Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 14 Ogos 2018

MENJADI KELUARGA SUNNAH

6:21:00 PTG 0
MENJADI KELUARGA SUNNAH
MENJADI KELUARGA SUNNAH
Assalamualaikum..hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi    (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat....
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

.(C&P....for sharing)

2 AMALAN UNTUK KELUAR DARIPADA KESEMPITAN HIDUP.

6:19:00 PTG 0
2 AMALAN UNTUK KELUAR DARIPADA KESEMPITAN HIDUP.

2 AMALAN UNTUK KELUAR DARIPADA KESEMPITAN HIDUP.

Di kisahkan pada suatu ketika, datang seseorang kepada Rasulullah ﷺ lalu menceritakan tentang kehidupannya yang dalam kesempitan.

Kemudian Rasulullah ﷺ ajari dia 2 amalan yang sekiranya di amalkan dengan yakin dan bersungguh-sungguh, Insya Allah akan mengubah kehidupannya…

Amalan Pertama :  Beri Salam
Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”

Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.

السلام عليك ايها النبي ورحمة الله وبركاته
Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”

Amalan Kedua : Baca Surah Al-Ikhlas
Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah ﷺ bacalah surah Al-Ikhlas.

Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas
1 kali – Dirinya akan diberkati.

2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.

3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.
“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”

Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah ﷺ ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.

Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.

Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya.

Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah  ﷺ ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja. Bukan begitu.

Copy FB Bengkel Keajaiban Rezeki Ilahi

MELAYU KEMBALILAH KE JATIDIRI ISLAM

8:22:00 PG 0
MELAYU KEMBALILAH KE JATIDIRI ISLAM
MELAYU KEMBALILAH KE JATIDIRI ISLAM

YANG TERSURAT ADALAH ‘WAJAH’ MELAYUNYA,
YANG TERSIRAT ADALAH AJARAN ISLAMNYA

Orang Melayu kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
Islam mengajar untuk memegang amanah rahsia.

Orang Melayu kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Islam mengajar untuk mengurus sesuatu perkara sesempurna mungkin.

Orang Melayu kata bapa borek anak rintik.
Islam mengajarkan bahawa anak umpama kain puteh, ibu bapanyalah yang mencorakkannya.

Orang Melayu kata melentur buluh biar dari rebung.
Islam mengajar kita untuk mendidik anak sedari umurnya kecil lagi

Orang Melayu kata jangan bercermin di air keruh.
Islam kata mengambil ilmu biarlah dari guru yang benar.

Orang Melayu kata bumi mana tidak ditimpa hujan.
Islam mengajar kita bahawa dunia ini ada masa Allah akan menguji hamba-hambaNya.

Orang Melayu kata habis akal baru bertawakal.
Islam mengajar kita untuk berikhtiar dahulu, kemudian baru bertawakal.

Orang Melayu kata meludah ke langit terkena muka sendiri.
Islam kata jgb buka 'aib orang.Hari ini kamu buka 'aib org, esok lusa Allah buka 'aib kamu

Orang Melayu kata cubit peha kiri peha kanan terasa.
Islam kata ummah itu spt sebadan, sakit satu anggota, sakit semua.

Orang Melayu kata ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk.
Islam kata semakin berilmu, semakin bertawadhu'.

Orang Melayu kata 'bagai menarik rambut di tepung, rambut dapat, tepung tidak berselerak".
Islam sangat menekankan perkara adab, akhlak dan hikmah.

Org Melayu kata biar lambat asal selamat.
Islam kata bersabar, di hujung kesabaran adalah kejayaan.

Orang Melayu kata sebab pulut santan binasa, sbb mulut badan merasa.
Islam kata berapa ramai orang yang binasa disebabkan lisannya.

Orang Melayu kata bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Islam mengajar kelebihan mesyuarah dan muafakat.

Org Melayu kata yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing.
Islam sangat memberatkan semangat ukhwah dan tolong menolong dlm jemaah.

"Kembali Melayu pada jatidiri kemelayuannya, sebagai bangsa yang berjatidiri Islam"

Wallahu'alam..

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)