TIDAK PERNAH TERLAMBAT WALAU SEDETIK
Masih teringat beberapa hari sebelum anak saya kembali mengadap Ilahi,ketika sakitnya memuncak,dalam juraian air mata dari kelopak yg cengkung dia membisik kata,"Abahhh!Cek takut nak matiii!"Suaranya sayup hilang ditelan esakan.Saya memeluk mukanya dan berkata,"Mohonlah ampun kepada Allah,tidak pernah terlambat untuk memohon ampun dan tidak terlambat untuk Allah mengampunkan.Tidak pernah terlambat juga untuk kita berbuat baik,selagi nafas boleh dihela....."Bila keadaannya kembali tenang,dia berpesan untuk bersedekah semua barangan miliknya dan duit simpanannya.
Pagi ini saya menerima satu message dari pemberita NST yg memohon maaf kerana terlambat menyiar berita aktiviti sedekah jariah rakan fb saya,dan ini mengingat saya untuk apa yg saya kata pada anak saya,kita tidak pernah terlambat untuk berbuat baik.Ada kisah,seorang pelajar yg petah berbicara dan pintar pernah dipilih untuk menyertai satu syarahan agama tetapi dia menolak dan tidak mahu memberi alasan mengapa.Tetapi selang beberapa hari,dia kembali menemui ustazah untuk menerima tawaran menyertai syarahan tersebut.Bila ditanya mengapa dia berubah fikiran, jawapannya membuat saya dan ustazah tersebut sebak dan menangis.Katanya,"Cikgu,emak saya oku yang tidak boleh mendengar,dia telah kembali ke sisi Allah dua hari yang lalu.Dia tentu kini boleh mendengar apa yang saya ucapkan.Jadi saya mahu menyertai syarahan ini untuk berbuat kebaikan kepadanya."Ya Allah.
Apa yg paparkan ini untuk menyatakan tidak pernah terlambat untuk kita berbuat baik.Hatta jika ibubapa yg kita nak berbuat baik telah mati pun, berdoalah baginya,itu juga kesempatan yg masih ada.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Hadis ini membayangkan bahawa tidak ada hentinya dalam berbuat baik,tidak ada putus asa.Bahkan bila berbuat baik,kita tidak perlu mempersoal apa hasilnya.Jika kita fikir biji kurma yg ditanam sedangkan esok kiamat,ia ibarat sia-sia,tak jadilah kita menanam,tetapi nabi suruh ditanam juga,membayangkan bahawa dalam berbuat baik,kita tidak perlu mempersoal apa hasilnya dari kebaikan kita.Setelah berbuat baik,beralihlah dan berserahlah kpd Allah.

Ayoh saudaraku,tidak terlambat walau sedetik untuk berbuat baik.Rebutlah waktu dan kesempatan yg ada, selagi jari boleh diangkat,nafas boleh dihela.
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Tidak terlambat juga walau seketika untuk kita bertaubat.Ketika terlintas diri berdosa,bersegeralah bertaubat, Ya Allah ampunilah dosaku!Astaghfirullah!Jangan tangguh tunggu lepas solat,tunggu berwuduk, tunggu qiyamullail beramai dg ustaz yg ajak beristighfar,barulah nak istighfar dg sedu sedan,itu mungkin taubat yg dipengaruhi atas keadaan emosi shj,orang keriau aku pun keriaulah, bukan atas kesedaran yg sebenar.Sesungguhnya taubat yg lebih ikhlas ialah bila kita sendiri merasa bersalah,berdosa lalu ketika itu juga dilafaz taubat,dimohon keampunan.Tidak terlambat untuk mohon ampun,jangan tunggu ada program jamaah baru nak bertaubat, nak sebut astaghfirrullah dg lelehan air mata,huhuhuhuhu! menangis,tapi bila sendirian tak bertaubat pun,tak teritis setik air mata,saya fikir itu ada sikit hipokrit,kepuraan.Ustaz yg dok pimpin qiyamullail yg dok keriau pun kena beri ingatan kpd yg dipimpin,jangan dok keriau masa berjamaah berqiyamullail sahaja,yg lebih utama bertaubat dan menangislah masa sendirian.
Firman Allah,"Dan barangsiapa berdosa atau menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun, niscaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun.” (an-Nisa’: 110).Jelas bahawa memohon ampun tidak perlu tunggu masa,Allah sebut'barangsiapa berdosa....kemudian dia mohon ampun"bermaksud bila terasa berdosa,teruslah mohon ampun.Tidak perlu tunggu, kerana jika nyawa sudah ditenggorok, mungkin kita sudah tidak berupaya untuk bertaubat.
Tidak terlambat walau sedetik untuk berbuat baik dan bertaubat kepada Allah Azzawajalla.
Mohon maaf jika anda teremosi dan tertitis air mata kerana mainan kata pada tulisan ini.
(Alfatihah untuk anak saya Muhammad Taqiyuddin bin Abd Ghani-moga pesan abah dibawa bersama gerak bibir yg terakhir yang abah dapat melihatnya.)