Hak-hak kedua-dua orang tua dan anak
Sudah tidak perlu disangsikan lagi bahawa apabila hak-hak kekeluargaan itu mesti dipenuhi. Maka itu, adalah yang lebih utama dan lebih istimewa di antaranya ialah hak-hak kepada orang yang lebih mahram dan yang terdekat di antara golongan mahram itu ialah hak-hak orang tua terhadap anaknya dan anak terhadap orang tuanya. Hal ini antara hak-hak yang sangat perlu dipenuhi.
Dalam perkara ini, Rasulullah SAW bersabda:

بر أمك واباك وأختك وأخاك ثم ادناك فادناك
"Berbaktilah kepada ibumu, ayahmu, saudara perempuan dan saudara lelakimu, kemudian yang terdekat dan yang terdekat".
(Hadith Riwayat Nasa'i, Ahmad & Al-Hakim)
Allah SWT berfirman:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيٰنِيْ صَغِيْرًا
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-Isra': 24)
Ada seseorang bertanya kepada Nabi SAW, "Ya Rasulullah! Adakah masih diwajibkan atas diri saya untuk berbakti kepada kedua-dua orang tua saya yang dapat saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia?" Baginda SAW lalu menjawab:

نعم، الصلاة عليهما والاستغفار لهما وإنفاذ عهدهما من بعدهما وصلة الرحم التي لا توصل إلا بهما وإكرم صديقهما
"Ya! Ada, iaitu memohon kerahmatan kepada kedua-dua mereka dan memohon pengampunan untuk kedua-dua mereka, melaksanakan janji-janji kedua-dua mereka, memuliakan sahabat kedua-dua mereka serta menghubungi keluarga yang tidak dapat dihubungi melainkan dengan kedua orang tua itu".
(Hadith Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)
Allah SWT berfirman lagi:

وَوَصَّيْنَا الْاِنْسٰنَ بِوَالِدَيْهِ ۚ حَمَلَتْهُ اُمُّهٗ وَهْنًا عَلٰى وَهْنٍ وَّفِصٰلُهٗ فِيْ عَامَيْنِ اَنِ اشْكُرْ لِيْ وَلِـوَالِدَيْكَ ؕ اِلَيَّ الْمَصِيْرُ
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Luqman: 14)
Rasulullah SAW bersabda:

إن من ابر البر أن يصل الرجل اهل ودابيه بعدان يولى الأب
"Sesungguhnya sebaik-baik kebaktian ialah apabila seseorang itu suka menghubungi yang dicintai oleh ayahnya itu meninggal dunia".
(Hadith Riwayat Muslim)
Dalam hadith lain, Rasulullah SAW menyebutkan:

رحم الله والدا أعان ولده على بره
"Allah SWT merahmati seorang ayah yang menolong anaknya untuk tetap berbakti kepadanya".
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)
Maksudnya ialah, seorang ayah tidak memperlakukan anaknya itu sehingga akan memyebabkan anaknya berani melawannya dan berkelakuan buruk terhadapnya.

ساو وابين اولادكم فى العطية
"Persamakanlah antara anak-anakmu dalam pemberian".
(Hadith Riwayat At-Thabrani)
Sabda Nabi SAW lagi:

من حق الوالد على الولد ان يحسن ادبه ويحسن اسمه
"Salah satu daripada hak-hak anak atas orang tuanya ialah supaya orang tuanya mendidiknya dengan budi pekerti serta memperindah namanya".
(Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
Justeru, berbaktilah dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua kita selagi mereka hidup atau yang telah meninggal dunia, doakanlah mereka...