Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 14 Mei 2019

SEMAKAN KETEPATAN WAKTU UNTUK BERBUKA PUASA

3:52:00 PTG 0
SEMAKAN KETEPATAN WAKTU UNTUK BERBUKA PUASA

Sila buat semakan ketepatan jam anda di laman web ini untuk waktu standard Malaysia. 


Jangan sampai berbuka puasa awal dari waktu sebenar.

Anda mampu mengubahnya.


Sila klik:

http://mst.sirim.my

Isnin, 13 Mei 2019

INDAHNYA AKHLAK SYEIKH UMAR MUKHTAR, SANG MUJAHID SUFI

8:34:00 PG 0
INDAHNYA AKHLAK SYEIKH UMAR MUKHTAR, SANG MUJAHID SUFI

Ketika Uthmaniyah memerintah Libya, terdapat seorang ulama sufi yang sangat berpengaruh iaitu Syeikh Umar Mukhtar. Beliau adalah guru dan mursyid tarekat Sanusiyah di sebuah zawiyah di Barqah, Libya.


Setelah Sultan Abdul Hamid II turun takhta pada tahun 1909, Daulah Uthmaniyah mula melemah. Maka pada tahun 1911, Itali mula menyerang tentera Uthmaniyah di Libya untuk merampasnya dari pemerintahan Uthmaniyah. Syeikh Umar Mukhtar bersama anak2 muridnya bangkit membantu tentera Uthmaniyah berjihad melawan kejahatan Itali.


Namun Uthmaniyah tewas & Itali berjaya menawan Libya. Syeikh Umar Mukhtar bersama anak2 muridnya meneruskan perjuangan jihadnya menentang Itali.  Pada mulanya Itali di bawah pimpinan Jeneral Graziani memandang rendah pada keupayaan Syeikh Umar Mukhtar. Namun serangan demi serangan yang dilakukan ke atas Itali menyebabkan Itali mengalami kerugian yang besar.


Maka Itali mula melakukan pelbagai kekejaman ke atas masyarakat awam di Libya bagi menangkap Syeikh Umar Mukhtar. Mereka juga memasang perangkap2 namun semua usaha menemui kegagalan. Sebaliknya, mereka yang masuk ke dalam perangkap2 Syeikh Umar Mukhtar. Hal ini menjadi mimpi ngeri di setiap malam mereka di Libya.


Syeikh Umar Mukhtar berjaya menawan ramai tentera Itali & mereka dilayan dengan baik sepanjang berada di bawah tawanannya. Suatu ketika anak muridnya bertanya kepada Syeikh Umar Mukhtar kenapa beliau enggan membunuh semua tawanan2 Itali sedangkan Itali membunuh orang2 Libya. Maka Syeikh Umar Mukhtar menjawab, "Mereka (Itali) bukan guru kita untuk kita ikuti".


Suatu ketika Leftenan Sandrini berjaya ditawan. Beliau menyangka bahawa Syeikh Umar Mukhtar akan membunuhnya. Maka beliau sangat gementar ketika Syeikh mendatanginya. Syeikh Umar Mukhtar memberikannya baju & berkata padanya, "Pulanglah engkau. Beritahu pada ketuamu Graziani bahawa orang2 Libya tidak mengalu2kan kedatangannya". 


Setelah 20 tahun, barulah Syeikh Umar Mukhtar berjaya ditawan dalam satu peperangan. Kini seorang lelaki yang berumur lebih 70 tahun menjadi ancaman utama buat Itali. Nama Syeikh Umar Mukhtar menjadi sangat masyhur di Negara Itali.

Rabu, 8 Mei 2019

APLIKASI TILAWAH MALAYSIA

8:33:00 PG 0
APLIKASI TILAWAH MALAYSIA

Tolong viralkan! 

Sempena Ramadhan ini, saya ingin perkenalkan kepada anda semua satu Apps Al-Quran yang SANGAT BAGUS dan PERCUMA.

.

Pergi ke Play Store ataupun App Store,download Apps yang diberi nama *Tilawah Malaysia*

.

Bagi saya,ini dia Apps Al-Quran yang paling lengkap pernah ada dan yang menariknya,dibangunkan oleh Rakyat Malaysia. 

.

Kenapa saya kata lengkap? Saya bagi 9 hujah dan 1 Bonus;

.

Yang pertama, Apps ini LANSUNG tiada iklan yang mengganggu bacaan. 

.

Yang kedua, tulisan Al-Quran di dalamnya boleh dibesarkan(zoom in) bagi mereka yang ada masalah penglihatan seperti Ibu dan Ayah yang sudah tua. Cepat,tolong Install ke dalam Smartphone atau iPad Ibu Ayah anda!

.

Yang ketiga, Apps ini datang dengan tanda Tajwid dan cara bacaan yang jelas. Jika anda masih tidak jelas,itu hujah yang ke empat bosku!

.

Hujah yang ke empat, tekan sekali di atas mana-mana perkataan yang anda tidak tahu bacaannya, Apps akan perdengarkan bacaannya kepada anda.

.

Yang kelima, jika anda tidak pandai baca mana-mana ayat,tekan saja butang Play yang ada di belah kiri atas, anda akan diperdengarkan bacaan penuh dengan sempurna.


Yang keenam, anda boleh tanda ayat terakhir atau ayat penting yang anda baca, dan terus buka pada ayat tersebut mengikut menu di bahagian setting.

.

Oh ya,yang ketujuh,anda juga boleh pilih mana-mana Surah dan ayat yang nak dibaca dengan pilihan Menu yang sangat mudah dan simple.


Yang kelapan, jika bacaan secara satu ayat ke satu ayat menyukarkan anda untuk baca Al-Quran,jangan risau bosku, anda boleh paparkan secara muka Surat mengikut Mushaf Uthmani seperti kebanyakan Al-Quran di Malaysia. 


Yang kesembilan,terjemahan secara penuh dan juga secara perkataan bagi memudahkan anda bertadabbur. Jangan baca tulisan Arab saja ya,baca juga terjemahan.

.

Bonus,jika anda baca penulisan saya sampai habis, saya ucapkan tahniah! Dan kalau anda kongsikan di Wall FB,Instagram,Whatsapp anda ,kemudian ada kawan anda baca,terus Install dan bertilawah,Insya Allah anda juga akan dapat pahala daripada bacaannya.

.

Oleh sebab itu, walaupun kita 'malas' baca Al-Quran, viralkan Post ini supaya Pahala kita berganda-ganda seperti ganjaran dalam sistem MLM. Makin ramai orang tahu dan buat disebabkan satu klik share yang kita buat, makin banyak pahala digandakan.

Ayuh, klik share sekarang.


Dan ayuh! 

.

Baca Al-Quran sempena Ramadhan ini. Semoga Allah redha dengan kita semua.


Terima kasih Allah sebab izinkan kita hidup di zaman yang sangat senang dengan teknologi dan terima kasih kepada pengusaha Apps ini yang bangunkan Apps secara PERCUMA. Semoga Syurga Firdaus buat kita semua.