Ego Dalam Solat - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 11 Disember 2016

Ego Dalam Solat

Suatu hari aku singgah masjid di kampung hulu.
Ya sudah semestinya untuk tunaikan kewajipan. Aku bersiar siar mencari rezeki daripda hasil lukisan aku.

Sudah puas aku kerahkan tenaga berjalan 5 jam tanpa henti, aku berhenti berehat di masjid itu.
Aku duduk di kerusi rehat berdekatan
"Ahhh, penatnya" aku mengeluh perlahan.

Aku menarik nafas kerna cuba membetulkan penafasan aku.
Aku mula membuka kasut dan stokin untuk membasahi tubuh dengan wudhuk.
Dan bermulalah aku tunaikan solat wajib itu.

Sesudah sahaja, aku mula duduk di antara 2 sujud.
Aku merenung sayu di tempat sujud. Aku mula terterobek penat lelah mencari wang ringgit.
Letih, giveup. Pelanggan ada takde..
Semuanya aku cuba hadam dengan merenung di sejadah itu.

Tiba tiba

"Lamanya doa" kedengaran suara halus dan comel itu mematikan lamunan aku.
Aku menoleh mencari dek suara itu
Ahhhh, seorang budak perempuan kecil. Mungkin dalam lingkungan 5 ke 6 tahun.

"Ehhh, ibu mana?" Aku cuba tukar topik

"Ibu solat"

"Kenapa tak duduk dengan ibu, bahaya tau"

"Dalam masjid pun ada orang jahat?"

Terkedu aku dibuatnya

"Hurm sekrang mcm mcm benda boleh jadi"

Budak itu mula duduk di sebelah aku.

"Akak suka doa lama lama?"

"Hurm suka, tapi segan"

"Huh kenapa?"

"Erm akak malu nak mintak bnyk2, umur mcm akak ni banyak dah buat salah"

Budak itu mula berkerut seribu

"Bukan umur mcm akak kena doa banyak2??"

"Kenapa?"

"Ibu cakap makin bertambah usia, makin banyak kecewa. Sebab itu kena banyak doa"

Aku hairan. Aku masih blur

"Ibu cakap apa lagi?"

"Waktu tu, kita nampak ibu nangis masa doa. Kita tanya "Allah dah buat ibu nangis ke?"
Tapi ibu cakap
"Bukan, ibu yang buat Allah bersedih"
"Aikk kenapa?"
"Umur ibu makin bertambah, ibu banyak bersedih tapi ibu lupa hanya pada dia kita bergantung
Setiap kekecewaan, kesedihan hadir daripada Allah. Tapi ibu masih luahkan pada manusia"

Aku terkedu. Biar betul budak ni. Petah betul bila cakap.

Aku kembali merenung di sejadah.

"Akak, kalau solat. Jangan laju2. "

"Yup, sebab kita kena hormat pada Allah"

"Bukan"

Aku berkerut

"Ibu cakap sebab nak dapatkan jiwa dalam solat"

"Bukan sama ke?"

"Hormat dgn jiwa tak sama akak."

Aku terdiam.. tiba tiba

"Apabila mendirikan solat, perlu letakkan jiwa sekali. Kerana dalam solat, kita akan temu dgn diri kita yang sebenar."

Aku terpana
.
"Maaf, anak saya ganggu ke?"

"Errr tidak, " aku termangu mangu

"Ibu dah kata, jangan ganggu orang solat"

"Ehh takpe. Sokay. Err tapi saya nak tanya
Apa maksud awak??"

"Oh yang tadi ya??"

Aku mengangguk. Wanita itu mula memeluk anaknya.

"Saya mula sedar bila anak saya bertanya, kenapa begitu ramai solat cepat2. Inilah antara saya sering bawanya ke masjid berdektan untuk melihat gelagat insan lain.
Solat itu adalah menentukan jiwa kita. Bagaimana kita letakkan diri dalam keadaan itu.
Ramai mahu cpt menyudahkan solat tetapi mereka lupa, solat itulah yang membentuk diri mereka.
Solat itu membentuk diri kita menjadi berdisiplin. Percayalah kata saya, orang yang solat tidak ada ego"

Aku terdiam

"Antara cara kita tahu jiwa kita ada dalam solat adalah waktu kita berdoa. Sebab kita tahu keistimewaan berdoa dan kebaikannya"

Aku mengangguk

"Maaf ya sebab anak saya ni"

"Eh tak mengapa" aku mencubit pp anaknya itu .

Budak itu tertawa kecil.

Jika benar kita orang yang mendirikan solat, masihkan layak ego memenuhi ruang dalam hati. Adakah jiwa masih ada dala solat kita??

Aku berseloroh sendirian

#KakNur


Tiada ulasan: