Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 4 Julai 2019

ORANG BAIK UJIANNYA MEMANG BERAT

3:47:00 PTG 0
ORANG BAIK UJIANNYA MEMANG BERAT
ORANG BAIK UJIANNYA MEMANG BERAT


👟Hidup tanpa musuh atau bebas dari orang-orang yang tidak suka adalah hal yang mustahil. Kerana memang Allah telah menakdirkan keseimbangan. Ada kebaikan dan keburukan, kebenaran dan kesesatan, haq dan batil yang senantiasa ada dan berperang. Allah berfirman:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِّنَ الْمُجْرِمِينَ ۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا

Dan seperti itulah, telah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong. (QS. Al-Furqan: 31)

💡Dalam ayat yang lain, Allah menerangkan tentang musuh para nabi dan pengikutnya yaitu syaitan-syaitan, baik dari kalangan jin maupun manusia. Allah berfirman:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).” (QS. Al-An’am: 112)

👣Makanya, jangan pernah mengira ketika kita telah menjadi orang baik dan berusaha meniti kebenaran lantas kemudian hidup tenang tanpa musuh dan gangguan. Bahkan, semakin kukuh kita di atas kebenaran semakin banyak dan besar ujiannya.

🏷Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang manusia yang paling berat ujiannya, beliau bukan menjawab orang yang paling durjana akan tetapi mereka yang paling dekat kedudukannya dengan Allah, bagus agamanya. Dari Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyallahu anhu, ia pernah menuturkan:

قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاءً ؟ قَالَ : الأَنْبِيَاءُ , ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ , فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ , فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاؤُهُ , وَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِيَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ , فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ

“Aku pernah berkata: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berat ujiannya? Beliau menjawab: ‘Para nabi, kemudian yang semisal, kemudian yang semisal. Sungguh seseorang itu akan diuji berdasarkan agamanya, bila agamanya kuat, ujiannya pun berat, sebaliknya bila agamanya lemah, ia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian tidak akan berhenti menimpa seorang hamba hingga ia berjalan di muka bumi dengan tidak mempunyai kesalahan.’” (HR. Tirmidzi: 2398)

🔎Belajarlah dari perjalanan hidup Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, banyak orang yang tidak suka dengan apa yang beliau bawa dan dakwahkan. Sehingga bermacam gangguan pun beliau dapatkan. Mulai dari tuduhan dusta; pemecah belah, tukang sihir, dukun, orang gila, diludahi, ditaruh kotoran di pundaknya ketika sedang shalat, sampai usaha pembuhunan, dst. Bahkan, tidak sedikit yang menjadi musuh beliau itu adalah orang-orang dekat yang masih ada hubungan keluarga.

🍁Oleh sebab itu, jangan terlalu diambil hati apa yang kita dapatkan dari manusia. Tetaplah menjadi orang baik meski dihina, dikucilkan, dituduh yang bukan-bukan, disakiti, dst. Ingat saja bahwa itu memang takdir kehidupan. Jangan sedih, masih ada kehidupan berikutnya, kelak di sana akan tampak terang mana yang benar dan mana yang salah, dihadapan Allah subhanahu wata’ala. Dan masing-masing akan mendapat balasan sesuai dengan perbuatannya. 

*🔰Semoga bermanfaat.*

Ditulis oleh: Zahir al-Minangkabawi 
Diterbitkan oleh: Lajnah Dakwah Yayasan Maribaraja


JANGAN EJEK PESAKIT MENTAL

3:46:00 PTG 0
JANGAN EJEK PESAKIT MENTAL
JANGAN EJEK PESAKIT MENTAL


#Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Anda sedang sakit kaki kerana terseliuh dan langkah anda terbatas. Tiba-tiba seorang lelaki melintas di hadapan anda dengan SENGAJA mengajuk langkah anda yang terhencot-hencot. Selepas beberapa langkah meninggalkan anda, lelaki tersebut sempat menoleh ke arah anda sambil senyum mengejek. Apa perasaan anda?”

“Anak anda dilahirkan sumbing hidung. Cakapnya tak jelas dan sengau. Pada suatu hari tetamu datang ke rumah anda. Ketika anak anda keluar mahu bersalam dengannya, si tetamu sengaja menukar suara menjadi sengau dan selepas itu tetamu anda ketawa besar. Apa perasaan anda?”

Jarang sekali kita jumpa manusia berhati hitam sanggup mengejek sakit orang  lain seperti gambaran di atas. Fitrah manusia biasanya menunjukkan rasa kasihan belas kepada orang yang menghidap apa-apa sakit. Itulah hakikatnya, namun ada juga sesetengah sakit yang kelihatannya tercicir dari “KAMUS BELAS KASIHAN” sesetengah orang seperti sakit mental.

Rabu lepas (5 Oktober 2016) saya dijemput berkongsi pengalaman tentang liku-liku sakit dan jalan menuju penyembuhan dalam forum anjuran Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Forum yang dinamakan “JOURNEY TO RECOVERY” memang membuka mata saya betapa sakit mental adalah suatu UJIAN ALLAH yang sama beratnya dengan sakit yang lain. Bahkan sakit ini sering dijadikan bahan ejek ramai pihak tanpa sedar.

Ada keluarga pesakit berkongsi pengalaman bagaimana mencabarnya menjaga anak mereka yang sering dijadikan “BAHAK TAWA” orang luar. Perkataan “ORANG GILA! SAKIT OTAK! MERENG! OTAK 3 SUKU” memang mudah diucapkan, tapi perkataan itu seumpama PISAU TAJAM yang menghiris hati ahli keluarga pesakit. Bukan mereka minta diuji dengan sakit ini. Oleh itu, sebelum menghambur kata ejek, bayangkan anda berada dalam kasut pesakit atau keluarga pesakit. Mahukah anda meluahkan perkataan itu?

Bukan setakat itu, ada juga penghibur atau pelawak yang menjadikan sakit ini sebagai bahan lawak mereka. Pernah juga saya dengar seorang penceramah agama melawakkan kecacatan orang lain yang akhirnya memecahkan derai tawa hadirin. Bayangkan apa impak buruk yang akan terpalit pada agama akibat dari lawak tidak beretika si penceramah. Semoga penceramah itu sedar kesalahannya.

Semasa dalam forum, saya jelaskan JOURNEY TO RECOVERY adalah berkaitan CARA MENGHADAPI DAN MENGURUSKAN UJIAN HIDUP. Semua manusia di dunia ini diuji Allah sama ada dalam kesusahan atau kesenangan. Firman Allah:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Ertinya: Setiap diri akan merasai mati, DAN KAMI MENGUJI KAMU DENGAN KESUSAHAN DAN KESENANGAN SEBAGAI CUBAAN; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan (Al-Anbiya [21:35]).

Langkah awal yang perlu dilakukan oleh orang yang diuji adalah redha dengan ujian tersebut. Selepas Redha, kita akan mampu melangkah ke tahap seterusnya iaitu menguruskan sakit dengan berubat dan sebagainya. Selepas berbicara tentang redha, saya diajukan soalan dari seorang hadirin, soalannya ringkas, padat dan tepat:

“Bila kita sakit, kita kena redha dan makan ubat. Selepas itu….APA PULA?”

Saya agak terkejut dengan soalan itu, oleh itu saya sambung penjelasan dengan kepentingan doa. Doa sangat penting dalam menghadapi ujian sakit kerana Allah yang memilih kita memasuki ujian sakit pasti mampu memberikan penyembuhan kerana hanya DIA YANG MAHA PENYEMBUH. Lihatlah keyakinan nabi Ibrahim dalam al-Quran:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

Ertinya: (Nabi Ibrahim AS berkata) "Dan apabila aku sakit, MAKA DIA LAH YANG MENYEMBUHKAN PENYAKITKU; (al-Syu’ara’[26:80]).

Rasulullah SAW juga bersabda:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Ertinya: Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila sesuatu ubat menyentuh sesuatu penyakit, maka ia akan memberikan penyembuhan dengan izin Allah (Sahih Muslim).

Selain itu, redha akan bertambah subur apabila kita faham bahawa sebarang ujian sakit pasti MAMPU kita lalui kerana Allah menjelaskan jenis ujian adalah sepadan dengan kekuatan mental dan jiwa kita. Ia difaham dari firman Allah ini:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Ertinya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya (al-Baqarah[2:286]).

Panjang lagi huraian yang saya ulas dalam forum itu, tapi cukuplah dahulu untuk kali ini. Pesan saya kepada semua, benar sekali kata Dr Rozanizam penulis buku (AKU NABI ISA, REFLEKSI WAD SAKIT JIWA terbitan PTS) bahawa “KESIHATAN MENTAL ADALAH NI’MAT YANG JARANG KITA SYUKURI.”

Jangan jadikan ujian sakit mental orang lain sebagai bahan ejek dan bahak tawa kita kerana kita tidak tahu siapa kelak akan diuji dengan sakit ini pada masa hadapan. Mungkin diri kita, mungkin anak kita, mungkin adik beradik kita dan mungkin pasangan kita. Ingatlah bahawa hidup ini adalah suatu kitaran yang tidak pasti sebagaimana teguran Allah kepada para sahabat yang tewas daam perang Uhud:

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ

Ertinya: Jika kamu (dalam perang Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) (Ali ‘Imran [3:140]).

Jangan ejek sakit atau bencana orang lain, sebaliknya doakan penyembuhan untuk mereka dan keselamatan kita sepanjang masa. Amalkan doa Rasulullah SAW ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Ertinya: Ya Allah! Aku mohon perlindungan denganMu dari hilangnya ni’mat kurniaanMu, juga dari berubahnya ni’mat kesihatan kurniaanMu, juga dari bencana ketentuanMu yang mengejut dan dari semua kemurkaanMu (Sahih Muslim).

Isnin, 24 Jun 2019

KEHEBATAN DR. MUHAMMAD MORSI

12:06:00 PG 0
KEHEBATAN DR. MUHAMMAD MORSI
KEHEBATAN DR. MUHAMMAD MORSI
Majalah TIME menyebutnya: “The Most Important Man in the Middle East.” Dr Muhammad Morsi adalah

1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik.
2) Presiden dari masyarakat biasa yang pertama.
3) Presiden Arab pertama yang hafal Al-Quran.
4) Presiden Arab pertama dari partai islam.
5) Presiden Arab pertama yang mempersilahkan orang ramai untuk mengkritiknya, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.
6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.
7) Presiden Arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.
😎 Presiden Arab pertama yang tinggal di sebuah apartemen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti pekerja biasa Mesir yang lain.
9) Presiden Arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti dengan biaya sendiri.

Sejarah akan menilai Morsi, beliau merupakan pemimpin Arab yang terbaik dibandingkan dengan para pemimpin lain dan anda akan tahu sendiri. Beliau bukanlah seperti pemimpin yang mengambil duit rakyat dan memasukkan dalam kantong sendiri!

Mengenai Kisah Presiden Mesir

1. Dr. Muhammad Mursi, walaupun beliau ialah seorang Presiden, ia hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Selepas itu, ia akan balik ke rumah sewa beliau untuk beristirahat. dan rumah sewa itu disewanya sendiri. Terdapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta gaji.
2. Beliau satu-satunya Presiden Muslim di dunia yang hafal Al-Quran secara keseluruhan.

Di sarikan dari berbagai sumber

Ditulis oleh Taufik Yuniarto

FB Majlis Ilmu