PERKONGSIAN
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung." (HR Bukhari No: 4700) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Perkahwinan adalah ibadah bagi memenuhi keperluan semula jadi manusia.
2. Perkahwinan dan hidup berumah tangga tidak hanya pertemuan antara lelaki dan wanita tetapi ianya merupakan perkongsian hidup bagi mencari keredhaan Allah.
3. Pemilihan wanita sebagai pasangan hidup di atas ciri-ciri yang baik:
a. kerana hartanya bagi membantu keperluan rumahtangga
b. kerana keturunannya bagi memperolehi benih yang baik
c. kerana kecantikannya bagi menjadi hiasan hidup bagi mewujudkan kegembiraan
d. kerana agamanya bagi kehidupan yang diredhai Allah di dunia dan akhirat
4. Beruntunglah mereka yang mendapat pasangan hidup yang memenuhi keempat-empat ciri tersebut termasuk suami juga isteri.
5. Memilih pasangan yang beragama adalah suatu keutamaan kerana harta akan berkurangan, kecantikan akan lusuh namun dengan agama akan menjadikan kehidupan bahagia dan diredhai Allah
Isnin, 12 Mac 2018
Calon Pasangan Hidup
Tags
# agama
About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
agama
Labels:
agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan