Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 27 Februari 2020

Enggan Bayar Hutang Umpama Pencuri

9:00:00 PG 0
Enggan Bayar Hutang Umpama Pencuri
Enggan Bayar Hutang Umpama Pencuri


عَنْ شُعَيْبِ بْنِ عَمْرٍو حَدَّثَنَا صُهَيْبُ الْخَيْرِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيُّمَا رَجُلٍ يَدِينُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لَا يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِيَ اللَّهَ سَارِقًا

Daripada Syu'aib bin Amru berkata, telah menceritakan kepada kami Shuhaib Al Khair, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Siapa sahaja berhutang dan ia merancang untuk tidak membayar kepada pemberi hutang, maka ia akan menjumpai Allah dengan status sebagai pencuri." (HR Ibnu Majah No: 2401) Status:  Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap hutang dengan manusia perlu dilunaskan.

2.  Sesiapa yang berhutang dan enggan membayar hutang tersebut,  statusnya sama seperti pencuri apabila bertemu Allah kelak.

3.  Al-Munawi menyatakan, orang yang enggan membayar hutang akan dikumpulkan bersama golongan pencuri dan akan diberi balasan seperti mereka (Faidul Qodir 3/181)

4.  Jangan sesekali ambil mudah berhubung dengan hutang atau buat-buat lupa dengan hutang.

Berusahalah menjadi orang yang paling baik apabila berhutang dengan bersegera menjelaskannya. Jangan sekali-kali menjadi umpama pencuri!!!

Rabu, 26 Februari 2020

Jangan Jadi Pendusta

9:26:00 PTG 0
Jangan Jadi Pendusta
Jangan Jadi Pendusta


عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Daripada Hafsh bin ‘Ashim, dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda, “Cukup seseorang dikatakan dusta, jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar.” (HR. Muslim no. 5). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seseorang itu boleh menjadi pendusta apabila dia mendapat sesuatu maklumat, tanpa siasat, dia terus menyebarkan kepada orang lain malah mungkin ada tambah menambah, bagi menyedapkan cerita.

2.  Setiap kita perlu berhati-hati sebelum kita menceritakan atau menyebar sesuatu maklumat yang diterima. Ambil sikap tawaqquf (diam hingga ada dalilnya) itu lebih baik dari berlumba-lumba menjadi orang pertama yang menyampaikan.

3.  Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim ketika menjelaskan hadis ini menyatakan: Seseorang boleh dikatakan berdusta, apabila segera menceritakan khabar yang diperolehi, kerana berita yang didengar boleh jadi ditokok tambah.

4.  Media sosial hari ini sering menyebarkan maklumat yang berbeza daripada yang asal. Contohnya petikan ucapan, video atau gambar yang mungkin diedit atau gambar lama lalu disebarkan hingga menimbulkan kontrovesi.

5.  Apa yang didengar atau sesuatu yang ditulis dalam media sosial, boleh jadi benar, boleh  jadi tidak. Kalaupun benar mungkin boleh jatuh kepada mengumpat kerana sengaja membuka aib orang lain serta membuka ruang kepada maki hamun dalam komen nitezen.

6.  Tidak semua berita yang benar itu boleh disebarluaskan jika ia boleh menimbulkan salah faham, keresahan juga kekacauan kepada masyarakat dan negara. Contohnya isu kemelut politik semasa yang melanda Negara kita sehari dua ini. Kata Abdullah bin Masud RA dalam Muqaddimah Sahih Muslim: 

مَا أَنْتَ بِمُحَدِّثٍ قَوْمًا حَدِيثًا لَا تَبْلُغُهُ عُقُولُهُمْ إِلَّا كَانَ لِبَعْضِهِمْ فِتْنَةً

“Tidak boleh engkau menceritakan (suatu berita) kepada sekelompok orang, berupa berita yang tidak boleh mereka fahami malah akan menjadi sumber kerusakan (keresahan, kekacauan atau huru hara) kepada mereka.”

7.  Berhati-hatilah apabila menyebar atau share sesuatu maklumat. Jagalah keharmonian dan ketenteraman Negara yang telah lama kita bina. Latihlah diri agar tidak terus share info yang diterima. Moga kita tidak menjadi pendusta.

Ahad, 23 Februari 2020

FARAID: BERAPA HABUANKU

11:17:00 PTG 0
FARAID: BERAPA HABUANKU
FRAID: BERAPA HABUANKU

Siapa kamu
Aku isterinya
Untukmu 1/4 kerana suamimu tidak punya anak
1/8 sahaja habuanmu
Kerana suamimu punyai anak menyambung generasi
Siapa kamu
Aku suaminya
Ambillah 1/2 peninggalannya
Jika isterimu mandul
Kehadiran anak2nya
Mengurangkan habuanmu kepada 1/4 cuma
Aku anak lelakinya yang sulung
Aku anak perempuannya yang sulung
Aku anak lelakinya yang bongsu
Aku anak lelakinya yang berjawatan
Jangan berebut
Kamu semua anak-anak nya
Kalian semua layak mempusakai
Peninggalan bapa kalian
2 bahagian untuk lelaki
1 bahagian untuk perempuan
Hai orang tua berdua
Kamu siapa
Aku ayahnya dia ibunya
Hai pak cik
Jika anakmu bujang teruna
Atau zuriat tiada
Ambillah peninggalan anakmu
Lebihan daripada ambilan penerima habuan tetap
Habuanmu asobah namanya
Jika anakmu punya zuriat
Habuanmu cuma 1/6
Jangan ambil melebihinya
Hai mak cik
Habuanmu 1/3
Kerana anakmu tidak punya anak
Kematian menjemputnya sebelum sempat berumahtangga
Dia juga satu satunya anakmu
Habuanmu cuma 1/6
Kerana anakmu punya zuriat keturunan
Anak-anakmu yang lain
Adalah saudara-saudaranya
Ohh ahli-ahli waris
Jangan pertikai habuan mu
Itulah ketetapan Allah
Yang Adil lagi Bijaksana
Ambillah habuan masing-masing
Redha dan syukur
Pembahagian daripada Allah
Wahai lelaki berpakaian kemas
Siapa kamu
Aku pengurus baitulmal
Kenapa kau ambil harta si mati
Kerana tiada langsung warisnya

Sajak faraid nukilan
Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar