Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 30 Julai 2017

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG

12:46:00 PG 0
JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG
JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG
Mesej dari cikgu saya dari satu group whatsapp, yang sangat indah yang perlu dikongsi:

Assalamualaikum Wbt
Renungan bersama...

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..

Eratkan silaturahim,
Walau sekadar berdoa untuk semua sahabatmu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh....

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..

Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh.
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.

Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian...

Copy paste

3 Doa Jangan Lupa Dari Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz

12:43:00 PG 0
3 Doa Jangan Lupa Dari Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz
3 Doa Jangan Lupa Dari Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah

اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Artinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat

اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Artinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Artinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Surga Allah.

Sumber : islamidia.com

KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE

12:41:00 PG 0
KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE
KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE
BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."

- (Imam asSyafie)


"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".

- (Imam asSyafie)


"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"

- (Imam asSyafie)


"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"

- (Imam asSyafie)


"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".

- (Imam Syafie)


"Doa disaat tahajud  adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."

- (Imam Syafie)


"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”

- (Imam Syafie)


"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan".

- (Imam asSyafie)


"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''

- (Imam asSyafie)


"Jadikan akhirat dihatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk  matamu"

- (Imam asSyafie)

Khamis, 27 Julai 2017

Syurga Isteri Pada Suaminya, Syurga Suami Dimana?

5:02:00 PTG 0
Syurga Isteri Pada Suaminya,  Syurga Suami Dimana?
Syurga Isteri Pada Suaminya,  Syurga Suami Dimana?
*SYURGA ANAK, DIBAWAH TELAPAK KAKI IBUNYA, SYURGA IBU ITU PADA SUAMINYA..TETAPI, SYURGA SUAMI ITU DIMANA LETAKNYA????*

Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yg sangat2 memberkas di hati..tak sedar bergenang airmata saat mendengar tazkirahnya.

Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz...Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya..lalu Syurga SUAMI itu dimana pula???

Saya menjawab: Pada ibu nya

Ustaz menggeleng sambil tersenyum.

Ustaz : *SYURGA SEORANG SUAMI ITU...PADA TANGGUNGJAWABNYA!!*

Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.

Ustaz menyambung: Suami itu syuganya pada Tanggungjawab yg ada dibahunya. Sediakan nafkah ZAHIR dan BATIN. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah2, sediakan makan utk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk ISTERI dan anak2.

Jika Isteri yang menyediakan rumah, yg membayar hutang rumah, HARAM suami itu tinggal didalamnya. Jika ISTERI yang membayar bil eletrik rumah, Haram cahaya itu untuk suaminya..Jika ISTERI yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya....KECUALI, si isteri Redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu Syurganya itu. Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.

Kata ustaz lagi, di Makhamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami. Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan...maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai KETUA KELUARGA yg selayaknya.

Maka pada lelaki2 semua, sebelum memasang angan untuk menikah, ataupun kini sudah menikah, ingatlah Tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal didepan Allah kelak. Ada sesetengah lelaki yg sy pernah dengar dn jumpa, yg mencari calon2 isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan utk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cri jalan pintas untuk hidup senang.....sedih dengar :

Buat wanita2, cri jodoh bukan pd harta seorang lelaki, tapi pada NILAI TANGGUNGJAWAB nya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya pdmu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya. Itulah suami dn lelaki terbaik sebagai sandaran untuk Syurgamu ^_^ ❤

Masjid Nilai Berjuta Tapi Asnaf Depan Mata

2:28:00 PTG 0
Masjid Nilai Berjuta Tapi Asnaf Depan Mata
Masjid Nilai Berjuta Tapi Asnaf Depan Mata
Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama sekali, tulisan aku kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum aku sebagai seorang makmum dan manusia.

Sepanjang Ramadhan lepas, aku ziarah lebih 30 keluarga asnaf. Keluarga yang benar-benar hidup dalam kesempitan. Hal ini membuka mata aku untuk menulis dan memberi cadangan. Satu cadangan yang pernah aku utarakan tapi dipandang sepi suatu ketika dulu.

Kali ini, aku menulis lagi. Utarakan semula cadangan dan pandangan aku, moga-moga ada yang mempertimbangkannya.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Aku cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid.

Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.

Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia 'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!

Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu itu. Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang menjauhi masjid.

Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.

Tidakkah AJK masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, tapi memberi manfaat kepada ramai orang.

Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu punca.

Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.

Sungguh. Aku cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.

Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist aku. Mohon panjangkan cadangan aku ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.

Sila viralkan hingga sampai ke AJK Masjid/Surau, Pegawai Majlis Agama Negeri dan JAKIM.

6 Perkara Allah Sembunyikan

2:19:00 PTG 0
6 Perkara Allah Sembunyikan
6 Perkara Allah Sembunyikan
''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...

Peringatan Kepada Umur 60 Tahun

2:14:00 PTG 0
Peringatan Kepada Umur 60 Tahun
Peringatan Kepada Umur 60 Tahun
Firman Allah swt: "Bukankah Kami telah melanjutkn umur kamu sehingga sempat utk beringat bagi sesiapa yang mahu beringat" (Fathir 37)

Dpt difahamkn maksud ayat ini "..Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat utk beringat.." dari sabda Nabi saw: "Allah tidak lagi memberi keuzuran kpd sesiapa yg dipanjangkn ajal sehingga umur 60 tahun" (Bukhari)

Ibn Abbas menafsirkan ayat yg tersebut yg bertepatan dgn hadits ini: "Umur yg Allah tidak lagi menerima alasan bagi anak Adam dlm firmanNya ini ialah 60 tahun"

Al-khattabi berkata: "Maknanya orang yg Allah panjangkn umur sehingga 60 tahun, tidak diterima lagi keuzuran (alasan) Hal ini kerana umur 60 tahun merupakan umur yg dekat dengan kematian, umur kembali bertaubat, khusyuk dan bersiap2 bertemu Allah" (Tafsir al-Qurthubi)

Bagaimana manusia berumur 60 tahun masih lalai? Nabi saw mengkhabarkan: "Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dan panjang angan-angan" (Bukhari)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yg telah mencapai umur 60 tahun Maka nasihat Fudhail kepadanya: "Bermakna sudah 60 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai...Buat yang terbaik dalam umur berbaki, lalu akan diampunkan dosa umur yang lalu, Tetapi jika buat tidak elok pada umur yang berbaki, kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yang berbaki sekali gus!"

Maka para ilmuan menasihati bgaimana menjalani umur yang dah mencecah 60 tahun:

Jangan banyak bergurau dan terjebak dlm perkara yang tidak ada manfaat utk akhirat

Jangan melampau dlm berhias, bersolek dan berpakaian Islami.

Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu dan amal

Jangan banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa ia dapat mendekatkan kepada kehidupan akhirat

Jangan masih runsing, berkeluh kesah dan kesal akan soal hidup seharian

Banyakkan berdoa mengharapkn keredhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su'ul khatimah

Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada pagi dan petang.

Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedia menghadapinya

Siapkn wasiat dan rancang pembahgian harta

Kerapkan menghubung silaturahim bagi menggantikan kerenggangan sebelum ini

Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi

Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yang boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati.

Maafkan kesalahan orang kepada diri kita, walau bagaimana teruk kesalahan itu.

Bereskan segala hutang yg sedia ada dan jgn buat hutang yang baru walaupun utk menolong orang lain.

Semoga manfaat untuk semua sahabat-sahabat termasuk yang belum lagi 60 tahun..

C&P

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Orang yang mencari rezeki kerana Allah dan bertawakkal pasti Allah beri dua kurnia atau paling tidak pun Allah berikan salah satunya,

1. Allah beri kekayaan
2. Allah beri kesabaran

Orang yang mendapat kurniaan kesabaran adalah yang paling beruntung, sebagaimana janji Rasulullah saw tidak ada rezeki yang lebih luas daripada sabar.

Kita selalu melihat orang kerja keras tapi tetap saja miskin. Tak kaya mana pun. Kita mungkin tidak tahu dia telah kaya, kaya hati.

Dia sabar dan bertawakkal menghadapi takdir Allah.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

"Kita selalu mohon dipermudahkan, kita ingat Allah akan tolong dengan cara yang kita sangka tu, tapi Allah bagi mudah dengan cara lain yang lebih baik, Allahu Akbar"

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

30 TANDA-TANDA HATI KOTOR

2:00:00 PTG 0
30 TANDA-TANDA HATI KOTOR
30 TANDA-TANDA HATI KOTOR
Assalamualaikum..shbt yg di kasihi

@RENUNGAN BERSAME@

*30 TANDA-TANDA HATI KOTOR*
1. _Gelisah walaupun tiada masalah._
2. _Selalu berbangga dengan diri sendiri._
3. _Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain._
4. _Tidak amanah dan mungkir janji._
5. _Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya._
6. _Suka mengumpat dan membuka aib orang lain._
7. _Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya._
8. _Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang._
9. _Suka menyakiti hati orang dengan sindiran._
10. _Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang_
11. _Menyampaikan ilmu dengan riak._
12. _Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain._
13. _Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk._
14. _Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa._
15. _Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)_
16. _Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada_
17. _Solat yang tidak khusyuk._
18. _Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik._
19. _Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir._
20. _Cinta kepada duniawi dan materialistik._
21. _Mudah bersangka buruk terhadap orang._
22. _Membesar besarkan hal yang remeh temeh._
23. _Suka bergosip dan menabur fitnah._
24. _Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi._
25. _Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia._
26. _Pendendam._
27. _Penting diri dalam semua hal._
28. _Berpura-pura dan suka membodek._
29. _Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain._
30. _Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.


*Kesemua sifat diatas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk diatas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.*