Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 2 Februari 2021

EBIT LEW DIHALANG BERDAKWAH DI SEMPORNA

6:55:00 PTG 0
EBIT LEW DIHALANG BERDAKWAH DI SEMPORNA

Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah. Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.

Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan. Sebab dekat sana tiada tempat untuk buat begitu. Dari bot jer bagi bantuan. Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.

Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.

Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah.

Selasa, 19 Januari 2021

Sedekah Subuh - Cadangan Dan Galakkan

9:11:00 PG 0
Sedekah Subuh - Cadangan Dan Galakkan

Walaupun cadangan ini bukanlah suatu cadangan yang baru, bahkan telah ramai pun umat Islam yang telah mengamalkannya, namun saya mengambil inisiatif untuk mencadangkan kepada umat Islam yang belum memulakan dan mengajak untuk sama sama mengamalkannya. Insyaallah.

Dalam sebuah hadith, dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” [HR al-Bukhari]

Hadith ini menerangkan kepada kita bahawa sesiapa yang bersedekah khusus pada waktu subuh akan mendapat doa kebaikan daripada Malaikat. Manakala bagi mereka yang bakhil terhadap hartanya pula, maka akan mendapat doa kerosakan daripada Malaikat atas kebakhilannya.

Berdasarkan hadith inilah, ramai dari kalangan umat Islam yang telah mengamalkan amalan mulia ini sebagai rutin harian. Semoga Allah menerima sedekah yang telah mereka lakukan. 

Justeru, ada beberapa cadangan untuk melaksanakan amalan yang mulia lagi mengundang keberkatan dan kerahmatan Allah ini.

(1) Bagi kaum lelaki, amalan ini boleh dilakukan setiap kali hadir ke surau atau masjid ketika ingin menunaikan solat Subuh berjemaah. Sebelum kaki melangkah masuk ke dewan solat, bolehlah masukkan sedekah ke dalam tabung yang tersedia. 

Berdoalah memohon kepada Allah sebarang hajat untuk diri, ibu bapa dan ahli keluarga ketika memasukkan duit ke dalam tabung. 

(2) Namun, ketika peluang yang agak terhad untuk menunaikan solat berjemaah di surau atau masjid akibat daripada pendemic yang membimbangkan ini, para lelaki boleh mewujudkan tabung khas di rumah untuk memastikan kesinambungan amalan sedekah Subuh dapat diteruskan walaupun di rumah.

Ketika berpeluang ke surau atau masjid, bolehlah duit sedekah yang telah diisi di dalam tabung di rumah dimasukkan ke dalam tabung surau atau masjid.

(3) Bagi wanita pula, oleh kerana tiada tuntutan untuknya menunaikan solat berjemaah di surau atau di masjid, maka sebaiknya mereka sendiri atau suaminya mewujudkan tabung khas di rumah untuk diisi dengan duit duit sedekah di waktu subuh. Ketika tabung sudah penuh, bolehlah diserahkan kepada pihak surau atau masjid.

(4) Mewujudkan tabung khas untuk sedekah di rumah juga adalah merupakan suatu galakkan yang sangat baik kepada ahli keluarga terutama kepada anak anak. Ia akan menjadi contoh ikutan yang baik bagi mereka untuk diamalkan demi meraih kasih sayang Allah.

(5) Sebenarnya, sedekah secara hakikatnya adalah untuk mendidik jiwa agar sentiasa mensyukuri nikmat nikmat yang Allah berikan. Ia juga adalah merupakan pembersihan jiwa daripada sifat sifat mazmumah seperti bakhil, haloba terhadap harta, riyak dan sebagainya.

Oleh kerana itu, amalkanlah amalan sedekah waktu Subuh ini biarpun sedikit namun yang penting adalah istiqomah melakukannya. Wallahu'alam. 

Selamat Beramal
#AkhiAdifGorment
31 December 2020

C&P

POSITIVE PEOPLE LIVE LONGER

9:09:00 PG 0
POSITIVE PEOPLE LIVE LONGER
“Positive people live longer!” Agak menarik kenyataan ini. Pastinya ada orang yang akan setuju. Ada yang kata “mana ada.”
.
Betul ke tidak statement ni?
.
Inilah statement dari researcher di Yale University. Mereka buat kajian kenatas 660 orang. Soalan yang ditanya mereka mudah saja.
.
Soalannya “As you get older, you are less useful. Agree or disagree.” Atau dalam BM “bila anda semakin tua, anda tidak berguna lagi. Setuju atau Tidak Setuju.
.
Kalau soalan ni ditanya pada tuan/puan, apa agaknya jawapan anda ya? Setuju atau tidak setuju?
.
Hasil kajian dari Yale University ni menarik sangat. Mereka yang jawab Tidak Setuju, hidup 7 tahun lebih lama. Ini secara purata. Mereka yang setuju pula mati 7 tahun lebih awal.
.
Maksudnya apa? Negative attitude pada proses ageing pendekkan umur seseorang. Dahsyat kan?
.
Lebih menarik lagi ialah rumusan kajian dari researcher ni. Mereka kata positive attitude lebih penting dari:
.
1. Tekanan darah
2. Level kolesterol
3. Tidak merokok
4. Berat badan ideal
5. Senaman

dalam tentukan panjang atau pendek umur seseorang.
.
Menarik bukan?
.
Jadi apakata tukar program minda. Reset your mind. Embrace positivity. You’ll live longer.
.
#DrRizal

https://t.me/neuroversiti