Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 17 Oktober 2019

PERISTIWA BURUK MENJADI RAHMAT RUPANYA.

9:49:00 PG 0
PERISTIWA BURUK MENJADI RAHMAT RUPANYA.

PERISTIWA BURUK MENJADI RAHMAT RUPANYA.

Bersembang lepas solat subuh,masing-masing bercerita kisah tak sangka.Sahabat saya yg pertama bercerita dia kemalangan dalam perjalanan nak pergi makan kenduri di Tanjong Dawai.Kereta terbabas masuk ke parit kerana mengelak lembu yg melintas.Kereta tersangkut dlm parit dan tak boleh bergerak,kena tarik.Tak jadilah ke rumah kenduri.Esoknya gah cerita keracunan makanan dirumah kenduri tersebut hingga ada yg mati,beratus orang yg kehospital termasuk diwadkan.Barulah dia sedar dan bersyukur bahawa kemalangan itu satu rahmat.

Sahabat yg terakhir bercerita satu pagi,bila nak pergi kerja di Penang,kereta tak boleh dihidupkan.Terpaksa naik motor walau hujan rintik-rintik.Digagahkan juga.Masa balik dari pejabat,cuaca baik,tetapi telah berlaku kemalangan di atas jambatan yg menyebabkan kesesakan lalulintas berkilometer.Tetapi motor boleh bergerak menyelit dibarisan kereta.Bila dia melepasi kesesakan itu,baru terasa bahawa keretanya yg rosak itu satu rahmat Allah,jika tidak, mungkin dia terlepas waktu solat kerana tersangkut dlm kesesakan kenderaan.

Kita selalu membuat tafsiran secara apa yg kita dapat lihat, kita rasai pada sesuatu petistiwa.Akibatnya kita merasa sesuatu buruk yg menimpa kita sebagai suatu yg malang,yg sedih,yg mendukacitakan.Ini kerana kita hanya memikir perancangan kita,kita terlupa perancangan Allah.Bukan semua perancangan kita akan berlaku,berjalan,kerana perancangan Allah kadang kala mengatasi perancangan kita.Maka terjadilah perkara seperti peristiwa diatas, janji Allah"Kamu merancang,Aku pun merancang,perancangan Aku lebih baik".Maka kita lihat dlm dua peristiwa itu,perancangan Allah lebih baik.Bila perancangan kita terhalang,ingatlah Allahmengatasi perancangan kita dengan perancanganNya.

Kita melihat sesuatu pada berdasar apa yg nampak shj,sepatutnya kita kena melihat sesuatu dg lebih mendalam,yg tidak nampak pada mata iaitu takdir Allah.Bila terjadi  sesuatu peristiwa yg kita rasa buruk,jgn terus mengeluh kesal,sedih,menggelupur bagai pelanduk kena jerat.Duduklah bertenang,berfikir,sebutlah pujian pd kebesaran Allah,sebutlah rasa berserah kpd Allah laa haula wala quuwatailla billah.Berharaplah apa yg terjadi itu menjadi satu rahmat yg belum kita ketahui.Jangan sesekali berburuk sangka kpd Allah pada setiap peristiwa yg kita rasa buruk  kerana kita belum tahu perancangan apa yg Allah letakkan kpd kita.

Bila Allah ingin mengubah haluan hidup kita,ditakdirkan suatu peristiwa.Ayah saya kehilangan kerbau yg membantu mencari rezeki untuk ambil upah membajak dan menyisir sawah,tetapi rupanya kehilangan kerbau itu telah menyebabkan ayah saya berubah menjadi tukang rumah,yg lebih luas rezekinya utk menampung anak yg ramai.Allah Maha Pengasih,Maka Penyayang,maka atas sifat ini tiadalah Dia menganiayai hambaNya,tetapi kita yg cepat berburuk sangka.Cuba menoleh hidup anda yg lalu,pernahkah anda terasa Alkah telah mengubah haluan hidup anda?

Pun begitu,ada ketika Allah takdirkan sesuatu untuk menegur hambanya,menguji dan menghukum kesalahan utk kita kembali membetulkan.Allah menyediakan neraka bukan kerana Dia hendak hambanya masuk neraka,buktinya Allah mengirim rasul,menurunkan quran utk memberi tunjuk ajar, memberi amaran.Tidak cukup dg itu ditakdirkan dlm hidup berbagai peristiwa utk peringatan,tetapi ada manusia terus melakukan yg ditegah,tidak melakukan apa yg disuruh,maka mereka sendiri memilih untuk ke neraka.Maka berbaik sangkalah kpd semua perkara yg terjadi kpd kita kerana kita tidak tahu perancangan Allah,yg pasti Allah sentiasa  mahu hambanya menjadi insan yg baik, diri kita yg sentiasa tersalah arah.abdghaniharon

Selasa, 15 Oktober 2019

BERSABARLAH DENGAN KAWANMU

6:22:00 PG 0
BERSABARLAH DENGAN KAWANMU

BERSABARLAH DENGAN KAWANMU

Terkadang ia ingin dihargai
Terkadang ia ingin disanjung
Terkadang ia ingin difahami
Terkadang ia ingin didahulukan
Terkadang ia ingin dituakan
Terkadang ia ingin paling didengar
Terkadang ia ingin dianggap paling kuat

Memang risiko berkawan lebih berat dibanding tidak berkawan.
Maka solusi terbaik adalah bersabar dengan kelakuan kawanmu.

DAN SEMOGA KAMU KUAT...

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Ertinya: "Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan JANGANLAH ENGKAU MEMBIARKAN KEDENGKIAN DALAM HATI KAMI TERHADAP ORANG-ORANG (SAUDARA) BERIMAN, Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". QS. Al Hasyr: 10.

الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهِمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الَّذِي لا يُخَالِطُ النَّاسَ ، وَلا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهِمْ " .

Ertinya: "Mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar atas kelakuan buruk mereka lebih besar pahala dari seorang yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar atas gangguan mereka." HR. Ibnu Majah.

اذا كنت في كل الأمور معاتباً***صديقك لم تلقَ الذي لا تعاتبه
فعش واحدا أو صل أخاك، فأنه***مقارف ذنبٍ مرة ومجانبه

Ertinya: "Jika kamu disetiap perkara mencela kawanmu nescaya kamu tidak akan menemui yang tidak kamu cela"

"Maka hiduplah sendirian atau sambunglah hubungan dengan kawanmu, kerana ia melakukan kesalahan terkadang dan menjauhinya terkadang."

✏ Ustadz Ahmad Zainuddin Al Banjary, Lc.

Kredit : Surabaya Mengaji

FB Inilah Dakwah Kami

Isnin, 14 Oktober 2019

KISAH SI KERBAU MATI GARA- GARA SEBUAH KATA FITNAH

4:41:00 PTG 0
KISAH SI KERBAU MATI GARA- GARA SEBUAH KATA FITNAH

KISAH SI KERBAU MATI GARA- GARA SEBUAH KATA FITNAH


1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang: "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari..."

2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok: "Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau"

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing: "Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!"

4. Kambing berjumpa Ayam: "Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..."

5. Ayam bercerita kepada Monyet: "Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!"

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos: "Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!

Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.

Untuk renungan SAHABAT bersama.