Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 10 September 2019

KITA SEMUA DI UJI ALLAH

9:26:00 PG 0
KITA SEMUA DI UJI ALLAH

Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain. 

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
 
Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi. 

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat. 

Ingatlah, Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian

Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian

Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian

Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian

Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.

Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Alhamdulillah.
Kita semua di UJI Allah.

Isnin, 9 September 2019

KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM MAHUKAN KESUCIAN ATAU BOIKOT PRODUK CINA?

4:26:00 PTG 0
KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM MAHUKAN KESUCIAN ATAU BOIKOT PRODUK CINA?

Kecoh baru-baru ni apabila Pakatan Harapan marah segelintir umat islam mewar-warkan agar semua penganut agama Islam membeli produk buatan Islam atau Muslim sahaja.

Kisah ni sebenarnya dah lama cuma ia meletup apabila ada campur aduk politik mempolitikkan isu ini.

Bagi aku "go ahead", jika produk muslim itu berkualiti maka aku akan membelinya. Dan jika terdapat 2 produk, satu buatan muslim dan satu lagi bukan muslim tetapi harga yang sama dan kualiti yang sama, maka aku akan beli produk muslim.

Kenapa aku buat keputusan sedemikian. Kerana ia adalah tindakan psikologi secara spontan sebagai manusia. Jika anda bukan beragama muslim pasti anda akan membeli produk bukan muslimkan. 

Bukannya aku ni rasis atau kolot agama tetapi persekitaran aku ialah rata-rata bergaul dengan melayu dan sudah tentu aku akan menyokong melayu dan termasuk produk melayu atau muslim. Jika persekitaran aku sejak kecil ialah bergaul dengan kaum india, sudah tentu aku akan membeli produk mereka.

Kerana psikologinya aku akan tersokong mereka.

Dan lagi pun kuasa beli penganut muslim di Malaysia ni amat besar. Tetapi kurang pendedahan produk halal yang diketengahkan. Kalau ada pasti kami akan membelinya kerana kami yakin akan kesucian produk tersebut.

Dan kini pendedahan produk muslim semakin meluas dan inilah peluang kami  Adakah kami rasis, tidak kerana kami hendakkan sumber darah daging kami adalah halal. Ini adalah hak kami dan jika ada barangan yang lebih suci, maka wajib kami beli dalam menangkis rasa was-was. Ini hal agama ler bukan tentang Melayu atau benci Cina.

Kenapa semua pihak takut sangat hingga memberi justifikasi mereka yang menyokong produk muslim sebagai rasis dan ekstrem agama.

Lalu iklan jawatan kosong yang memerlukan kemahiran bahasa Mandarin bukannya rasis?  Aku tak rasa ia sebagai rasis tetapi keperluan kerana pelabur itu mungkin dari China dan memudahkan interaksi. Ianya sama 18 tahun yang lalu, kat iklan mahukan pekerja yang mahir bahasa Jepun. Cuma bezanya, kalau iklan kata bahasa Jepun tak nampak rasisnya tetapi bila minta bahasa Mandarin nampal rasis kerana rakyat kita ada yang Cina.

Samalah juga jika orang Mymmar yang bekerja di sini kata belilah produk Myammar. Sorang pun tak marah tapi dalam kekecohan ini  belilah produk muslim oleh Melayu maka ia jadi isu.

Janganlah terikat dengan minda sempit kita. Apa ruginya Cina dalam hal ni aku pun tak tahu sebab mereka kuasai ekonomi. Janganlah politikkan isu ni. Rileks ler geng...

Persoalan saya ialah kita beli produk muslim ni atas dasar mahukan kesucian atau boikot produk cina...  Anda tahu pendirian saya, anda pula? 

Selasa, 3 September 2019

Rawatan atau Ruqyah perlu ikut Sunnah

10:24:00 PTG 0
Rawatan atau Ruqyah perlu ikut Sunnah
Rawatan atau Ruqyah perlu ikut Sunnah

(1) "Ustaz boleh rawat dari jauh? Nanti saya forward photo pesakit." 
(2) "Ustaz boleh tengokkan suami saya tak? Nama suami saya..."
(3) "Perangai dia dah berubah 360 darjah. Boleh ustaz tolong pulihkan tak?"
Itulah di antara banyak-banyak soalan yang pernah diajukan kepada saya. Sehinggalah adakalanya saya terpaksa menjawab kepada setiap soalan-soalan itu seperti ini:

(1) "Kalau nak buat x-ray ataupun ct-scan boleh ke guna photo je?
(2) "Saya bukan tok bomoh yang boleh tilik orang melalui nama ke, tarikh lahir ke..."
(3) "Tiada siapapun yang boleh ubah hati-hati manusia selain dari Allah."
Sunnah dalam rawatan adalah pesakit datang bertemu perawat. Jika melakukan selain itu maka akan dikira seolah menilik ataupun melakukan sesuatu kaedah yang berkemungkinan melibatkan penggunaan bantuan makhluk halus yang dilarang keras dalam Islam.

Dalam mafhum hadis:
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh beberapa isteriNya, "Barangsiapa yang datang menemui tukang tenung, dan bertanyakan sesuatu daripadanya dan mempercayainya maka tidak diterima solatnya selama 40 hari." (HR Muslim)
Abu Hurairah r.a. pula meriwayatkan dalam sebuah hadis. Katanya sabda Rasulullah s.a.w., "Barangsiapa yang datang menemui tukang tenung dan mempercayai kepada apa yang dikatakannya maka sesungguhnya dia telah kafir tentang apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w." (HR Abu Daud)
Adapun pengetahuan alam ghaib hanya diberitahu kepada para Nabi adalah datangnya dalam bentuk wahyu:
"Sesungguhnya Kami telah wahyukan kepadamu sebagaimana Kami wahyukan kepada Nabi Nuh dan para Nabi selepasnya." (Surah Al-Nisa' :163)

Diceritakan juga di dalam al-Quran perihal kahin atau tukang tilik atau tukang tenung:
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan mewahyukan kepada wali-walinya." (Surah Al-An'am : 121)

"Syaitan (daripada jenis) manusia dan (jenis) jin yang saling mewahyukan sesama mereka akan perkataan yang indah untuk menipu (manusia)." (Surah Al-An'am : 112)

Sudah menjadi tabiat manusia mencari jalan singkat dalam mencari penyelesaian kepada masalah. Namun kalian harus hati-hati kerana ianya akan melibatkan dosa yang besar dan mensyirikkan Allah s.w.t.

Kredit :- urban Muallij

#ruqyahsyariah #rawatanislam  #belajarruqyah