Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 20 Ogos 2017

KISAH SI ABID DAN REZEKI

10:01:00 PG 0
KISAH SI ABID DAN REZEKI

Kisah seorang abid yang hidupnya sentiasa berpindah randah dari satu masjid ke satu masjid untuk beribadah kepada Allah.

Satu hari, si abid telah datang ke sebuah masjid yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Tinggallah si abid di masjid tersebut dan seperti biasa beliau menjalani rutinnya.

Setelah hampir sebulan di situ, kehadirannya mula menarik perhatian dan menjadi pertikaian oleh penduduk-penduduk kampung.

Penduduk kampung mula merasa gelisah kerana si abid itu tidak bekerja untuk menampung perbelanjaan keperluan hidupnya.

Penduduk kampung menyoal si abid siapakah yang menampung perbelanjaan sehariannya. Si abid pun menjawab bahawa segala keperluan dan makanannya telah dikurniakan oleh Allah.

Maka kecohlah kampung tersebut kerana tidak percaya dan menyangkakan bahawa si abid tersebut telah menjadi gila.

Setelah beberapa kali si abid disoal soalan yang sama, maka barulah si abid tersebut menjawab bahawa sebenarnya segala perbelanjaannya telah dibiayai oleh orang-orang yahudi.

Jawapannya ini telah menimbulkan kemarahan penduduk kampung tersebut dan mereka bertindak menghalau si abid tersebut.

Maka si abid tersebut bersetuju untuk keluar dari Kampung tersebut sambil berkata : Apabila aku mengatakan bahawa Allah yang mengurniakan rezeki kepada diriku, tidak ada siapa yang mahu percaya tetapi apabila aku mengatakan bahawa manusia yang memberikan rezeki, kamu mempercayainya kerana hati-hati kamu hanya bergantung kepada sesama manusia dan bukan lagi kepada Sang Pencipta.

=======

Inilah iktibar yang boleh kita ambil agar kita kembali bertawakal kepada Allah. Dan tawakal ini bukanlah untuk menunjukkan kesombongan, kebesaran diri dan kemegahan tetapi bagi menzahirkan sifat Allah yang Maha Besar.

Apatah lagi untuk bertujuan memutuskan silatur rahim dengan menjauhkan diri dari manusia serta melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah.

Sebagai contoh, konsep tawakal tidak pernah menghalang seorang yang bertawakal itu mengambil lesen kenderaan tetapi sebaliknya bahawa kerana beramal dengan konsep tawakal itulah seseorang itu sentiasa berusaha mentaati peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa.

Dalam disiplin ilmu tarekat sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab Lawaqih Anwarul Qudsiah Fi Ma'rifati Qawa'id Sufiyyah karangan Imam Abdul Wahab al-Sya'rani r.a bahawa sekiranya seorang guru mengeluarkan murid dari madrasahnya adalah setelah murid tersebut melakukan kesalahan yang berkali-kali (kebiasaannya guru telah memberi peluang sebanyak tiga kali).

Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan juga sang guru tidak mengeluarkan murid itu tadi tetapi dibiarkan sahaja kerana kasih dan bimbangnya sang guru itu terhadap muridnya agar tidak menjadi lebih buruk lagi sekiranya dikeluarkan. Tetapi tetap menjadi kebiasaan murid itu tadi mengeluarkan dirinya sendiri dari madrasah dan kasih gurunya itu kerana sifat sombong serta kejahilannya. Maka fahamilah...

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal

Binatang Cacat Dilarang Untuk Ibadat Korban

9:58:00 PG 0
Binatang Cacat Dilarang Untuk Ibadat Korban

Binatang Cacat Dilarang Untuk Ibadat Korban

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَفَعَهُ قَالَ لَا يُضَحَّى بِالْعَرْجَاءِ بَيِّنٌ ظَلَعُهَا وَلَا بِالْعَوْرَاءِ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَلَا بِالْمَرِيضَةِ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَلَا بِالْعَجْفَاءِ الَّتِي لَا تُنْقِي

Dari Al Bara bin Azib ia memarfu'kannya (kepada Nabi SAW), baginda bersabda: "Tidak boleh berkurban dengan kambing pincang dan jelas kepincangannya, atau kambing yang buta sebelah dan jelas butanya, atau kambing yang sakit dan jelas sakitnya, atau kurus yang tidak berdaging." (HR Tirmidzi No:1417) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Binatang anam yang terdiri daripada kambing, lembu, kerbau serta unta adalah antara binatang yang digunakan untuk ibadat korban.

2. Binatang yang digunakan untuk ibadat korban hendaklah terdiri daripada binatang yang sihat.

3. Tidak sah ibadat korban yang dilakukan ke atas binatang yang memiliki kecacatan yang terdiri daripada:

a. Binatang tersebut cacat dan jelas kecacatannya seperti kakinya terpotong

b. Binatang tersebut buta sebelah mata dan jelas butanya

c. Binatang tersebut sakit dan jelas sakitnya seperti berkudis atau yang menyebabkan rosak kualiti dagingnya.

d. Binatang tersebut kurus dan tidak berdaging

4. Sebaik binatang korban adalah yang baik, sihat dan gemok serta tidak memiliki kecacatan

5. Antara kecacatan binatang yang dimakruhkan untuk ibadat korban:

a. Sebahagian atau keseluruhan telinganya terpotong
b. Tanduknya pecah atau patah
c. Ekor terputus atau sebahagiannya
d. Gigi ompong atau tanggal gigi depannya
e. Sudah kering air susunya

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

20hb Ogos 2017
27hb Zulkaedah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Sabtu, 19 Ogos 2017

Pengertian Doa Qunut

3:55:00 PTG 0
Pengertian Doa Qunut

MENGAPA APABILA TIBA bacaan Fainnaka taqdhii walaa yuqdha 'alaik. ...... sehingga Falakalhamdu 'alaa maaqadhait-IMAM BACA DENGAN PERLAHAN?

Jawapan dari Imam Hakimi di Masjid Bandar Utama ialah :

Doa nombor 1 hingga 5 adalah doa minta diqabulkan ( istajab ) maka disambut 'Aamin' oleh makmum.

Lafaz nombor 6 hingga nombor 10 dibaca perlahan oleh Imam sebagai 'jalan selamat' agar makmum tidak mengaminkan, tetapi menyebut 'haqqan' yakni 'benar' kerana ia nya bukan diminta qabulkan / ista'jab tetapi kenyataan.

Seterusnya nombor 11 hingga 12 dibaca Aamin semula kerana ia nya permintaan untuk diqabulkan.

••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bacaan Doa Qunut (Latin)

Allah hummah dinii fiiman hadait.
1)--Aamin

Wa'aa finii fiiman 'aafait.
2)-
Aamin

Watawallanii fiiman tawal-laiit.
3) -Aamin

Wabaariklii fiimaa a'thait.
4)-Aamin

Waqinii syarramaa qadhait.
5)-Aamin

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha 'alaik.
6) Imam baca perlahan.
Makmum sebut Haqqan( benar )

Wainnahu laayadzilu man walait.
7) Haqqan

Walaa ya'izzu man 'aadait.
8) Haqqan

Tabaa rakta rabbanaa wata'aalait.
9) Haqqan

Falakalhamdu 'alaa maaqadhait.
10) Haqqan

Astaghfiruka wa'atuubu ilaik.
11) Aamin

Wasallallahu 'ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa'alaa aalihi washahbihi Wasallam.
12) Aamin

••••••••••••••••••••••••••••••••••

ERTINYA
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan
1)

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
2)

Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
3)

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
4)

Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
5)

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
6)

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
*7)

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
8)

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
9)

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
10)

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
11)

(Dan semoga Allah) mencurahkann rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
12)

Moga bermanfaat
Wallahualam

Jumaat, 18 Ogos 2017

8 JENIS REZEKI DARI ALLAH

7:48:00 PTG 0
8 JENIS REZEKI DARI ALLAH

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Luncurkan ia ke group lain. Mudah-mudahan ada rezeki yang baik untuk kita.

KETAATAN ADALAH TANDA MAKRIFAT

7:21:00 PTG 0
KETAATAN ADALAH TANDA MAKRIFAT

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
"Perbaikilah hubunganmu dengan Allah. Engkau harus takut terhadap hukum-hukum-Nya. Kemudian, tunaikanlah hak-hak-Nya. Jika engkau beramal atas dasar hukum-hukum Allah, bererti engkau telah beramal dengan susah payah yang benar. Bahkan engkau termasuk ikut mendorong orang lain untuk berbuat amal yang baik.

Wahai saudaraku, orang yang beriman adalah yang mahu mempelajari kewajiban yang datang dari Allah. Lalu ia beribadah kepada-Nya dan mengamalkan perintah-Nya. Mengenal Allah, lalu mencintai-Nya. Senantiasa berkhidmat kepada-Nya. Dan, ia juga benar-benar menyedari bahawa bahaya dan manfaat itu tiada lain datangnya hanya dari Allah SWT.

Hati yang tertuju kepada Allah itu lebih tenang daripada hati yang menuju kepada makhluk, sebab Allah itu satu sedang makhluk itu beraneka ragam. Dan orang yang hatinya itu tertuju pada makhluk, maka hidupnya tidak akan tenteram, kerana ketenteraman hati itu bisa tercapai bila hanya tertuju kepada Allah semata. Perlu diketahui, bahawa berhenti pada satu pintu itu lebih baik daripada beberapa pintu yang beraneka ragam.

Maka, berhentilah pada pintu Allah. Maka hidupmu akan merasa tenteram dan selalu tertuju kepada-Nya."

--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, kitab Jala A-Khathir

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Rabu, 16 Ogos 2017

TAULADAN DARI KISAH HIDUP SAIYIDINA UMAR BIN AL KHATTAB R.A

8:12:00 PTG 0
TAULADAN DARI KISAH HIDUP SAIYIDINA UMAR BIN AL KHATTAB R.A
TAULADAN DARI KISAH HIDUP SAIYIDINA UMAR BIN AL KHATTAB R.A
Suatu hari khalifah Umar bin Al Khattab berhajat untuk menyewa seekor unta bagi menziarahi seorang sahabatnya. Semasa sedang melalui sebatang pokok, tanpa disedari, serban yang sedang dipakainya, telah tersangkut dicelah ranting pokok tersebut dan terlepas dari kepalanya.

Ketika diberitahu bahawa serbannya terjatuh, Umar bergegas turun dari unta dan berlari untuk mengambil serbannya, lalu dengan cepat ia berlari kembali untuk menaiki untanya.

Si pemilik unta berkata, "Kenapa tuan tidak pusingkan sahaja unta ini untuk kembali ke belakang sedikit untuk mengambil serban tuan, wahai amirul mukminin?"

Saiyidina Umar berkata sambil tersenyum, "Sebab unta ini akadnya aku sewa untuk pergi dari rumahku menuju ke rumah sahabatku. Tidak ada perjanjian untuk keperluan lain."

Pemilik unta: "Kalau begitu, kenapa tuan tidak menyuruh aku sebagai rakyat untuk mengambil serbanmu?"

Saiyidina Umar menjawab, "Kerana serban itu milikku bukan milik kamu, kenapa pula aku mesti menyuruhmu? Apakah kamu mengira dengan jawatan khalifah ini, aku boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya memerintah orang lain untuk mengerjakan sesuatu yang tidak ada hubungannya dengan tugasku?"


SUBHANALLAH..
[N.A.M.N Renungan 2017]

Selasa, 15 Ogos 2017

Amalkan Zikir Ini Setiap Hari

8:01:00 PTG 0
Amalkan Zikir Ini Setiap Hari
Amalkan Zikir Ini Setiap Hari
Jom..kita amalkan zikir2 ini stiap hari

1.Astaghfirullahaladzhim baca x100
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).

2.Subhanallahi wabihamdihi ,subhanallahil adzhim

Rasulullah Saw bersabda : “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” (HR Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072);

3.Laillahaillah x100

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

4.hasbunallah wanikmal wakil x100

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda –Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.

“Hasbunallah wa ni’mal wakil” itulah kalimat yang dikatakan oleh Nabi Ibrahim AS ketika akan dilempar ke kobaran api. Nabi Ibrahim mempercayakan seluruh jiwa dan raganya sepenuhnya kepada Allah, maka Allah berfirman “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”. Allah menjadikan api yang panas itu dingin seketika. Dan Ibrahim pun tidak terbakar. Demikian halnya dengan Rasulullah dan para sahabat ketika menghadapi ancaman dari pasukan kafir, mereka juga mengucapkan “Hasbunallah wa ni’mal wakil” Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

5.subhanaAllah walhamdulilla wallaillahaillah Allahu Akbar x 100

Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai” (HR. Muslim no. 2137).

6.La Haula wala Quwwata illa billah x 100

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

7.Allahumma sholli ala sayyidina muhammad x 100

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)

Ini adalah perkongsian daripada AF Ustaz Jafri Mahmoodi AlFaizin

Terima kasih ustaz...

‎هاجر بصري

(Dipetik daripada facebook Usrah Wanita Solehah)

Manusia Blacklist Ke Syurga

7:51:00 PTG 0
Manusia Blacklist Ke Syurga
Manusia Blacklist Ke Syurga
Jom semak diri, agar kita tidak termasuk dalam senarai "blacklist" ke syurga.

Sembilan Orang yang Tidak Masuk Syurga:

1. Pemutus hubungan
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim!” (Riwayat Muslim)

2. Penggunjing
“Tidak masuk syurga si penggunjing!” (Riwayat al-Bukhari)
Menggunjing itu termasuklah mengumpat, memfitnah, kata belakang dan menyebarkan cerita buruk tentang seseorang.

3. Takbur
“Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya rasa takbur walaupun sebesar biji sawi!” (Riwayat al-Tirmizi)

4. Menyakiti jiran
“Tidak masuk syurga sesiapa yang jirannya tidak aman daripada perangai buruknya.” (Riwayat Muslim)

5. Makan harta haram
“Tidak masuk syurga daging yang subur dengan harta haram!” (Riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Hakim)

6. Pelaku kasar terhadap orang bawahan
“Tidak masuk syurga orang pelaku buruk terhadap hambanya!” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad)
Hamba pun sedemikian, inikan pula pembantu rumah, pekerja upahan atau pekerja bawahan yang merdeka.

7. Kahin
“Tidak masuk syurga si kahin.” (Riwayat al-Tabarani)
Kahin merangkumi tukang tilik, tukang sihir, bomoh, pawang dan sebagainya.

8. Percaya bomoh

9. Peminum arak
“Tidak masuk syurga peminum arak, orang yang mempercayai tukang sihir dan pemutus hubungan.” (Riwayat Ibn Hibban)

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)