Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 16 Februari 2019

INFAK DAN WAKAF BAGI TAHFIZ AL-QURAN RABIYATUL ADAWIYAH, BUKIT KATIL MELAKA

8:13:00 PTG 0
INFAK DAN WAKAF BAGI TAHFIZ AL-QURAN RABIYATUL ADAWIYAH, BUKIT KATIL MELAKA


Salam semua, artikel ini bukanlah atas permintaan pihak Akademi Rabiatul Adawiyah tetapi atas kapasiti seorang islam dan anak rakan saya pun ada belajar disini maka saya menggunakan platform ini untuk meringankan beban Akademi Rabiatul Adawiyah yang baru berpindah ke lokasi baru.

Saya mempunyai platform blogger yang membolehkan saya membantu. Apa salahnya saya menerbitkan artikel ini.

Sudah tentu pihak Akademi Rabiatul Adawiyah memerlukan bantuan kewangan yang besar untuk penambaikan dan perbelanjaan harian sekolah ini.


[PELUANG INFAK DAN WAKAF BAGI PEMBINAAN DEWAN TERBUKA KELAS HAFAZAN, DEWAN SOLAT MADRASAH & DEWAN MASAK TAHFIZ AL-QURAN RABIYATUL ADAWIYAH, BUKIT KATIL MELAKA]
.
.
Demi masa depan pengajian anak2 MTAQRA ini, kamu terpaksa akur dan berpindah ke lokasi yg telah dipinjamkan sementara oleh pihak berwajib. Segala keperluan secara tergesa-gesa cuba kami adakan demi meneruskan aktiviti kelas harian anak2 syurga ini.
.
Pihak MTAQRA terpaksa mendirikan canopy hasil pinjaman dari insan mulia utk dijadikan sebagai kelas kerana belum mampu mendirikan dewan pembelajaran harian yg baru setelah terpaksa berpindah..Dengan cuaca panas dan hujan silih berganti, apalah nasib keselamatan dan keselesaan anak2 bakal huffaz ini(ada dalam gambar di bawah).
.
Kami memerlukan 5,000 orang sahabat yang sudi untuk mewakafkan RM50 seorang bagi menyiapkan pembinaan 3 dewan bajet seperti dinyatakan sgn segera, demi keselesaan anak2 madrasah.
.
Setakat ini byk wang telah dibelanjakan semasa urusan perpindahan pada awal bulan. Byk persiapan keperluan terpaksa didulukan memandangkan kami terpaksa berpindah di lokasi dan bangunan tinggal yg telah 5-6 tahun ditinggalkan tanpa sengaraan.
.
Alhamdulillah..ramai yg berinfak dan menyumbang utk meringankan kos perpindahan dan persiapan, namun blm mampu utk menampung keperluan yg lbh besar seperti dewan2 tersebut.
.
Bagi sahabat-sahabat yang ingin infak atau wakaf, boleh terus bank in ke akaun Bank Islam MTAQRA ;
.
10..81..123456(cth)
Madrasah Tahfiz Al-Quran Rabiyatul Adawiyah
MTAQRA-admin@yahoo.com(cth)
.
Untuk sebarang pertanyaan boleh klik link di bawah ;
.
Klik -> www.wasap.my/60+2345678910/wakafKILATdewan
.
Terima kasih
.
Rohizal Bin Kassim
Mudir MTAQRA
+60 13-12345678(cth)
.
.
MOHON PAKAT SHARE DAN VIRALKAN SERATA ALAM...

Sama2 kita menambahkan saham2 akhirat sesuai tuntutan agama bagi yg mampu walau hanya senilai sebutir kurma.... Suci jiwa..suci harta..bersinar hidupmu di SANA nanti.. In shaa Allah..

Beberapa Kumpulan Ayat Al Qur’an tentang Sedekah yang difirmankan oleh Allah SWT, diantaranya:

1. Surat Al-Baqarah: 177

لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

“Menghadapkan wajahmu ke arah timur atau barat itu bukanlah suatu kesempurnaan, tapi sesungguhnya yang sempurna adalah orang yang beriman kepada Allah dan kepada Nabi-Nya, serta memberikanharta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak yatim, orang miskin, ibnu sabil, orang yang meminta-minta dan membebaskan hamba sahaya, dan mendirikan shalat serta menunaikan zakat.”

2. Surat Al-Baqarah: 195

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ


“Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah karena sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”

3. Surat Al-Baqarah: 254

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لا بَيْعٌ فِيهِ وَلا خُلَّةٌ وَلا شَفَاعَةٌ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Wahai orang yang beriman, berinfaklah kamu atas sebagian rizki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang tidak ada jual beli lagi dan tidak ada lagi persahabatan serta syafa’at kecuali atas izin Allah.”

4. Surat Al-Baaqarah: 274

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Orang-orang yang menginfakkan hartanya di waktu malam dan siang secara sembunyi dan terang-terangan maka mereka mendapat pahala dari Tuhannya. Maka tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak ada berduka cita bagi mereka.”

5. Surat Al Hajj: 34-35

وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِمَّا جَاءَكُمْ بِهِ حَتَّى إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ مِنْ بَعْدِهِ رَسُولا كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُرْتَابٌ

الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ



“...Gembirakanlah orang-orang yang taat, yaitu orang yang apabila disebut nama Allah maka bergetar hatinya dan orang yang bersabar atas apa yang menimpanya serta orang yang mendirikan shalat dan orang yang menginfakkan sebagian rizkinya yang Kami berikan kepadanya.”

6. Surat Ali Imran: 92

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu tidak akan sampai pada kesempurnaan sampai kamu menginfakkan harta yang kamu cintai...”

7. Surat Ibrahim: 31

قُلْ لِعِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُوا يُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلانِيَةً مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لا بَيْعٌ فِيهِ وَلا خِلالٌ

“Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang beriman; ‘Hendaklah mereka mendirikan shalat, menginfakkan sebagian rizki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan sebelum datang suatu hari yang tidak ada jual beli dan persahabatan.”

8. Surat Saba: 39

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Katakanlah; ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rizki pada siapa yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya, dan Allah menyempitkan rizki pada orang yang dikehendaki-Nya. Dan apapun yang kamu infakkan atas rizki yang diberikan Allah, maka Allah menggantinya kembali dan Allah-lah sebaik-baik pemberi rezeki.”

9. Surat Al-Mu’minum: 60-61

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ (٦٠) أُولَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ (٦١

“Dan orang-orang yang memberikan sebagian hartanya sementara hati mereka takut maka sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhannya. Orang inilah yang bersegera kepada kebaikan dan merekalah yang mendapatkannya lebih dulu.”

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

Semoga bermanfaat dan membawa harta kecil kita kejalan infaq dan sodakoh yg diredhai..

DIULANG ARTIKEL INI BUKANLAH PERMINTAAN TAHFIZ AL-QURAN RABIYATUL ADAWIYAH, BUKIT KATIL MELAKA. TETAPI ATAS DIRI SAYA SEBAGAI MUSLIM.

Jumaat, 15 Februari 2019

PENERANGAN DR. SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG EARTH IS FLAT

5:24:00 PTG 0
PENERANGAN DR. SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG EARTH IS FLAT

 Biarlah dikecam netizen, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad masih ingin teguh dengan kenyataan beliau mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama.

Suhaimi mencetuskan kontroversi lagi apabila mencabar pula angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzapkhar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa bumi itu bulat sfera. Pada masa yang sama, beliau berjanji akan menghentikan kajiannya dan menolong berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang mempercayai bentuk bumi ini rat

PENERANGAN DR. SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG EARTH IS FLAT
Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas ...
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar  ...
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari 
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam 
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika 
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri 
Degupan jantung berhenti seketika 
Meremang Bulu Roma 
Mata tidak terkebil 
Melihat Kebesaran Maha Pencipta 
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas  ...
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana 
MasyaAllah ...SubhanAllah ...
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator . 
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers 
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart 
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn ...
Love As Always ...
PS - Just wanted to straighten the facts !








10 AMALAN AHLI SYURGA

5:22:00 PTG 0
10 AMALAN AHLI SYURGA
10 AMALAN AHLI SYURGA
Assalamualaikum..

Saya tak mampu , tetapi sangat berazam utk buat 
Pertama :

Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Kedua :

Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

Ketiga :

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka

Keempat :

Jaga solat duha, kerana kunci rezeki terletak pada solat duha.Yakinlah, manfaat solat duha sangat dasyat dalam mengundang rezeki...

Kelima :

Jaga sedekah setiap hari.Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk doakan orng yng bersedekah subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yng sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah..

Keenam 

Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang ss
sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.

Ketujuh :

Amalkan istighfar setiap saat. Kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini Allah akan ampun Hati yng penuh dng dosa akan menyebabkan nor hidayah Allah tidak akan menembusi hati yng disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dng istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk kelubuk hati kalian jadi apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kalian ke jalan syurga.

Kedelapan

Berjalan ke majlis majlis ilmu dan zikir kerana disana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yng berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan kemajlis ilmu dan zikir maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.

Kesembilan

Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamu nya di sepanjang hidupnya

Kesepuluh

Sebarkan salam kepada orng yng kita kenal atau pun kepada orng yang tidak kita kenal. Kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak rahsia yang tersimpan

Tidak dapat buat semua, jangan pula tinggal semua.

Sebarkanlah ilmu ini dengan HP

Karena HP yang kita miliki sangat ringan dibawa namun di akhirat akan menjadi berat timbangannya.

Jangan sombong dan jangan kedekut