PENCINTA DUNIA DAN PEMBENCINYA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 16 Januari 2018

PENCINTA DUNIA DAN PEMBENCINYA

PENCINTA DUNIA DAN PEMBENCINYA
PENCINTA DUNIA DAN PEMBENCINYA

Al-Imam Al-Baihaqi telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ketika kalian melihat seorang lelaki yang mempunyai sifat zuhud dari duniawi, maka dekatilah kerana sesungguhnya dia itu telah dianugerahi ilmu hikmah".

Di dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya dan tidak semakin bertambah zuhud dari perkara duniawi, tidak ada yang semakin bertambah melainkan dia semakin jauh dari Allah". 

Di dalam Salalim Al-Fudhala' dinukilkan bahawa seorang ulama bernama Al-Habib Muhammad bin Hasan Al-Mu'allim Al-Husaini RAH pernah berkata:

"Ketika anak Adam tenggelam dalam cinta duniawi, dia akan berkata: "Bagaimana aku beramal? Mana jalan yang harus aku tempuh? Mana jalan keselamatan?".

Orang yang cinta duniawi ini menyerupai orang yang mabuk atau orang yang hampir tenggelam di lautan. Jika tidak demikian, maka sesungguhnya tiada jalan kecuali mengikuti kalam Allah & petunjuk daripada Rasulnya".

Diriwayatkan bahawa etelah memakan buah khuldi, Nabi Adam merasakan sakit perut layaknya orang ingin buang hajat. Padahal lazimnya penghuni syurga tidak melakukan hal tersebut. Syurga yang merupakan tempat suci tentu tidak layak digunakan untuk membuang kotoran. Hal itu yang membuat Nabi Adam pun kebingungan.

Buah yang membuat nabi Adam ingin mebuang air besar. Lantas Allah berfirman, “Di mana kau akan membuangnya? Di atas tempat tidurkah? Diatas takhta-kah? Atau disungai-sungai atau di bawah pepohonan? Apakah ada tempat yang patut untuk itu? Maka, turun sajalah ke dunia.” Dan itulah sebab mengapa Nabi Adam dan Hawa tetap harus turun ke Bumi meski Allah telah memaafkan kesalahannya.

Dunia hanyalah ibarat tandas yang kita memandangnya hanyalah tempat keperluan bukan maksud hidup kita. Maka usahalah perkara dunia sekadar untuk keperluan kita dan beramallah untuk akhirat sebagai maksud hidup kerana kehidupan kita yang hakiki adalah di akhirat kelak.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Tiada ulasan: