HADIAH TERINDAH BUAT IBU DAN AYAH
Kata Ibnu Jauzi, "Aku melihat anak2 muda dizamanku tidak lagi memperdulikan tentang tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Mereka tidak melihat itu sebagai kewajipan agama. Hendaklah anak yang berbakti kepada orang tua itu tahu bahawa apa sahaja kebaikan yang pernah dilakukan terhadap ibubapanya adalah masih belum mampu mencapai tahap terima kami kepada keduanya."
Ada seorang lelaki datang bertemu Saidina Umar al Khattab ra. lalu bertanya " Wahai Amirul Mukminin, aku ada seorang ibu yang tua renta dan dia sudah tidak mampu berbuat apa2. Sekiranya dia mahu ke bilik air aku menggendongnya, aku juga yang membersihkannya dengan berpaling ke lain kerana tidak ada orang lain lagi yang boleh menguruskan hal itu. Apakah perbuatan aku itu sudah boleh dikirakan sebagai membalas budi?"
Jawab Umar ra, "Tidak"
"Bukankah aku wahai amirul mukminin sudah mengangkat dia diatas bahuku? Dan aku menahan diriku demi dia. Apakah aku masih belum dikirakan membalas budinya?"
Kata Saidina Umar, "Tidak. Ingat ibumu dulu, ketika dia menggendongmu, dia membersihkanmu waktu itu dengan mengharapkan engkau hidup, engkau sihat dan kau berbuat perkara sama kepada ibumu sekarang tetapi engkau mengharapnya cepat mati. Engkau terseksa dengan apa yang kau lakukan. Engkau mahu berlepas diri jika boleh."
Datang pula seorang lelaki lain kepada ibnu Umar lalu bertanya, "Aku menggendong ibuku dari Khurasan bagi melaksanakan haji hingga selesai. Menurut fikiranmu, apakah aku sudah membalas jasa ibuku?"
Jawab Ibnu Umar, "Tidak. Sedangkan sakit dia sewaktu melahirkanmu sahaja belum berbalas."
"Hendaklah mereka anak2 yang berbakti pada orang tuanya itu sedar diri... Sebanyak mana kebaikkan yang dilakukannya, sebanyak mana wang yang diberikan kepada orang tuanya namun masih belum mampu membalas susah payah ibu dan ayah mereka membesarkan mereka meskipun mereka pula sudah menjadi ibu dan ayah pada anak2 mereka."
"Maka hadiah terindah buat mereka adalah sentiasa meletakkan dirimu dan zuriatmu dalam kebaikkan dan amal soleh. Istiqomahlah. Mudah2han dari kebaikkan tersebut membuah lebih banyak perkara2 baik yang menjadi pahala buat mereka bahkan pahala jariah sekiranya mereka sudah tiada."
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ
Ertinya : “Tuhanku! ampunilah Aku, ibu bapaku.” (Surah Nuh : 28)
وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Ertinya : “Dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sejak waktu kecil”. (Surah Al Isra : 24)