Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 17 Jun 2017

Sedekah Yang Viral.

11:55:00 PG 0
Sedekah Yang Viral.
Sedekah Yang Viral.
Ini bukan kisah saya, kisah yang sudah jadi viral . saya tidak tahu siapa empunya kisah ini cuma kisah ini ada terlalu banyak nasihat dan pengajaran yang menyentuh hati sya . sebab itu saya kongsikan buat kalian.

Peristiwa pertama, saya seorang bekas murid sebuah sekolah menengah berasrama di Pahang. Masa zaman saya bersekolah (14 tahun lepas) , duit syiling sangat penting macam nyawa lah. Gigih belanja 20sen kat koperasi semata-mata nak dapatkan syiling 80sen. Nak buat apa? Nak telefon mak ayah tanya bila nak datang, tolong bawak itu ini dan sebagainya. Ada satu hari saya ke klinik sebab demam. Semasa menunggu van sekolah ambil saya selepas menerima rawatan, ada seorang makcik datang kepada saya. “Nak, tolong telefon anak makcik nak. Bagitau makcik dah siap. Boleh ambil dah. Makcik cari syiling tak jumpa”. Masa tu syiling saya sangat kritikal. Sangat sangat. Ada tak sampai seringgit. Nak call mak ayah lagi. Tapi saya pergi kat telefon awam, call no anak makcik tu. Bagitau dah siap semua. Makcik tu tunggu agak jauh dari saya. Tiba-tiba makcik tu datang. “Nah ambil semua duit ni. Tadi guna duit anak kan? Anak makcik dah datang. Terima kasih ye”. Allah. Allah. Allah. Dapat lah dua genggam syiling masa tu. Subhanallah. Terkedu kat situ jugak.

Peristiwa kedua, ketika saya sudah bekerja. Saya bekerja sebagai guru. Ada satu hari saya tengok anak murid saya macam selekeh sangat. Tak makan, tak terurus. Saya panggil beliau dan bertanya “tak rehat ke?”. Jawab beliau “tak cikgu, ayah saya tak kerja” simple. Saya tahu kesusahan beliau tapi tak terfikirlah sampai sedaif itu. Saya hulur RM10. Saya cakap “ambil duit ni buat belanja sampai esok. Jangan tak datang pulak”. Lepas ucap terima kasih terus beliau pergi rehat. Saya pun naik bilik guru. Tiba-tiba ada seorang cikgu jumpa saya “ni RM100 duit dari PIBG penghargaan sebab buat kelas sepanjang tahun lepas”. Dalam masa 10 minit, RM10 saya dah digantikan dengan RM100. Allah Maha Kaya.

Peristiwa ketiga, saya seorang yang ingin punya anak awal. Rezeki saya mengandungkan anak pertama kira-kira lima bulan selepas berkahwin. Sebenarnya tidak terlalu awal bagi sesetengah orang. Sebelum saya tahu saya mengandung, saya pergi ke sebuah rumah anak yatim yang betul-betul dhaif. Masa tu tiada orang sebab semua orang pergi solat jumaat. Saya tinggalkan beberapa beg beras dan saya masukkan sedekah saya di dalam tabung di luar pejabat rumah anak yatim tersebut. Saya tinggalkan nota berbunyi “Sedekah untuk anak-anak. Doakan saya juga dapat rezeki anak.” Beberapa hari kemudian saya dapat tahu saya pregnant. Syukurnya Ya Allah. Saya harap nota tu tak terbang di bawa angin.

Saya rasa cukuplah tiga peristiwa ini sebagai pendorong anda untuk bersedekah. Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips : –

1. Jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila dah sihat baru sedekah. Sebab potensi untuk anda lupa tu sangat tinggi. Sedekahlah supaya anda ada duit. Sedekahlah agar anda sihat.

2. Niat semasa sedekah. “Ya Allah, aku sedekah ni bagi pihak aku dan keluargaku. Berikanlah aku sekian sekian sekian.” Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3. Seeloknya sedekahkan makanan. Biar terus menjadi darah daging dan beranak pinak dengan darah daging hasil derma anda.

4. Kalau nak sedekahkan kepada anak yatim, cari yang betul-betul memerlukan. Biar mereka merasa sama apa yang anda dan anak-anak anda rasa.

5. Nak mengandung? Nak rezeki datang? Sedekahlah. Kadang-kadang kita terlupa bahawa Yang Memberi Rezeki ialah Allah swt.

6. Kalau nak orang doakan, sila nyatakan dengan jelas apa yang anda nak. “Doakan saya dapat baby” “Doakan saya dapat 10A+”

7. Jangan rasa jemu bersedekah. Minggu lepas anda sedekah tak dapat apa-apa yang luar biasa? Ketahuilah anda bahawa mungkin sebenarnya ketika anda pulang dari kerja minggu lepas sebenarnya tayar anda akan pancit. Tapi kerana sedekah anda, rezeki anda untuk berjimat sebanyak RM100. Kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui.

8. Sedekahlah pada hari Jumaat untuk dapatkan pahala berganda.

9. Doa juga sedekah. Alfatihah juga sedekah.

10. Kongsikan entry ini juga sedekah. Tolong saya. Saya nak dapat pahala. Orang lain baca dan bersedekah, anda juga dapat pahala.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersedekah sebanyak mungkin dan sedekah kita bermanfaat sebelum kita menghadap pencipta. Saya doakan yang terbaik buat kalian, doakan juga yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Ingatlah, rezeki yang berkat itu ada tiga : makanan yang dihabiskan, pakaian/barangan yang digunakan hingga lusuh dan rezeki yang disedekahkan.

(Hamba Allah yang mengharapkan pahala tidak putus
Salam ramadhan

Jumaat, 16 Jun 2017

SURAT PERPISAHAN DARI AKU YANG BERNAMA RAMADHAN

9:18:00 PG 0
SURAT PERPISAHAN DARI AKU YANG BERNAMA RAMADHAN
SURAT PERPISAHAN DARI AKU YANG BERNAMA RAMADHAN
Saudaraku,
Aku akan pulang...

Sudah di 20 hari aku bertamu namun seringkali aku ditinggal sendirian..

Walau sering dikatakan istimewa namun perlakuanmu tak luar biasa..

Oleh-olehku nyaris tak kau sentuh...

Al-quran hanya dibaca sekilas, kalah dengan update status smartphone dan tontonan.

Solat tak lebih khusyuk, kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran..

Tak banyak kau minta ampunan, kerana sibuk menumpuk harta demi bonus dan belanja raya..

Malam dan siang mu tak banyak dipakai berbuat kebajikan, kalah dengan bisnes yang sedang untung di saat Ramadhan..

Tak pula banyak kau bersedekah, kerana khuatir tak cukup buat lebaran dan cuti nanti..

Saudaraku, aku seperti tetamu yang tak diharapkan. Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan..

Padahal aku datang dengan kemuliaan, seharusnya tak pulang dengan kesiaan..

Percayalah, Aku pulang belum tentu kan kembali datang..
Sehingga seharusnya kau menyesal telah melantarkanku..

Masih ada 9 hari kita bersama,
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang..

*"Kerana TIDAK ADA JAMINAN umurmu akan bertemu lagi, di Ramadhan yang akan datang".*

Yang benar,

Saudaramu
RAMADHAN.

Khamis, 15 Jun 2017

Sedekah Kepada Keluarga Miskin Ini.

4:16:00 PTG 0
Sedekah Kepada Keluarga Miskin Ini.
Sedekah Kepada Keluarga Miskin Ini.
Lawatan ke rumah pelajarku yang kematian ayah minggu sudah, amat meruntun jiwa, pelajar yg baik dan bijak, tidak pernah menjadikan kesusahan mereka sebagai batu penghalang utk dia berjaya dan berpakaian kemas.

Tak sangka tiada elektrik dan mengharap air Sada sahaja. Katanya, basuh baju dengan tangan terus sangkut, ingatkan zaman kita tahun 70an tetapi zaman sekarang pun masih ada orang susah seumpamanya.

Sabar sayang, cikgu doakan agar Nur Alia Natasya jadi insan cemerlang dunia akhirat.

Maklumat pelajar,

Tarikh: 13 Jun 2017

Saya dapat maklumat tentang satu keluarga yang daif di negeri Kedah.

Maklumat ringkas keluarga berkenaan seperti di bawah ini;

1. Ayah telah meninggal di dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini (langgar lari)

2. Anak pertama, perempuan dan sudah berkahwin anak ke 2 berumur 17 tahun, lelaki dan sudahberhenti sekolah.

Anak ke 3, NUR ALIA NATASYA, darjah 5 di Sek. Keb. Bukit Payong, Pokok Sena anak ke 4, 6 tahun anak ke 5, 2 tahun

3. Rumah terletak di Kg Mata Air, Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah

4. Rumah ada bekalan air tapi tak ada bekalan
elektrik.

5. Nama ibu, Che Rus Binti Awang Bu

Saya dengan ini memohon semua yang ada kemampuan untuk membantu keluarga ini seberapa yang boleh, semoga dengan sumbangan kita yang sedikit itu, akan dapat meringankan bebanan keluarga ini, lebih-lebih lagi menjelang hari raya nanti. Seorang dapat sumbang RM10.00 pun jadilah.

Inshya Allah, dengan sumbangan kita itu, akan menjadikan kita insan yang diberkati oleh Allah SWT, امين

Boleh terus bank in ke akaun BSN, Che Rus bin Awang Bu, No Account: 02100-41-00039945-2

Kalau hendak sampaikan sendiri atau inginkan pengesahan boleh hubungi pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah No. Tel- 04-782 4324.

Anak ke 3, NUR ALIA NATASYA bersekolah di sini (Darjah 5)

TOLONG SHARE atau viralkan RAMAI-RAMAI supaya perkara ini sampai kepada pihak yang berkenaan.

P/S Sedih tengok ada lagi rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan ini.

Pegawai yang bertanggungjawab...tolong jangan lena

Terima kasih
Sedekah Kepada Keluarga Miskin Ini.

Rabu, 14 Jun 2017

KOLEKSI HADITH SAHIH: LAILATUL-QADAR

1:34:00 PTG 0
KOLEKSI HADITH SAHIH: LAILATUL-QADAR
KOLEKSI HADITH SAHIH: LAILATUL-QADAR
Antara hadis-hadis berkenaan LAILATUL-QADAR :

Hadis 1:
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‎تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah Lailatul-Qadar pada 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

Hadis 2:
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha pula, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‎تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2017)

Hadis 3:
Dari Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:

‎هِىَ اللَّيْلَةُ الَّتِى أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِقِيَامِهَا هِىَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا.

“Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadhan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru.” (HR. Muslim no. 762)

Hadis 4:

‎عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: – كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ اَلْعَشْرُ -أَيْ: اَلْعَشْرُ اَلْأَخِيرُ مِنْ رَمَضَانَ- شَدَّ مِئْزَرَهُ, وَأَحْيَا لَيْلَهُ, وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, beliau bersungguh-sungguh dalam ibadah (dengan meninggalkan isteri-isterinya), menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” (HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174)

Hadis 5:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

‎مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إَيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barang siapa berdiri (solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. Bukhari no. 4/217 dan Muslim 759)

Hadis 6:
Juga dari Aisyah, (dia berkata) :

‎كَانَ رَسُوْلُ اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِيغَيْرِهَا

“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam ke-10 (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” (HR Muslim no. 1174)

Hadis 7:
Dari hadis Abu Hurairah, beliau berkata:

‎عَنِ النَّبِيِّ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ, وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan (dari Allah), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari (2/709 no.1910, 2/672 no.1802, 1/21 no.35), Muslim (1/523 no.760)

Sudah siap sediakah kita untuk memburu malam yang dijanjikan oleh Allah dimana setiap amalan malam Lailatul Qadar akan dikira dengan 1000 bulan bersamaan dengan 83 thn 4 bulan.

Marilah kita sama-sama berazam untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar ini kerana kita tidak pasti adakah kita akan bertemu lagi malam Lailatul Qadar pada tahun hadapan. Banyakkan berdoa dan kuatkan azam untuk mengapai malam Lailatul Qadar malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang mengetahui kehebatan dan keistimewaan malam tersebut. Jangan sia-siakan usia kita dengan menangguhkan untuk beribadat dan melakukan amal soleh. Jangan. Ingatlah bahawa Firman Allah Ta’ala :

‎قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاَقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Luar biasa Mereka Yang Membaca Al-Quran

1:25:00 PTG 0
Luar biasa Mereka Yang Membaca Al-Quran
Luar biasa Mereka Yang Membaca Al-Quran
👤Berkata Abdul Malik bin Umair:

"Satu²nya manusia yg tidak cepat tua adalah org yg selalu membaca Al-qur'an".

"Manusia yg paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".

👤Berkata Al-imam Qurtubi:

"Brgsiapa yg membaca Al-Quràn, maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

👤Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pad muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-Quràn jgn pernah kau tinggalkan, krn sesungguhnya setiap yg kamu inginkan akan di mudahkan setara dgn yg kamu baca".

👤Berkata Ibnu Solah:

"Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutamaan utk membaca Al-Quràn, maka oleh krn itu para Malaikat bersemangat utk selalu mendengar saj dari baca'an manusia".

👤Berkata Abu Zanad:

"Di tengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah s.a.w. sungguh tidak ada satu rumahpun yg aku lewati melainkan pd nya ada yg membaca Al-Quràn".

Bergantunglah pd Al-Quràn niscaya kau akan mendapatkan keberkahan.

Allah berfirman:
"ini adalah kitab yg kami turunkan kpddmu yg penuh keberkahan agar mrk mau mentadaburi ayat²nya".

Berkata sebahagian ahli tafsir
"Manakala kita menyibukkan diri dgn Al-Quràn maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Sy memohon kpd Allah agar memberikan taufiqnya kpd sy dan kalian semua utk selalu membaca Al-Quràn dan mengamalkan kandungannya". 📖

Bila anda Cinta pd Al-Quràn maka sebarkanlah,,,
demi Allah, sekian byk org yg membaca Al-Quràn maka pahala anda akan selalu mengalir...

Sumber Bahagian Dakwah, Jakim.

APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG

1:23:00 PTG 0
APA YANG MEMBUAT ALLAH  SENANG
APA YANG MEMBUAT ALLAH  SENANG
_*JANGAN BANGGA DENGAN BANYAK SHALAT, PUASA DAN ZIKIR KARENA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!*_

_*MAU TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG ???*_

*_Nabi Musa : Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang ?_*

*_Allah :_*
*_SHOLAT ? Sholat mu itu untukmu sendiri, karena dengan mengerjakan sholat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar._*

*_DZIKIR ? Dzikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang._*

*_PUASA ? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri._*

*_Nabi Musa : Lalu apa yang membuat hatiMu senang Ya Allah ?_*

*_Allah : SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIKmu._*
_Itulah yang membuat AKU senang, karena tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir disampingnya.-Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)-_

*_Nah, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah._*
*_Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain... maka itu tandanya kau. mencintai Allah dan tentu Allah senang karenanya._*
*_Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidupmu lapang dan bahagia_*

*(Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)*
Saudaraku seiman sebarkanlah ilmu ini agar makin Barokah.
Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Isnin, 12 Jun 2017

PERISTIWA 17 RAMADHAN

8:44:00 PTG 0
PERISTIWA 17 RAMADHAN
PERISTIWA 17 RAMADHA
1. Penurunan Al-Quran
- Bulan Ramadhan menjadi saksi akan turunnya Al-Quran Nur Kareem sebagai hidayah dan pemberi penjelasan bagi seluruh manusia bagi memisahkan yang haq dan bathil. Walaupun tarikhnya berbeza pandangan tetapi apabila dirujuk keseluruhan ulama' mengatakan bahawasanya yang turun di bulan Ramadhan itu termasuk suhuf yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim AS dan kitab-kitab samawi yang dahulu seperti Zabur, Taurat & Injil. Bulan Ramadhan menjadi saksi turunnya kesemua wahyu dari Allah SWT kepada para Anbiya', dipilih bulan Ramadhan turunnya risalah menunjukkan kemuliaan yang ada pada bulan Ramadhan Al-Mubarak.

2. Peperangan pertama umat Islam Perang Badar
- Pada tepatnya 17 Ramadhan pada tahun ke 2 hijrahnya Nabi Muhammad Rasulullah SAW juga dicatitkan oleh ahli sejarah dimana berlakunya peperangan pertama Umat Islam berjumlah 313 tentera dengan tentera musyrikin dengan jumlah 1000 tentera dalam Perang Badar. Hari Perang Badar adalah hari yang Allah Ta'ala turunkan dengan ramainya para Malaikat untuk menyaksikan peperangan pertama umat Islam. Bagaimana tidak turun begitu ramainya para Malaikat sedangkan itu adalah peperangan pertama Umat Islam, golongan yang ingin Allah ta'ala muliakan dan puasa PERTAMA yang umat Islam diwajibkan berpuasa yang Allah Ta'ala wahyukan kepada Rasulullah SAW bertepatan pada bulan Sya'aban yang mewajibkan umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan. Bagaimana Allah tidak memuliakan mereka yang hadir dalam Perang Badar, sehingga para Malaikat turun menjadi saksi ujian dari Allah yang menimpa umat Islam. Itu tahun pertama umat Islam berpuasa, tahun pertama umat Islam berperang, di situ Allah Ta'ala melihat umat Islam berjihad di jalan Allah Ta'ala.

Sumber : Muhammad Nazrul

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal

Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara

3:41:00 PTG 0
Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara
Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara
*1) tangan adalah aurat*
*2 ) kaki juga adalah aurat*
*3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka daripada dada*

*Perempuan selalu alpa dua perkara:*

*1) pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan.*
*2) tidak memakai stokin.*

*Dan perempuan leka tentang dua perkara:*

*1) aurat mereka adalah maruah mereka*
*2) kecantikan bukan pada muka, tapi pada hati*

*Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia.*


*"Perempuan"*
Dia tgh tidur, tapi malaikat tulis dosa dia.
Dia tgh solat, tapi malaikat tulis juga dosa dia.
Dia makan, belajar, mandi, tapi malaikat tetap juga catit dosa dia.
Dia tak buat apa2 pun malaikat tetap catit dosa dia.
Ehh.... apa salah dia?

Ohh, rupa2 nya byk mata sdg melihat gambarnya yg tidak menutup aurat di media sosial. Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya...
Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.