Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 13 Jun 2018

Amalan Di Hari Raya

8:54:00 PG 0
Amalan Di Hari Raya
Amalan Di Hari Raya

عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Dari Hafshah dari Ummu 'Athiyyah berkata, "Pada hari Raya Eid kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut." (HR Bukhari No: 918). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Hari Raya Eid Fitri perlu disambut dengan kegembiraan bersama seluruh isi keluarga

2.  Antara amalan yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada para sahabat pada pagi hari raya ialah bersama anak isteri  (walaupun dalam haid) untuk sama-sama berada di tempat perhimpunan seluruh kaum muslimin.

3.  Setiap lelaki dan wanita Islam diperintahkan bertakbir dan turut sama berdoa (walaupun dalam keadaan haid)ketika menyambut kedatangan Hari Raya Eid Fitri.

Antara amalan lain Rasulullah di pagi hari raya

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا

Daripada Ibnu 'Abbas, bahawa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Eidul Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya." (HR Bukhari No: 911) Status: Hadis Sahih

4.  Saling bersedekah sebagai tanda keperihatinan terhadap orang yang kurang berada terutama ketika kita bergembira dengan pelbagai juadah raya. Teruskan sumbangan kita walaupun sebaik-sebaik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. Dengan sedekah yang diberi akan menggembirakan orang lain. Termasuklah pemberian duit raya kepada orang yang lemah serta kanak-kanak.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

#Semarak Ibadah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

13hb Jun 2018
28hb Ramadan 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Selasa, 12 Jun 2018

Kita Ibarat Pinggan

4:31:00 PTG 0
Kita Ibarat Pinggan
Kita Ibarat Pinggan
Kita Ibarat Pinggan... Untuk Renungan Bersama

Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita...

Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..

Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah yang tidak bernilai lagi..

Semoga bermanfaat...

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

Lihat Dirimu Sebelum Melihat Orang Lain

9:15:00 PG 0
Lihat Dirimu Sebelum Melihat Orang Lain
Lihat Dirimu Sebelum Melihat Orang Lain


Jika ingin melihat ketaatan anak kepada diri mu...lihat ketaatan diri mu kepada suami mu.

Jika ingin melihat ketaatan isteri mu kepada Mu...lihat ketaatan diri mu kepada Allah.

Jika ingin mendapat kemudahan dalam  mendidik anakmu, taatilah kedua ibu-bapa mu.

Wahai suami, baiki hubungan mu dengan Allah, nescaya taatlah isteri mu kepada Mu

Wahai isteri, baiki hubungan mu dengan suami, nescaya taatlah anakmu kepada Mu.

Wahai anak, taatilah kedua ibu-bapa mu, maka akan taatlah anak mu kepada Mu kelak dan hidup mu akan diberkati.

Masing-masing mesti melihat pada peranan dan kelemahan diri dan memperbaikinya,  insya-Allah kebaikan akan menjelma dalam rumah tangga dan keluarga.

Copy paste FB Ustaz Pahrol