KISAH PEMUDA AHLI SYURGA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 6 Ogos 2017

KISAH PEMUDA AHLI SYURGA

KISAH PEMUDA AHLI SYURGA
Suatu hari, ketika RasūluLlāh ‎ﷺ bersama para Sahabat-nya berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, tiba-tiba RasūluLlāh ‎ﷺ bersabda:

"Sebentar lagi akan datang seorang pemuda Ahli Syurga."

Tidak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka dan tangan-nya basah berwudhu, sambil sebelah tangan yang lagi satu memegang sandal. Penampilan-nya sangat sederhana. Tiada apa yang terlihat istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika RasūluLlāh ‎ﷺ bersama beberapa Sahabat-nya sedang duduk di tempat yang sama, sekali lagi RasūluLlāh ‎ﷺ bersabda:

"Sebentar lagi akan datang seorang pemuda Ahli Syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yang sama pun sampai. Dengan berpenampilan yang sama. Salah seorang Sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal radhiyāLlāhu 'anhu. Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan sebagai Ahli Syurga.

Lalu dia mencari jalan untuk dapat tidur di rumah lelaki itu dengan memberi berbagai alasan. Pemuda itu membenarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu, ketika Muaz radhiyāLlāhu 'anhu bangun untuk bertahajjud, dia mendapati pemuda itu masih lahi nyenyak tidur hingga ke Subuh.

Apabila Subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka membaca Al-Qur'an, tetapi ternyata yang pemuda membaca-nya dalam keadaan tersangkut-sangkut, dan masih lagi merangkak2 untuk lancar membaca-nya. Tidak seperti Muaz radhiyāLlāhu 'anhu yang fasih dan lancar sebutan-nya.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz radhiyāLlāhu 'anhu sudah kelihatan bersedia untuk solat sunat Dhuha. Tetapi anehnya lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yang sama Muaz radhiyāLlāhu 'anhu berpuasa sunat, tetapi lelaki itu tidak.

Muaz radhiyāLlāhu 'anhu pun menceritakan perihal sabda RasūluLlāh ‎ﷺ ke atas lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalan-nya hingga RasūluLlāh ‎ﷺ mengatakan dia Ahli Syurga.. lalu pemuda itu berkata:

"Amalan aku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al-Qur'an. Aku masih tidak mampu bangun tahajjud tengah malam. Aku juga tidak mampu lahi solat Dhuha. Apatah lagi berpuasa sunat."

"Tetapi… Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yang baru aku pelajari iaitu: (1) aku sangat cuba tidak menyakitkan hati orang lain. Samada kaum keluarga-ku sendiri, jiran2-ku, sesahabat-ku mahu pun orang yang tidak aku kenal."

Muaz radhiyāLlāhu 'anhu berkata; "SubhānLlāh... lagi..?"

(2) Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa. Dan aku akan memaafkan semua orang yang membuat salah kepada-ku."

Muaz berkata; "SubhānLlāh... lagi..?".

(3) Aku cuba menjaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yang mampu aku lakukan.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Tiada ulasan: