Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 20 Oktober 2018

JANGAN SUKA MEMBANDING

1:29:00 PTG 0
JANGAN SUKA MEMBANDING
JANGAN SUKA MEMBANDING



عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اُنْظُرُوْا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلاَ تَنْظُرُوْا إِلَى مَنْ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; lihatlah kepada orang-orang yang lebih rendah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat kepada orang-orang yang berada di atas kamu, kerana yang demikian itu lebih patut bagi kamu, supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah anugerahkan kepada kamu.” (HR Sahih Bukhari No: 6490) Status: Hadis Sahih 

Pengajaran

1.  Jangan kita melihat orang kaya kerana kita akan kecewa dan cemburu tapi lihatlah orang yang susah dari kita maka kita akan bersyukur.

2.  Jangan kita melihat orang yang lebih berpangkat dari kita, nescaya kita akan menjadi tertekan dan kecewa tapi lihatlah orang yang dibawah kita maka kita akan bersyukur.

3.  Jangan kita melihat orang yang terkenal kerana orang terkenal orang akan melayan mereka lebih dari kita orang yang tidak dikenali tapi lihatlah orang seperti kita dan dibawah kita kerana kita bebas untuk melakukan apa sahaja (perkara yang baik-baik) tanpa diganggu oleh orang kerana kita tidak dikenali maka kita akan bersyukur.

4.  Berpadalah untuk kita membuat perbandingan kerana jika tersilap membuat perbandingan maka hati kita akan rosak akibat sakit hati, cemburu, iri hati, kecewa dan seterusnya kita akan menjadi tertekan. Kita akan mula rasa nak marah-marah dan tidak boleh fokus. Jika ia berlaku kembali lah kepada Allah. Firman Allah:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. (Al-Baqarah:152)

5.  Al Munawi mengatakan, “Jika seseorang melihat orang di atasnya (dalam masalah harta dan dunia), dia akan menganggap kecil nikmat Allah yang ada pada dirinya dan dia selalu ingin mendapatkan yang lebih. Cara mengobati penyakit semacam ini, hendaklah seseorang melihat orang yang berada di bawahnya (dalam masalah harta dan dunia). Dengan melakukan begitu, seseorang akan redha dan bersyukur, juga rasa tamaknya (terhadap harta dan dunia) akan berkurang. Jika seseorang sering memandang orang yang berada di atasnya, dia akan mengingkari dan tidak puas terhadap nikmat Allah yang diberikan padanya. Namun, jika dia mengalihkan pandangannya kepada orang di bawahnya, hal ini akan membuatnya redha dan bersyukur atas nikmat Allah padanya.”

6.  Dalam masalah agama dan akhirat, hendaklah seseorang melihat orang yang lebih dari dirinya seumpama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan orang-orang Soleh.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

ADAB-ADAB SEBELUM BERZIKIR

1:26:00 PTG 0
ADAB-ADAB SEBELUM BERZIKIR


Dalam Al-Qur`an Al-Karim, Allah SWT berfirman,


وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ.


“Dan berdzikirlah kepada Rabb-mu pada dirimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak menjaharkan suara, pada pagi dan petang, serta janganlah kamu termasuk sebagai orang-orang yang lalai.”

[Al-A’râf: 205]


Daripada Sheikh Daud al-Fathani dikenal pula ulama besar yang berasal dari Patani menyebutkan dalam kitabnya Dyiaa’ul Murid , adab sebelum berzikir antaranya adalah:


1. Taubat nasuha, iaitu taubat daripada sesuatu yang tidak memberi faedah kepada agama yang tersalah dari perkataan, perbuatan dan kehendak yang tidak muafakat dengan syarak.


2. Suci badan daripada hadas-hadas besar dan hadas kecil dan kekotoran pada tubuh dan pakaian. Hendaklah mandi dan mengambil air sembahyang serta membersihkan pakaiannya.


3. Mengharumkan pakaian dengan bau-bauan (wangian) dan menyucikan mulut dengan bersugi (siwak).


4. Dengan niat menegakkan perintah Allah bukan kerana lainnya kerana mengambil faedah dunia dan keinginan hawa nafsu.


5. Membesarkan Allah. Ketika menyebut Allah terasa benar akan kebesaran dan kehebatan-Nya.


Dalam Kitab Al-Adzkar, Imam Nawawi Rahimahullah menyarankan agar orang yang seyogyanya memperhatikan adab-adab dalam melakukan dzikir. Terutama ketika seseorang sedang berada dalam rumahnya, atau di suatu tempat yang layak. Diantara adab-adab tersebut adalah: 


-hendaknya menghadap kiblat, 

-posisi duduk yang menggambarkan kekhusyu'an dan ketakutan kepada Allah, 

-menundukkan kepala, kemudian tempat yang digunakan untuk berdzikir hendaknya bersih dan sunyi, lebih afdhal juga jika seseorang dalam keadaan suci. 

-Adapun jika berada pada suasana diluar masjid dan rumah, maka paling tidak keikhlasan, dan ketundukkan diri pada Allah SWT.


Rasulullah SAW juga pernah menggambarkan perumpamaan orang yang berdzikir kepada Allah seperti orang yang hidup, sementara orang yang tidak berdzikir kepada Allah sebagai orang yang mati:  

عَنْ أَبِي مُوْسَى رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الذِّي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالذِّي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ

"Perumpamaan orang yang berdzikir kepada Allah dan orang yang tidak berdzikir, adalah seumpama orang yang hidup dan mati." (HR. Bukhari)


Bahkan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW juga mengumpamakannya dengan rumah. Rumah orang yang berdzikir kepada Allah adalah rumah manusia hidup, dan rumah orang yang tidak berdzikir adalah seperti rumah orang mati, atau kuburan. Berusahalah untuk terus ISTIQOMAH dalam berzikir.


Sesungguhnya dengan berzikirlah hati dapat menjadi tenang dan tenteram. Firman Allah SWT dalam Al Quran


الذِّيْنَ آمَنُوْا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ

"(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan Zikir kepada Allah. Ingatlah bahwa hanya dengan Zikrullah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd 13:28)


P/S: Semoga dengan ISTIQOMAH dalam beramal zikrullah, melazimi selawat, selalu beristighfar, Allah SWT menerima taubat kita, mengampuni dosa kita, meninggikan darjat kita dan memberi rezeki yang tidak putus-putus setiap hari. Amiin.


FB Bengkel Keajaiban Rezeki Ilahi

Selasa, 16 Oktober 2018

Kisah Sultan Abdul Hameed ke-2, dari Khilafah Uthmaniyyah,

7:41:00 PG 0
Kisah Sultan Abdul Hameed ke-2, dari Khilafah Uthmaniyyah,
Kisah Sultan Abdul Hameed ke-2, dari Khilafah Uthmaniyyah,
Kisah Benar
Sultan Abdul Hameed ke-2, dari Pemimpin Khilafah Uthmaniyyah, istiqomah wirid sebelum tidur dgn berselawat ke atas Nabi SAW. Sehingga Rasulullah kenal akan diri beliau.. 


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍﷺ

Satu hari, datang seorang pemuda bertemu dgn Sultan Abdul Hameed. Pemuda itu berkata,  "Wahai Tuanku, engkau telah berhutang kepadaku". Terkejut Sultan mendengarnya kemudian berkata, "Mana mungkin aku berhutang denganmu?" Pembantu Sultan seraya menempelak, "Apa yang engkau katakan kepada Sultan? Janganlah membuang masa Sultan dan cepatlah selesaikan apakah tujuanmu ke sini?" 

Kemudian pemuda menjawap, "Duhai Tuanku, dengarkan dulu penjelasanku.. Aku adalah seorang ahli perniagaan. Dahulu perniagaanku amat bagus, sehingga tiba di satu ketika, aku mengalami kerugian yg besar. Sedangkan aku mempunyai hutang yang banyak. Lalu aku memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala agar aku mendapat duit untuk menyelesaikan hutang-hutangku. Tiba disatu malam aku bermimpi Rasulullah. Tersentak Sang Sultan sambil berkata, "Sallallahu alaihi wasalam". Sambung Pemuda, Rasulullah bersabda: "Katakanlah kepada Hameed kami, "Sesungguhnya dia mengingatiku dengan selawat dan salam disetiap malam, dan dia telah terlupa mengingatiku di malam tadi. Maka pergilah engkau kepada Hameed kami, dan mintalah hajatmu kepadanya."

Sultan amat terkejut lalu bingkas bangun dari singgahsananya kerana berasa amat dahsyat sekali mendengar cerita pemuda tersebut, lalu berkata, "Apakah yang dikatakan Rasulullah?"  Pemuda itu menjawap, "Hameedna.." (Hameedku). Dengan perasaan yang sangat hiba dan terkejut lantas Sultan terus menghulurkan seuncang emas kepada Pemuda. Berkata Sang Sultan lagi, "Bolehkah engkau ulang apakah yg dikatakan Rasulullah???" "Hameedna.." jawap Sang Pemuda. Bergetar jantung Sultan Hameed lantas menghulurkan lagi seuncang emas. Wajahnya menunjukkan betapa terkelu tidak mampu bicara mendengar ucapan dari Sang Pemuda tersebut. Sultan berkata lagi, "Tolonglah ucapkan sekali lagi kepadaku, apakah yg telah Baginda berkata..?" Pemuda menjawap, ketika aku melihat Rasulullah dalam mimpiku, Baginda berkata, "Hameedna" (Hameedku). Sultan terus menghulur seuncang lagi emas. Berkata Sultan lagi dengan wajah penuh terharu, "Katalah lagi sekali kepadaku, apakah yg dikatakan Rasulullah?" Pemuda menjawap, "Hameedna" (Hameedku). 

Pembantu Sultan mencelah kepada Sang Pemuda, "Adakah masih tidak cukup apa yg telah engkau dapat dari Sultan?" Pemuda menjawap, "Ya, semuanya sudah cukup dan aku akan bayar hutang-hutangku sekarang". Sultan lantas menjawap, "Maaassalamah".

Setelah pemuda keluar, pembantu Sultan yang dari tadi agak pelik dengan kejadian berkata kepada Sultan, "Wahai Tuanku, dia telah hampir habiskan semua harta yang bersamamu". Sultan menjawap, "Apakah yg kamu katakan ini? Wallahi (demi Allah) Andai dia minta semua hartaku dan kesultananku, aku sanggup berikan kepadanya". Sang Pembantu Sultan tetunduk malu dan sedar akan kesalahan bicaranya kepada Sang Sultan.  

Sambung Sang Sultan. "Sebenarnya, malam tadi aku terlalu penat sehingga tertidur di atas meja, dan aku tidak membaca selawat ke atas Rasulullah. Aku telah bersalah wahai Basya. Semoga Allah mengampunkanku." Kemudian menangislah Sang Sultan dan pembantunya mengenang dengan kejadian yang hebat itu.

Diterjemah kpd saya oleh Abu A'isyah @ Syeikh  Mahmoud Al Wosabi
________________

Sungguh, di dalam Selawat terkandung "khazanah" yg tak mampu dibeli dgn emas permata 
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍﷺ

InsyaAllah istiqomah paling kurang 300x selawat ke atas Rasulullah setiap hari. Kemudian kita biasakan dengan 1000x selawat setiap hari. Berkata Ulama dari Yaman, Sesungguhnya 1000 kali selawat itu tidaklah banyak. Hanya syaitan sahaja yang sengaja  menjadikan kita rasa 1000x selawat itu terlalu banyak. Lihat sahaja orang-orang solehin yang mampu berselawat lebih 15000 kali sehari.  Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Taala menjadikan lidah kita ringan untuk berselawat dan meninggalkan berkata yang sia-sia. InsyaAllah.

Copy FB