Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 13 Ogos 2017

3 Perkara Wajib Cakap Setiap Hari Pada Anak

9:02:00 PTG 0
3 Perkara Wajib Cakap Setiap Hari Pada Anak
3 Perkara Wajib Cakap Setiap Hari Pada Anak
Anak di usia kecil ini, ada 3 benda kita kena cakap hari-hari.

1. Peraturan
2. Tanggungjawab
3. Adab

A. Peraturan
Contohnya, lepas mandi sidai tuala.
Baju kotor masuk bakul.
Lepas makan, pinggan bawa ke sinki.
Lepas keluar tandas, lap kaki bagi kering.
Bangun pagi berus gigi.
Balik sekolah, sidai baju di penyidai.
Hari-hari kena ulang. Akhirnya akan menjadi tabiat yang baik.
Di antaranya, suami saya selalu susun pinggan dan lap meja lepas makan. Sampai ke kedai pun dia buat. Anak-anak perhati dan buat. Selain lebih kemas, memudahkan pekerja kedai.
Peraturan sebagai memudahkan kerja seharian dan mencantikkan aliran dalam hidup.

B. Tanggungjawab
Contohnya solat. Tanggungjawab sebagai Muslim.
Tanggungjawab sebagai anak, pastikan ibu bapa cukup lengkap keperluan.
Tanggungjawab sebagai suami, perlu isi roh Islam dan tunaikan nafkah isteri dan anak-anak.
Tanggungjawab jika tak dilaksanakan, boleh jatuh kepada dosa.

C. Adab
Contohnya sebelum makan baca doa. Selepas makan baca doa. Cakap dengan orang lebih tua dengan lembut. Lalu di belakang, sambil membongkok badan, bukan lalu di hadapan. Semasa orang tua sembang, tidak boleh menyampuk.
Makan dengan tangan kanan.
Masa makan, tak boleh banyak cakap.
Adab ni banyak. Tapi jika anak-anak tak buat, tidaklah sampai berdosa.

Tiga benda ini harus diulang setiap hari. Biar jadi roh dan isi.
🌹Bhgian dakwah jakim🌹

Kewajipan Ibadah Haji

5:26:00 PTG 0
Kewajipan Ibadah Haji
Kewajipan Ibadah Haji
Kewajipan Ibadah Haji

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Dari Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Islam dibangunkan di atas lima (tiang); bersaksi tidak ada ilah selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan berpuasa di bulan Ramadan". (HR Bukhari No: 7) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam dibangunkan atas lima perkara iaitu rukun Islam yang terdiri daripada kalimah syahadah, Solat 5 waktu, zakat, puasa dan ibadat haji.

2. Syahadah adalah satu pengakuan yang dilahirkan oleh perkataan yang terbit dari keyakinan hati yang terhasil dari ilmu pengetahuan tentang pengakuan keimanan kepada Allah dan RasulNya.

3. Solat ialah melaksanakan ibadat sembahyang dengan sebaik-baiknya mengikut rukun dan peraturan dengan khusyuk berserta ikhlas dan kehadiran hati ketika melaksanakannya.

4. Zakat adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang diwajibkan kepada orang yang berhak menerimanya.

5. Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari.

6. Ibadat Haji adalah menunaikan segala pekerjaan ibadat di Mekah menurut peraturan yang ditetapkan kepada setiap mukalaf yang berkemampuan dan berkuasa.

7. Kewajipan menunaikan ibadah haji adalah kepada mereka yang berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain termasuk mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang ditinggalkan.

8. Bagi pandangan Imam Ahmad Ibn Hanbal, jika seseorang memiliki lebihan harta seperti harta tak alih (i.e. rumah lebih dari satu, kenderaan lebih dari satu) atau sesuatu yang lebih daripada keperluan, maka wajib ia menjual sebahagian daripadanya untuk keperluan menunaikan haji.

9. Barangsiapa menunda-nunda sampai lebih lima tahun, padahal sudah memiliki kemampuan, maka dia benar-benar jauh dari kebaikan.

Nabi SAW bersabda :

يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِنَّ عَبْدًا أَصْحَحْتُ جِسْمَهُ وَأَوْسَعْتُ عَلَيْهِ فِى الْمَعِيشَةِ تَأْتِى عَلَيْهِ خَمْسَةُ أَعْوَامٍ لَمْ يَفِدْ إِلَىَّ لَمَحْرُومٌ

Allâh Azza wa Jalla berfirman, “Sesungguhnya seorang hamba yang telah Aku anugerahi kesihatan badan, Aku telah luaskan penghidupannya, telah lewat padanya lima tahun, (namun) dia tidak mendatangiKu (iaini: melakukan ibadah haji), dia benar-benar dicegah (dari kebaikan). (HR al-Baihaqi No : 10695) Status: Hadis Sahih

Bersegeralah kita menyediakan kemampuan diri untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi yang belum menunaikannya. Jika tidak menabung sekarang, bila lagi?.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

12hb Ogos 2017
19hb Zulkaedah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Haji Wajib Sekali Seumur Hidup

1:42:00 PTG 0
Haji Wajib Sekali Seumur Hidup
Haji Wajib Sekali Seumur Hidup
Haji Wajib Sekali Seumur Hidup

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ فَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ الْحَجَّ فَحُجُّوا فَقَالَ رَجُلٌ أَكُلَّ عَامٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَسَكَتَ حَتَّى قَالَهَا ثَلَاثًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ قُلْتُ نَعَمْ لَوَجَبَتْ وَلَمَا اسْتَطَعْتُمْ ثُمَّ قَالَ ذَرُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِكَثْرَةِ سُؤَالِهِمْ وَاخْتِلَافِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَدَعُوهُ

Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW menyampaikan khutbah kepada kami seraya bersabda: "Wahai sekalian manusia, Allah telah mewajibkan atas kalian untuk menunaikan ibadah haji. Kerana itu, tunaikanlah ibadah haji." Kemudian seorang laki-laki bertanya, "Apakah setiap tahun ya Rasulullah?" Nabi diam, hingga laki-laki itu mengulanginya hingga tiga kali. Maka baginda pun bersabda: "Sekiranya aku menjawab, 'Ya' nescaya akan menjadi kewajiban setiap tahun dan tentu kalian tidak akan sanggup melaksanakannya. Selanjutnya Nabi SAW bersabda: tinggalkanlah apa yang aku tinggalkan (tidak menyuruh) pada kalian, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu dahulu adalah banyaknya pertanyaan mereka dan suka berdebat (menentang) para Nabi mereka. Apabila aku memerintahkan kamu mengerjakan sesuatu, laksanakanlah mengikut kemampuan kamu sekalian, dan apabila aku melarang kalian mengerjakan sesuatu, maka tinggalkanlah segera." (HR Muslim No: 2380) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ibadat Haji hanya diwajibkan sekali sahaja seumur hidup kepada setiap Muslim yang berkuasa (sihat dan aman) dan memiliki kemampuan (wang dan keperluan).

2. Laksanakanlah apa sahaja perintah Nabi SAW dan tinggalkan apa yang tidak diperintahkan.

3. Umat terdahulu binasa kerana banyak bertanya dan suka menentang (berbantah) terhadap para Nabi mereka.

4. Laksanakanlah segala yang diperintahkan mengikut kemampuan kita dan berusaha bersungguh-sungguh serta segera untuk meninggalkan sesuatu yang dilarang.

5. Islam itu agama yang mudah, tidak membebankan penganutnya dari melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh seseorang.

Usahakanlah persediaan untuk mengerjakan ibadah haji bagi mereka yang belum menunaikannya dari segi wang ringgit dengan menabung di Tabung Haji.

Jumaat, 11 Ogos 2017

TERPEDAYA DENGAN AMAL KEBAIKAN

5:29:00 PTG 0
TERPEDAYA DENGAN AMAL KEBAIKAN
TERPEDAYA DENGAN AMAL KEBAIKAN
Suatu hari, ada 4 orang yang tengah berbicara tentang amal ibadah mereka dan kejayaan yang telah mereka perolehi selama ini.

Orang 1
“Alhamdulillah sejak solat Dhuha, rezeki menjadi lancar, bisnes berjaya dan tak lama lagi anak saya dapat belajar di Universiti luar negara.”

Orang 2
“Bukan main hebat sekali, sejak naik haji dan umrah, ibadahku semakin rajin. Alhamdulillah, anak juga berjaya, rumah harganya jutaan, aset bertambah orang tua juga sangat bangga berkat do’a saya.”

Orang 3
“Masya Allah sungguh nikmat tak terkira sejak rajin puasa dan bersedekah, rezeki bagaikan sungai mengalir yang tidak ada putus-putusnya. Anak baru tamat kuliah di luar negara dan sebentar lagi akan menjadi staf menteri.”
Ketiga orang tersebut kemudian melirik orang ke 4 yang sejak tadi hanya terdiam.
Salah satu dari mereka kemudian bertanya kepada orang ke 4.
Bagaimana dengan dirimu? Kawan mengapa engkau diam saja?

Orang 4
“Saya tidak sehebat kalian, jangankan kejayaan, bahkan saya tidak tahu ibadah yang saya lakukan di terima atau tidak oleh Allah SWT. Saya tahu ibadah di terima dan berjaya setelah saya meninggal nanti. Jadi saya merasa belum boleh menceritakan ibadah yang saya lakukan dan balasan yang Allah berikan kepada saya.”
Begitulah…Jangan bersandar kepada amal. Jangan terpedaya dan berbangga dengan amal yg banyak. Ini akan melahirkan kepuasan, kebanggaan dan akhlak buruk kepada Allah Ta’ala.

Orang yang melakukan amal ibadah tidak tahu apakah amalnya di terima atau tidak, mereka tidak tahu betapa besar dosa dan maksiatnya, juga mereka tidak tahu apakah amalnya bernilai keikhlasan atau tidak.
Oleh kerana itu, mereka di anjurkan untuk meminta rahmat Allah dan selalu beristighfar. Kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Di riwayatkan dari Abu Hurairah:
“Sesungguhnya amal seseorang tidak akan memasukannya ke dalam syurga.”
Mereka bertanya:
“Tidak pula engkau Ya Rasullullah?”
Beliau menjawab:
“Tidak pula saya. Hanya saja Allah meliputiku dengan kurnia dan rahmat-Nya. Kerananya berlakulah benar (beramal sesuai sunnah) dan berlakulah sedang (tidak berlebihan dalam ibadah dan atau lemah).”
(HR. Bukhari & Muslim)

Sesungguhnya seseorang tidak akan masuk syurga kecuali dengan rahmat Allah.
Dan di antara rahmat-NYA adalah dia memberikan taufik untuk beramal dan hidayah untuk taat kepada-NYA. Kerananya, kita wajib bersyukur kepada Allah dan merendah diri kepada-NYA. Tidak layak hamba bersandar kepada amalnya.

Robbana Taqobbal Minna…
Ya Allah terimalah amalan kami. Aamiin.

Sumber: fatehteam.com

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Selasa, 8 Ogos 2017

Perasan tak?

12:05:00 PTG 0
Perasan tak?
Perasan tak?
*Hari ini*...

✅Banyak rumah semakin besar tapi ahli keluarga semakin kecil.

✅Orang semakin berpangkat tinggi tapi akal sihat semakin rendah.

✅Menjelajah seluruh dunia tapi jiran sebelah pun tak kenal.

✅Perubatan semakin canggih tapi penyakit semakin melarat.

✅Gaji semakin meningkat tapi ketenteraman jiwa semakin kurang.

✅Kualiti ilmu semakin tinggi tapi kualiti emosi semakin rendah.

✅Manusia semakin ramai tapi kemanusiaan semakin hilang.

✅Pengetahuan semakin bagus tapi kearifan semakin kurang.

✅Ramai teman di alam maya, tapi teman sejati, tiada.

✅Minuman semakin pelbagai tapi punca air semakin tercemar.

✅Ilmu semakin tersebar tapi sikap beradab sudah luput.

✅Pakai jam mahal tapi tak pernah menepati waktu.

✅Belajar semakin mudah tapi guru semakin tidak dihargai.

✅Teknologi komunikasi semakin canggih tapi aib dan fitnah pula semakin meluas.

#ISLAM AGAMAKU
#SAMA2 KITA RENUNGKAN
#MOTIVASI

Isnin, 7 Ogos 2017

RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TAK SAYANG

7:57:00 PTG 0
RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TAK SAYANG
RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TAK SAYANG
Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1.* Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2.* Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3.* Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4.* Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan.* Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang mereka perlukan, antaranya ialah :

1.* Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2.* Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3.* Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4.* Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5.* Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

..yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim..."_

Ingatlah...* hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita._
Wallahu a'lam..

Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

Muazin Diberi Kedudukan Istimewa Di Akhirat

7:52:00 PTG 0
Muazin Diberi Kedudukan Istimewa Di Akhirat
Muazin Diberi Kedudukan Istimewa Di Akhirat
Muazin Diberi Kedudukan Istimewa Di Akhirat

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ يَحْيَى عَنْ عَمِّهِ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ فَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ يَدْعُوهُ إِلَى الصَّلَاةِ فَقَالَ مُعَاوِيَةُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْمُؤَذِّنُونَ أَطْوَلُ النَّاسِ أَعْنَاقًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Thalhah bin Yahya dari pamannya dia berkata, "Saya berada di samping Mu'awiyah bin Abi Sufyan, lalu datanglah muazzin yang menyerukan solat, maka Muawiyah berkata, 'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Para muazzin adalah orang yang paling panjang lehernya (mereka mulia) pada hari kiamat'. (HR Muslim No: 580) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam mensyariatkan azan sebagai pemberitahuan masuknya waktu solat fardu dan menyeru orang Islam bersama menunaikannya.

2. Mengikut pendapat yang rajih dalam kalangan mazahab Hanafi, Maliki dan Syafei, hukum azan apabila masuk waktu solat ialah sunat muakkad.

3. Muazzin diberikan kelebihan, kemuliaan dan keistimewaan pada hari Kiamat.

Beruntunglah mereka yang menjadi muazin yang diberikan keistimewaan di hari Kiamat nanti.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

07hb Ogos 2017
14hb Zulkaedah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Siapa Kita

10:39:00 PG 0
Siapa Kita
Siapa Kita
Di hadapan orang yang tidak kenal, kita hanyalah orang biasa.
Di hadapan orang yang benci, kita hanyalah sampah yang memuakan.
Di hadapan orang yang memusuhi, kita hanyalah duri yang membahayakan.
Di hadapan orang yang mengagumi, kita sangat memesona.
Di hadapan anak-anak, kita orang dewasa yang tidak lebih darinya.
Di hadapan orangtua, kita hanyalah anak-anak yang belum banyak pengalaman.
Di hadapan orang yang mencintai, kekurangan dan kelebihan kita tetap di hatinya.

Jadi, siapa kita?

Bukan siapa-siapa, dan bukan apa-apa. Hanya hamba yang Allah perintahkan untuk ibadah dan mengikuti sunnah Rasul-Nya.

Tidak lebih dari itu.

Merasa hebat, kaya, terhormat, dan rupawan, bukanlah sesuatu yang menenangkan kehidupan.

Kalau merasa hebat dengan berbagai prestasi, orang kafir juga banyak yang berprestasi.

Kalau merasa bangga dengan banyaknya harta, orang kafir juga banyak yang kaya raya.

Kalau merasa terhormat dengan jabatan, orang kafir juga banyak yang jadi orang orang besar di jabatan.

Kalau bangga dengan kecantikan dan ketampanan, orang kafir juga banyak yang cantik dan tampan.
Siapa kita?

Tak perlu menonjolkan diri ingin dianggap hebat, berkuasa mengagumkan, dan dialu alukan banyak orang. Biasa saja, santai saja, lebih baik berfokus pada ibadah dan meningkatkan kualiti ilmu

Berdekat-dekat pada Allah, bersungguh-sungguh pada sunnah Rasulullah, dan tetap rendah hati di hadapan sesama manusia

Cari perhatian, memancing pengertian, dan rayuan agar dicintai, cukup pada Allah saja. Bila Allah cinta hamba-Nya, jangankan jodoh, harta, kemudahan hidup, kesehatan, dan segala kemewahan dunia, bahkan surga Allah berikan pada hamba yang dicintaiNya.

Siapa kita?

Sekali lagi, hanya hamba yang Allah printahkan untuk ibadah, untuk mencintai-Nya.

Caranya?

"’Jika engkau (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (QS Ali ‘Imran [3]: 31).