anak yang sedang kencing, biarkan ia menuntaskannya”. Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam pun membiarkan anak kecil itu sampai habis kencingnya. Kemudian Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam melanjutkan doanya untuk anak tersebut dan memberinya nama.

Setelah Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam selesai mendoakan anak itu dan memberikannya nama, beliau menyampaikan rasa kegembiraan keluarganya kepada anak tersebut supaya mereka itu tidak melihat bahwa Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam merasa tidak senang dengan air kencing anak itu. Maka setelah mereka pulang, barulah Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam membersihkan sendiri baju yang basah karena kencing anak itu.

Inilah salah satu bentuk akhlak mulia Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam yang tidak hanya menunjukan wujud nyata rasa kasih sayang beliau shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam kepada anak kecil tersebut tetapi juga menjaga perasaan dari keluarga si anak kecil itu yang merasa bersalah kepada Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam.

Dalam kisah yang lain sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani juga diceritakan bahwa pada suatu hari ketika Abu Laila radhiyallohu ‘anhu sedang duduk bersama Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alih wa shohbihi wa sallam, tiba-tiba Hasan (atau Husain) datang dan mendekati beliau shollallohu ‘alaih wa alihi wa shohbihi wa sallam. Lalu, beliau pun menyambutnya dan kemudian memangkunya di pangkuannya. Namun, tiba-tiba anak kecil tersebut kencing di pangkuan Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam. Abu Laila berkata, “Bahkan, aku melihat air kencing anak kecil tersebut membasahi hampir seluruh bagian perut Rasulullah.

Maka, dengan serta-merta aku melompat untuk membantu beliau. Namun, beliau shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam berkata kepadaku, “Biarkan saja ia, janganlah engkau membuatnya takut”. Setelah anak kecil tersebut menuntaskan air kencingnya, beliau shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam meminta air lalu menyiramkannya ke bagian tubuh beliau yang terkena air kencing”.

Masya Allah, kasih sayang Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam memang tak terbatas meski kepada seorang anak kecil sekalipun. Bahkan kepada binatang dan tumbuhan pun wujud nyata kasih sayang Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam begitu besar, karena beliau shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam adalah rahmat bagi sekalian alam.

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” (Quran Surat Al-Anbiya: 107).

Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa alihi wa shohbihi wa sallam bersabda,

‎مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغيْرَنَا وَلَمْ يَعْرِفْ حَقًّ كَبِيْرِنَا فَلَيْسَ مِنَّا

“Barang siapa tidak menyayangi yang kecil dan menghormati yang besar, orang itu bukan golongan kami”.

Oleh: Pejuang Ahlussunnah 
SILA SHARE 

Khamis, 7 Disember 2017

BALASAN ALLAH TERHADAP ORANG YANG SUKA MENGHINA DAN MENGAIBKAN ORANG LAIN 

9:28:00 PTG 0
BALASAN ALLAH TERHADAP ORANG YANG SUKA MENGHINA DAN MENGAIBKAN ORANG LAIN 
mENGHINA DAN MENGAIBKAN ORANG LAIN 
BALASAN ALLAH TERHADAP ORANG YANG SUKA MENGHINA DAN MENGAIBKAN ORANG LAIN 

Sesiapa yang suka mengaibkan atau menghina orang lain cepat-cepatlah bertaubat sebelum balasan Allah SWT datang kepada mereka. 

Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah (maksudnya menyebutkan keburukan orang lain meskipun benar/mengumpat) ?"

Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!".

Kemudian baginda ditanya lagi, "Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?"

Jawab baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar)."  (Hadits Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)

Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib dan lahir kehinaan.

Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka jahanam sejauh antara timur dan barat." (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam media sosial rata-rata penyokong parti-parti politik suka mengaibkan golongan lain secara  sindiran, menghina, melecehkannya, memanggil dengan panggilan yg di buruk dan saling memfitnah. Yang sedihnya mereka yang terlibat bukan masyarakat umum sahaja tetapi mereka-mereka yg bergelar ustaz, alim ulama, Yang Berhormat. dan para pensyarah universiti.

Jika inilah kerja mereka dan bersyubahat untuk menghina orang lain,  ilmu agama yang di miliki tak akan berkat, nasihat-nasihatnya akan tawar dan mereka telah memfaraidkan pahala mereka untuk di agih-agihkan kepada mereka-mereka yg di aibkan, difitnah, di perli, di maki hamun dan di umpat di akhirat nanti.

Allah SWT berfirman (yang ertinya), “Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (Surah Ash Shaff [61] ayat 2-3)

Tidakkah mereka insaf bahawa para ulama atau pendakwah yang tak laksanakan apa yang di ucapkan, akan di seksa di neraka. 

Di dalam shahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan hadits Usamah bin Zaid, dia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keledai yang menggerakkan penggilingan. Penduduk neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya, ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab, ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri justru melakukannya’.”

Mereka kerjanya setiap hari menghina saudaranya melalui facebook, twiter, whatsapp, pesanan ringkas dan  mencari-cari aib mereka dan menyebarkannya maka Allah SWT akan buka aib orang tersebut walaupun dia berada dirumahnya sendiri. 

Kadangkala mereka saja cari permusuhan di status-status facebook mereka, membuka ruang fitnah memfitnah, aib mengaibkan.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Janganlah kalian mengganggu hamba Allah, dan janganlah mengusik rahsia mereka, dan jangan pula mencari-cari aib dan cacat mereka. Sesungguhnya barang siapa menuntut (ingin tahu) aurat saudara sesama muslim, pasti Allah menuntut auratnya sehingga ia membuka aibnya sendiri di rumahnya sendiri pula.” (HR Ahmad)

Jagalah rumah tangga kalian sendiri dan janganlah melemparkan tuduhan, dakwaan dan penghinaan secara sedar atau pun tidak kepada orang lain atau parti lain walaupun hati kalian membencinya kerana setiap keburukan  hasil daripada ucapan dan tulisan kalian pasti kalian akan terima akibatnya. 

Nabi SAW bersabda maksudnya,  “Tidak akan masuk syurga Nammaam (orang yang suka menyebar fitnah).” (HR. Bukhari dan Muslim).

Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu berkata :
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda:
‎لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ. (متفق عليه)
“Tidak masuk Syurga orang yang suka mengadu domba.” (Muttafaq ‘alaihi).

Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra.: Dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda: "Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan." (Hadis Shahih Riwayat Muslim )

Kesimpulannya.

Setiap orang muslim yang mengaku beriman dengan rukun Iman yang enam, dan masih percaya orang yang mengucap dua kalimah  syahadah adalah saudaranya maka cukuplah kalian berhenti bergaduh sesama saudara seagama. 

Cukuplah dosa yang kalian himpunkan setiap hari, tidak ada manfaatnya pun. Apakah kalian merasakan kalian mampu menampung dosa di alam maya yang di buat setiap hari dengan amal soleh kalian? Tahukah kalian golongan muflis di hari akhirat? Salah satu sifat orang muflis akhirat adalah suka maki hamun, menghina, melecehkan, mengaibkan orang lain, dan membuat fitnah.

Oleh Ustaz Abu Basyer

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

SEPOTONG KEJU PENYEBAB LUPA

9:26:00 PTG 0
SEPOTONG KEJU PENYEBAB LUPA

SEPOTONG KEJU PENYEBAB LUPA
Ini kisah berdasarkan kitab dimana pada zaman dahulu, ada seseorang yang bernama Abu Yazid Al-Bustomi yang memang sejak kecil merupakan orang yang suka berbuat kebajikan. Beliau merupakan salah satu ulama sufi yang diakui akan ketinggian ilmu tasawufnya sehingga banyak yang berguru kepadanya.

Sejak kecil berbuat baik dan orangtuanya pun juga selalui menjaga diri untuk tidak makan kecuali dengan yang halal. Sejak dalam kandungan hingga bercerai dari air susu ibunya, beliau tidak pernah berkenalan dengan barang yang syubhat apatah lagi yang haram.

Namun ketika menginjak remaja, beliau merasakan bahwa dirinya sudah mulai banyak lupanya. Terutama jika mendengarkan sesuatu hal yang mengandungi kebenaran.

Dari situ, ia pergilah kepada ibunya untuk menanyakan sesuatu.

"Wahai ibu, apakah ibu ingat pernah memakan sesuatu yang haram atau syubhat ketika mengandung atau menyusui aku? Kerana jika aku mendengar kebaikan, aku mudah lupa," tanya Abu Yazid.

Akhirnya ibunya bercerita terus terang mengenai kejadian yang pernah dialaminya ketika mengandungnya dahulu.

"Anakku, pada suatu hari, ketika sedang mengandung atau menyusuimu, aku melihat sepotong keju tergeletak di tempat si fulan. Saat itu aku sedang mengidam dan benar-benar menginginkan keju itu. Lalu aku ambil secuit keju dan kumakan tanpa sepengetahuan pemiliknya," jelas ibunya.

Mendengar penjelasan ibunya, tanpa fikir panjang lagi, Abu Yazid langsung mengunjungi pemilik keju tersebut dan beliau menceritakan tentang kekhilafan ibunya saat mengandung dirinya.

Kepada pemilik keju tersebut, Abu Yazid merayu untuk meminta maaf.

"Wahai Fulan, dahulu ketika mengandung, ibuku telah memakan secuil kejumu. Sekarang aku mohon agar engkau sudi memaafkannya atau tetapkan harga secuil keju tersebut dan aku akan membayarnya, "kata Abu Yazid.

"Ibumu telah aku maafkan dan apa yang telah dia makan telah aku halalkan," kata pemilik keju tersebut.

Akhirnya di kemudian hari, Abu Yazid sudah tidak lupa lagi ketika mendengar suatu kebaikan.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)


Cinta Nabi s.a.w

9:25:00 PTG 0
Cinta Nabi s.a.w
Cinta Nabi s.a.w

Cinta Nabi s.a.w

Seorang muslim yang sebenar cintakan Nabi s.a.w. Cintanya kepada Nabi s.a.w itu tetap subur walaupun kadang-kala dirinya sendiri tidak begitu baik. Nabi s.a.w sendiri mengakui hakikat ini.
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).

Apatahlagi para pejuang yang ingin menyampaikan mesej baginda kepada dunia ini. Cinta mereka membara. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. pada zaman itu lalu dibawa untuk dibunuh. Ketua Quraish Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya:
“Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”. Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di tempat dia berada sekarang terkena duri sedangkan aku pula berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Lihatlah sahabat teragung Nabi s.a.w Abu Bakar al-Siddiq. Dalam riwayat Abu Ya’la yang dinilai sahih oleh al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Isabah daripada Anas bin Malik r.a yang menceritakan tentang hari Abu Quhafah, iaitu bapa Saidina Abu Bakar al-Siddiq menganut Islam. Pengislaman beliau agak lewat. Abu Bakar r.a memang begitu mengharapkan bapanya itu menerima Islam. Menariknya, apabila Abu Quhafah menghulurkan tangannya kepada Nabi s.a.w untuk menganut Islam, Abu Bakar menangis. Nabi s.a.w bertanya:
“Apakah yang membuatkan engkau menangis wahai Abu Bakar?”. Jawabnya: “Seandainya tangan bapa saudaramu (Abu Talib) berada di tempat bapaku sekarang, lalu dia (Abu Talib) menganut Islam sehingga engkau gembira lebih aku suka dari bapaku sendiri menganut Islam”.

Demikian halusnya perasaan Abu Bakar, kegembiraan bapanya menganut Islam itu tenggelam apabila mengenang Nabi s.a.w tidak memperolehi kegembiraan yang sama disebabkan bapa saudara kesayangan baginda (Abu Talib) tidak menganut Islam. Abu Bakar membayangkan alangkah baik jika Abu Talib yang berada di tempat bapanya ketika itu.
Demikian hati budi seorang muslim. Semua itu adalah manifestasi dari apa yang Nabi s.a.w sabdakan:
“Demi (Tuhan) yang diriku berada dalam tangannya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari dirinya, bapanya dan anaknya” (Riwayat al-Bukhari).

Mereka yang tidak merasai kemanisan nikmat iman mungkin tidak faham hakikat ini. Mereka kehairanan kenapa muslim sedih dan emosi apabila Nabi mereka disakiti. Sesiapa yang hendak berurusan dengan masyarakat muslim, kena memahami latar pegangan dan nilai dalaman mereka.

SELAWAT MAULIDUR RASUL

9:23:00 PTG 0
SELAWAT MAULIDUR RASUL
SELAWAT MAULIDUR RASUL
*SELAWAT MAULIDUR RASUL*

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad 
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi

‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai Nabi salam atasmu
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai Rasul, salam atasmu
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
Wahai kekasih, salam atasmu
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 
Selawat Allah ke atasmu

‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
Bulan purnama menyinari kita
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
Hilang segala cahaya
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
Indah menawan tak pernah dilihat
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 
Wajah gembira sepanjang hayat

‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
Kaulah matahari, kaulah bulan
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
Kaulah rahsia hidup mulia
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 
Kaulah menyuluhi jiwa

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
Wahai kekasihku, ya Muhammad
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
Wahai pendamping indah sejagat
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ 
Wahai Nabi dijulang dipuja
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 
Wahai imam 2 kiblat

‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
Bahagialah orang memandang wajahmu
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
Wahai penghulu keturunan mulia
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
Kolam airmu sejuk jernih
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 
Kunjungi kami pada hari akhirat

‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
Allah mengetahui rahsia sulit
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
Dialah menyahut semua seruan
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 
Dengan segala amalan soleh

‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
Sebanyak baris kertas ditulis
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ 
Empunya wajah berseri menawan

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ 
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

MENCARI JALAN PULANG dari Ustadzah Irena Handono

9:22:00 PTG 0
MENCARI JALAN PULANG dari Ustadzah Irena Handono
MENCARI JALAN PULANG dari Ustadzah Irena Handono
Tulisan indah dari Ustadzah Irena Handono :
"MENCARI JALAN PULANG"
.
Kita bukan penduduk bumi...
Kita adalah penduduk syurga...
Kita tidak berasal dari bumi...
Tapi kita berasal dari syurga...
Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah...
Kembali ke kampung halaman...
Dunia bukan rumah kita...
Maka jangan cari kesenangan dunia...
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali ke rumah-Nya.
Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah?
.
Lantas....
Apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita, Rabb yang mulia?
Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, serta rasa rindu padaNya yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi harapan-Nya?
Kita tidak berasal dari bumi...
Kita adalah penduduk syurga...
Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan...
Dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita...
Serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
.
Mereka rindu kehadiran kita...
Setiap saat menatap menanti kedatangan kita...
Mereka menanti kabar baik dari Malaikat Izrail...
Kapan keluarga mereka akan pulang?
Ikutilah peta (Al-Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan...
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya Iblis Laknatullah yaitu jalan ke Neraka Jahannam.
.
Kita bukan penduduk bumi...
Kita penduduk syurga..
Bumi hanyalah dalam perjalanan...
Kembalilah ke rumah.
Selamat berikhtiar saudaraku semua...untuk kembali ke rumah kita di syurga.
Bismillah...
.
Sekarang anda mempunyai Dua pilihan
1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
2. menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'Bagikan' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala.
.
Silahkan Di Share Ya...Semoga yang Klik Sukai dan Share Akan Ditambahkan Rezekinya, Dan Diangkat Penyakitnya...Aamiin

Sabtu, 2 Disember 2017

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2017/ 1439H.

2:01:00 PG 0
Tema Sambutan Maulidur Rasul 2017/ 1439H.
Tema Sambutan Maulidur Rasul 2017/ 1439H.

Tarikh Dan Tema Sambutan Maulidur Rasul 2017/ 1439H. Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 2017 bersamaan dengan tahun 1439H akan disambut pada hari Jumaat, 1 Disember 2017 menurut tarikh penting Kalendar Islam 2017 JAKIM. Ianya merupkan hari cuti umum buat rakyat Malaysia. Tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul adalah ''Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara''. Tema tahun lepas adalah "Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah".

Tema Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2017 - 1439H

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 2017 yang jatuh pada hari Jumaat, 1 Disember 2017, berikut dikongsikan tema Maulidur Rasul 2017 bersamaan dengan tahun 1439 Hijrah.
  • 2017 : ''Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara''
  • Tahun 2016 : "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"
  • 2015 : “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”
  • 2014 : "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:


"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir

Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-ahzab 21).

Kesimpulan

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia


JAKIM


Selamat menyambut Maulidur Rasul 2017/ 1439 H dengan Tema Majlis Sambutan  ''Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara''.